Back

WARGANEGARA MALAYSIA YANG MENJADI MANGSA PENYELUDUPAN MANUSIA SINDIKET MACAU SCAM DISELAMATKAN OLEH POLIS REPUBLIK PERU

 

WARGANEGARA MALAYSIA YANG MENJADI MANGSA PENYELUDUPAN

MANUSIA SINDIKET MACAU SCAM DISELAMATKAN

OLEH POLIS REPUBLIK PERU

 

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Lima ingin mengesahkan bahawa 43 orang warganegara Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam telah diselamatkan oleh polis Republik Peru pada 7 Oktober 2023.

Menurut Kedutaan Besar Malaysia di Lima, pihak polis Republik Peru telah mengadakan satu serbuan di sebuah rumah di La Molina, Lima di mana kesemua mangsa warganegara Malaysia tersebut telah dikenalpasti dan diselamatkan. Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Lima telah melakukan lawatan konsular ke atas semua mangsa dan mendapati mereka berada dalam keadaan baik.

Kesemua mangsa juga telah menjalani proses siasatan dan akan dihantar pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.

Kedutaan Besar Malaysia di Lima akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan mengenai kes ini dan akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada kesemua mangsa.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Lima di butiran seperti di bawah:

                                Kedutaan Besar Malaysia di Lima

                                Av. General Juan Antonio Pezet 1750

                               San Isidro, Lima

                               Republic of Peru

                               Tel:     +51-1-422-0297

                                         +51-1-441-1939

                                         +51-1-441-0795

                               Emel: mwlima@kln.gov.my

 

PUTRAJAYA

9 Oktober 2023