EN MS
MFA Directory English Bahasa Melayu
SESI PEMUKIMAN MENTERI-MENTERI LUAR NEGERI ASEAN 21 JANUARI 2021
YB Dato' Seri Hishammuddin Tun YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Luar Negeri, akan menyertai Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN pada 21 Januari 2021 yang akan diadakan secara persidangan video.
Brunei Darussalam merupakan Pengerusi ASEAN pada tahun 2021 di bawah tema “We Care, We Prepare, We Prosper.” Sesi Pemukiman ini merupakan mesyuarat berjadual pertama Negara-negara Anggota ASEAN yang akan dipengerusikan oleh TYT Dato Erywan Pehin Yusof, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Brunei Darussalam.
Sesi Pemukiman ini akan melibatkan penyertaan Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN dan Setiausaha Agung ASEAN. Sesi Pemukiman ini telah didahului dengan Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN pada 19 Januari 2021.
Antara isu yang akan dibincangkan oleh para Menteri Luar Negeri ASEAN adalah pelaksanaan keputusan-keputusan yang telah dicapai pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 yang telah diadakan pada tahun 2020 di bawah kepengerusian Viet Nam, serta inisiatif-inisiatif untuk menggerakkan keutamaan agenda Brunei Darussalam sebagai Pengerusi ASEAN 2021. Mereka juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa serta langkah-langkah bagi mengukuhkan hubungan di antara ASEAN dan Rakan-rakan Luar ASEAN.
Dalam usaha Negara-negara Anggota ASEAN bergerak mara ke arah Wawasan Komuniti ASEAN 2025, Malaysia memberi sokongan penuh dan komited dalam memastikan perkembangan substantif dapat dicapai di bawah kepengerusian Brunei Darussalam pada tahun 2021.
PUTRAJAYA
20 Januari 2021