Back

PERKEMBANGAN TERKINI MENGENAI ISU RAKAMAN SUARA TULAR BERHUBUNG KEMENTERIAN LUAR NEGERI

 

PERKEMBANGAN TERKINI MENGENAI ISU RAKAMAN SUARA TULAR BERHUBUNG KEMENTERIAN LUAR NEGERI

 

Kementerian Luar Negeri ingin memaklumkan hasil siasatan dalaman berhubung rakaman audio yang tular di media sosial seperti yang telah dinyatakan di dalam Siaran Akhbar Kementerian pada 12 April 2022 yang lalu.

Berdasarkan penelitian bukti dan keterangan beberapa saksi, Jawatankuasa Siasatan Dalaman Kementerian Luar Negeri telah mengenal pasti individu yang disyaki membuat rakaman yang mengandungi tuduhan yang tidak berasas berhubung Kementerian Luar Negeri. Susulan itu, individu tersebut telah dipanggil untuk membantu siasatan dan beliau telah membuat pengakuan sepenuhnya bahawa rakaman suara tersebut dibuat oleh beliau sendiri dan individu yang bergelar “Datin” tersebut merupakan seorang pegawai kepada bekas Menteri Luar Negeri sebelum pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan ataupun Kerajaan Perikatan Nasional.

Memandangkan laporan polis berhubung perkara yang telah tular ini telah dibuat 11 April 2022 yang lalu dan ianya turut melibatkan individu di luar Kementerian Luar Negeri, maka Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Dalaman Kementerian Luar Negeri akan diserahkan kepada Pihak Polis Diraja Malaysia untuk siasatan dan tindakan sewajarnya.

 

PUTRAJAYA

15 April 2022