Back

PERKEMBANGAN TERKINI WARGANEGARA MALAYSIA YANG CEDERA DALAM INSIDEN ROMPAKAN DI DURBAN, AFRIKA SELATAN

PERKEMBANGAN TERKINI WARGANEGARA MALAYSIA YANG CEDERA DALAM INSIDEN ROMPAKAN DI DURBAN, AFRIKA SELATAN

 

Kementerian Luar Negeri ingin memaklumkan bahawa pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria telah melawat para pelajar Malaysia yang tercedera dalam insiden rompakan di Durban, Afrika Selatan pada hari Jumaat, 3 Januari 2020.

 

Empat (4) orang pelajar Malaysia yang berumur di antara 19 sehingga 27 tahun yang cedera telah menerima rawatan di Hospital King Edward, Durban. Dua (2) orang daripada mangsa telah dibenarkan keluar dari hospital, manakala dua (2) orang lagi masih menerima rawatan.

 

Pihak keluarga dan pengurusan pusat pengajian telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut. Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria akan terus memantau keadaan mangsa dan memastikan keselamatan serta kebajikan mereka terpelihara.

 

 

PUTRAJAYA

6 Januari 2020