Archive Archive

Back

PRESS RELEASE : EXPLOSION IN MANHATTAN, NEW YORK, 11 DECEMBER 2017@SIARAN AKBAR : LETUPAN DI MANHATTAN, NEW YORK, 11 DISEMBER 2017

 

 

LETUPAN DI MANHATTAN, NEW YORK, 11 DISEMBER 2017

 

 

Satu letupan telah berlaku di terminal bas Port Authority berdekatan Times Square, Manhattan, New York pada 11 Disember 2017. Dalam insiden tersebut, empat (4) orang termasuk suspek mengalami kecederaan ringan. Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden ini.

 

Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat insiden tersebut.

 

Konsulat Jeneral Malaysia di New York akan terus memantau situasi semasa dan akan memanjangkan maklumat terkini berkaitan insiden tersebut. Untuk sebarang kecemasan atau maklumat lanjut, boleh menghubungi Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di New York di butiran seperti berikut:

 

Konsulat Jeneral Malaysia, New York

                             Alamat: 313 East 43rd Street, New York, NY 10017

                             Tel: +1 (212) 490 2722 / 2723

                             Emel: mwnewyorkcg@kln.gov.my

 

 

 

 

PUTRAJAYA

12 Disember 2017