Back

PERKEMBANGAN TERKINI MANGSA WARGANEGARA MALAYSIA YANG TERCEDERA DALAM BENCANA LETUSAN GUNUNG BERAPI DI WHITE ISLAND, NEW ZEALAND

PERKEMBANGAN TERKINI MANGSA WARGANEGARA MALAYSIA YANG TERCEDERA

DALAM BENCANA LETUSAN GUNUNG BERAPI DI WHITE ISLAND, NEW ZEALAND

 

Kementerian Luar Negeri telah menerima pengesahan daripada Pusat Koordinasi Kecemasan, Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan (MFAT) New Zealand bahawa hanya seorang warganegara Malaysia yang terlibat dalam bencana letusan gunung berapi di White Island, New Zealand pada 9 Disember 2019. Mangsa yang merupakan pemegang taraf Pemastautin Tetap Australia dan sedang dalam keadaan kritikal akan dipindahkan ke Sydney, Australia untuk menerima rawatan lanjut.

 

Mangsa dijadualkan untuk dipindahkan ke Sydney pada hari Jumaat, 13 Disember 2019. Walau bagaimanapun, urusan penghantaran mangsa ke Australia adalah bergantung kepada penilaian pihak Hospital Christchurch ke atas keadaan beliau.

 

Kementerian Luar Negeri merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan New Zealand dan pihak berkuasa tempatan atas bantuan yang telah dihulurkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana ini.

 

 

PUTRAJAYA

12 Disember 2019