Back

PERKEMBANGAN TERKINI INSIDEN KEMALANGAN JALAN RAYA MELIBATKAN LIMA ORANG WARGANEGARA MALAYSIA DI NEW ZEALAND

PERKEMBANGAN TERKINI INSIDEN KEMALANGAN JALAN RAYA

MELIBATKAN LIMA ORANG WARGANEGARA MALAYSIA DI NEW ZEALAND

 

Susulan daripada insiden kemalangan jalan raya yang melibatkan lima orang warganegara Malaysia di State Highway 1, Kaikoura, New Zealand pada hari Jumaat, 6 Disember 2019, seorang mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dilaporkan telah meninggal dunia pada hari ini, Ahad, 8 Disember 2019.

 

Senarai nama mangsa yang terkorban dalam insiden tersebut adalah seperti berikut:

  1. Encik Adanan bin Jeman, 49 tahun;
  2. Puan Rumihati binti Abd Hamid, 49 tahun;
  3. Nur Irfan binti Adanan, 15 tahun; dan
  4. Nur Aaleeyah Maisarah binti Adanan, 13 tahun.

 

Seorang lagi mangsa yang cedera, Nur Arifah Bahiyah binti Adanan, 11 tahun, sedang menerima rawatan di hospital di Wellington dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

 

Pihak keluarga bercadang untuk mengebumikan jenazah mangsa-mangsa yang terlibat dalam insiden ini di Christchurch.

 

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada mangsa dan ahli keluarga mereka bagi memastikan urusan-urusan yang berkenaan berjalan lancar.

 

Kementerian Luar Negeri merakamkan ucapan takziah dan melahirkan rasa simpati kepada ahli keluarga dan kenalan mangsa yang terlibat dalam insiden ini.

 

 

PUTRAJAYA

8 Disember 2019