Back

TIGA (3) ORANG PENUNTUT WARGANEGARA MALAYSIA CEDERA DALAM INSIDEN ROMPAKAN DI NEWCASTLE, DURBAN, AFRIKA SELATAN

TIGA (3) ORANG PENUNTUT WARGANEGARA MALAYSIA CEDERA
DALAM INSIDEN ROMPAKAN DI NEWCASTLE, DURBAN, AFRIKA SELATAN

 

Kementerian Luar Negeri memaklumkan bahawa seramai tiga (3) orang penuntut warganegara Malaysia di University of Newcastle cedera dalam satu insiden rompakan di Newcastle, Durban, Afrika Selatan pada malam Jumaat, 3 Januari 2020.

 

Seorang daripada mangsa ditembak di bahagian kaki, manakala dua (2) yang lain ditikam dalam insiden berkenaan. Kesemua mangsa telah dikejarkan ke hospital tempatan untuk menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

 

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria sedang memantau keadaan terkini kesemua mangsa dan akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya.

 

 

PUTRAJAYA

4 Januari 2020