Back

PROSES EVAKUASI PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA EKORAN BENCANA JEREBU YANG MELANDA PROVINSI RIAU DAN JAMBI, REPUBLIK INDONESIA

PROSES EVAKUASI PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA EKORAN BENCANA JEREBU YANG MELANDA PROVINSI RIAU DAN JAMBI, REPUBLIK INDONESIA

 

Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk melaksanakan proses evakuasi pelajar Malaysia dari kawasan-kawasan yang terjejas teruk ekoran bencana jerebu di Provinsi Riau dan Jambi, Indonesia.

 

Proses evakuasi ini akan melibatkan pelajar Malaysia yang menuntut di daerah yang telah diisytiharkan Darurat Pencemaran Udara oleh Kerajaan Republik Indonesia bermula pada 23 September 2019 sehingga 30 September 2019. Keadaan jerebu di wilayah tersebut berada pada tahap yang sangat membimbangkan dengan bacaan IPU di antara 550 – 700 iaitu dalam kategori berbahaya.

 

Proses evakuasi ini akan dilaksanakan secara bersama oleh Kementerian Luar Negeri dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta agensi-agensi lain yang berkaitan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pada masa ini terdapat kira-kira 300 orang pelajar Malaysia di Provinsi Riau dan Jambi.

 

Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah mengaktifkan Bilik Operasi bagi memastikan kelancaran proses evakuasi ini dengan butiran perhubungan seperti berikut :

 

1. Bilik Operasi Kementerian Luar Negeri, Putrajaya

Tel.: 03-8887 4570 / 03-8887 4770

Emel : opsroom@kln.gov.my   

2. Bilik Operasi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta

Tel.: +6221-5224947 dan +62813-80813036 (whatsapp)

Emel : mwjakarta@kln.gov.my / jkonsular@gmail.com 

 

PUTRAJAYA

24 September 2019