Skip to Content
EN
MS
MFA Directory
English
Bahasa Melayu
A
A
A
A
A
A
A
WEBMAIL
INTRANET
Toggle navigation
Home
About MFA
History
Legal Framework
Vision & Mission
Roles & Function
Strategic Thrusts
Organisational Structure
Corporate Song
Foreign Minister
Deputy Foreign Minister
Secretary General
Former Foreign Ministers, Former Deputy Foreign Ministers, Former Secretary Generals
Department / Division
Department of Bilateral Affairs
Department of Multilateral Affairs
Department of Management Services
ASEAN-Malaysia National Secretariat
Department of Policy Planning and Coordination
Protocol and Consular Department
Institute of Diplomacy and Foreign Relations (IDFR)
Southeast Asia Regional Centre for Counter Terrorism (SEARCCT)
National Authority for Chemical Weapons Convention
Department of Maritime Affairs
Legal Division
Integrity Unit
Internal Audit Division
Malaysia's Foreign Policy
Public Diplomacy
Press Releases
Speeches & Statements
MFA News
E-Newsletter
Publications
Mobile Apps
MTCP Apps
MyVisitor Apps
Public Diplomacy
/
Press Releases
/
USAHA SAMA REPATRIASI RAKYAT MALAYSIA DAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Back
USAHA SAMA REPATRIASI RAKYAT MALAYSIA DAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Print
USAHA SAMA REPATRIASI RAKYAT MALAYSIA DAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
USAHA SAMA REPATRIASI RAKYAT MALAYSIA DAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Kementerian Luar Negeri ingin memaklumkan susulan hubungan erat dan istimewa antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam, satu jalinan usaha sama untuk membawa pulang rakyat Malaysia dan Negara Brunei Darussalam ke negara masing-masing telah dilaksanakan.
Dalam hal ini, 84 rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir telah menaiki pesawat sewaan khas Kerajaan Negara Brunei Darussalam dari Kaherah ke Bandar Seri Begawan, yang turut membawa warganegaranya yang terkandas di sana. Pesawat tersebut telah tiba di Bandar Seri Begawan pada jam 9:08 pagi tadi.
Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut membantu usaha Kerajaan Negara Brunei Darussalam bagi membawa pulang kira-kira 134 rakyatnya yang terkandas di Malaysia. Mereka telah dibawa pulang melalui pesawat Malaysia Airlines yang berlepas ke Lapangan Terbang Bandar Seri Begawan pada hari ini, 29 Mac 2020 jam 5:15 pagi tadi. Pesawat yang sama kemudiannya membawa 84 rakyat Malaysia yang baru tiba dari Mesir dan 25 rakyat Malaysia yang terkandas di Brunei untuk pulang ke Malaysia dan mereka telah selamat tiba di Kuala Lumpur pada jam 12:11 tengahari tadi.
Patik, bagi pihak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, YAB Perdana Menteri, Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia, menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas perkenan kebenaran 84 rakyat Malaysia untuk turut serta pulang menaiki pesawat yang dihantar oleh Kerajaan Brunei Darussalam.
Usaha ini juga tidak dapat direalisasikan tanpa kerjasama erat dua hala termasuk penglibatan beberapa pihak yang terlibat seperti Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di Putrajaya, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan, Kedutaan Besar Malaysia di Mesir,
Education Malaysia Global Services
(EMGS), Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.
Kerajaan akan terus berusaha untuk memastikan bahawa keselamatan, kesihatan serta kebajikan rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara tidak diabaikan. Kerajaan akan terus komited di dalam menghulurkan bantuan yang sewajarnya.
Dalam situasi yang mencabar ini, Kerajaan mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan dalam usaha Kerajaan membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara.
YB DATO’ KAMARUDIN JAFFAR
TIMBALAN MENTERI LUAR NEGERI
PENGERUSI PASUKAN PETUGAS COVID-19 KEMENTERIAN LUAR NEGERI
PUTRAJAYA
29 Mac 2020