Archive Archive

Back

PRESS RELEASE: CURRENT SITUATION IN ZIMBABWE@SIARAN AKHBAR: SITUASI SEMASA DI ZIMBABWE

 


SITUASI SEMASA DI ZIMBABWE

 


Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa semua rakyat Malaysia di Harare, Zimbabwe adalah dalam keadaan selamat di tengah-tengah keadaan politik yang semakin tegang di ibu negara tersebut. Kementerian sedang memantau secara dekat perkembangan politik dan ketenteraan berkaitan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Harare.

 

Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk ke Zimbabwe dalam masa terdekat adalah dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan yang kurang penting sehingga dimaklumkan kelak.

 

Warganegara Malaysia yang telah berada di Zimbabwe adalah diminta untuk menghubungi pihak Kedutaan di talian +263 433 4413 / 4414, +263 77 500 1441 atau melalui e-mel mwharare@kln.gov.my atau Kementerian Luar Negeri di Putrajaya di talian 03-8887 4587 (semasa waktu pejabat), 03-8887 4570 (selepas waktu pejabat) atau melalui e-mel maisarahariffin@kln.gov.my untuk memaklumkan lokasi terkini mereka. Mereka adalah dinasihatkan untuk kekal berada di dalam bangunan dan mengelakkan tempat-tempat sesak serta perjalanan pada waktu malam.

 

 

PUTRAJAYA

15 November 2017