EXPLOSION IN BEIRUT, LEBANON

EXPLOSION IN BEIRUT, LEBANON

 

Malaysia is shocked and saddened by the loss of lives and injuries due to the massive explosion in Beirut, Lebanon on 4 August 2020. Malaysia extends its sympathies and deepest condolences to the government and the brotherly people of Lebanon in the aftermath of the tragedy. Malaysia stands ready to support Lebanon in any way possible.

 

Thus far, no Malaysians have been reported to be directly affected by this incident.

 

Malaysians residing in Lebanon are advised to give utmost priority to their personal safety and follow instructions issued by the relevant authorities of Lebanon.

 

Malaysians requiring consular assistance may contact the Embassy of Malaysia in Beirut as follows:

 

Embassy of Malaysia, Beirut

5th & 6th Floor

No. 126, Halwani Building

Salah Eldin Al Ayyoubi Street

Ras Beirut, Beirut

Tel.: +961-1-787 144/166

Fax: +961-1-787 344

Email: mwbeirut@kln.gov.my

 

 

PUTRAJAYA

5 August 2020


KEPULANGAN 148 RAKYAT MALAYSIA DARI REPUBLIK YAMAN PADA 2 DAN 3 OGOS 2020

KEPULANGAN 148 RAKYAT MALAYSIA DARI REPUBLIK YAMAN PADA 2 DAN 3 OGOS 2020

 

Kementerian Luar Negeri ingin memaklumkan bahawa kumpulan pertama rakyat Malaysia seramai 131 orang yang dilaporkan terkandas di Republik Yaman sejak Mac 2020, telah selamat tiba di tanah air menerusi pesawat sewaan khas Egypt Air pada hari ini jam 8.34 pagi. Kepulangan kumpulan kedua rakyat Malaysia seramai 17 orang pula dijadualkan tiba menerusi penerbangan komersial Emirates pada 3 Ogos 2020 jam 12.55 pagi.

 

Perjalanan kesemua 148 orang rakyat Malaysia tersebut telah dimulai dengan penerbangan dari Seiyoun, Republik Yaman ke Kaherah, Mesir pada 1 Ogos 2020, sebelum meneruskan perjalanan dengan dua penerbangan berasingan ke Malaysia. Rakyat Malaysia dari Republik Yaman ini terdiri daripada pelajar-pelajar persendirian yang telah menyatakan hasrat untuk pulang ekoran penularan pandemik COVID-19, serta pelajar-pelajar yang telah tamat pengajian.

 

Sebelum ini, beberapa rancangan repatriasi oleh Kerajaan Malaysia untuk membawa pulang kumpulan pelajar tersebut terpaksa ditunda atas sebab isu-isu logistik yang tidak dapat dielakkan. Namun demikian, pembukaan semula lapangan terbang dan penyambungan operasi penerbangan komersial oleh Kerajaan Republik Yaman telah membolehkan penerbangan sewaan khas repatriasi ini dilaksanakan. Kos repatriasi ini dibiayai secara bersama di antara Kerajaan Malaysia dengan para penumpang yang rata-rata adalah pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

 

Lanjutan pengumuman YB Menteri Kanan Keselamatan pada 21 Julai 2020 mengenai prosedur kuarantin wajib selama 14 hari, kesemua rakyat Malaysia ini akan menjalani ujian saringan COVID-19 setibanya di KLIA dan seterusnya dibawa menjalani proses kuarantin di Stesen Kuarantin yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia untuk pemantauan lanjut.

 

Kementerian Luar Negeri ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Republik Yaman dan Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman yang telah membantu dalam usaha kepulangan rakyat Malaysia ini ke tanah air. Pada masa yang sama, penghargaan juga turut dipanjangkan kepada Kerajaan Mesir di atas kerjasama diberikan dalam menjayakan usaha repatriasi rakyat Malaysia tersebut. Di kesempatan ini saya ingin menegaskan bahawa Kementerian Luar Negeri melalui Perwakilan-Perwakilan Malaysia di luar negara akan meneruskan pemantauan situasi semasa serta bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam usaha memberi bantuan sewajarnya kepada rakyat Malaysia yang masih berada di luar negara.

 

DATO’ KAMARUDIN JAFFAR
TIMBALAN MENTERI LUAR NEGERI
PENGERUSI PASUKAN PETUGAS COVID-19
KEMENTERIAN LUAR NEGERI

 

2 OGOS 2020


KEPULANGAN KUMPULAN KETIGA JEMAAH TABLIGH RAKYAT MALAYSIA DARI INDIA

KEPULANGAN KUMPULAN KETIGAJEMAAH TABLIGH RAKYAT MALAYSIA DARI INDIA

 

Kementerian Luar Negeri dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa seramai 13 Jemaah Tabligh rakyat Malaysia telah selamat tiba di tanah air menerusi pesawat Air India Express pada jam 3.02 petang, 29 Julai 2020. Kepulangan kumpulan ketiga ini melibatkan seramai 12 Jemaah Tabligh di New Delhi yang telah menjalani proses perundangan; serta seorang Jemaah Tabligh di Amravati, Maharashtra yang bebas daripada sebarang pertuduhan.

 

Kumpulan pertama seramai 62 Jemaah Tabligh dari India sebelum ini telah selamat tiba ke tanah air, pada 18 Julai 2020 manakala kumpulan kedua seramai 40 Jemaah Tabligh pula tiba pada 22 Julai 2020.

 

Lanjutan pengumuman YB Menteri Kanan Keselamatan pada 21 Julai 2020 mengenai prosedur kuarantin wajib selama 14 hari, semua 13 Jemaah Tabligh yang berkenaan telah menjalani ujian saringan COVID-19 setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan seterusnya dibawa menjalani proses kuarantin di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi, untuk pemantauan lanjut.

 

Sehingga hari ini, masih terdapat seramai 74 Jemaah Tabligh rakyat Malaysia yang berada di India. Daripada jumlah ini, seramai 13 orang berada di New Delhi dan masih menunggu pelepasan dan kebenaran pulang daripada Kerajaan India; 52 orang berada di beberapa wilayah di India (Bihar, Jharkand, Telangana, Tamil Nadu, Maharashtra) dan sedang menjalani proses perundangan; dan seramai sembilan yang lain masih berada di Kolkata, West Bengal dan menanti prosedur perundangan seterusnya.

 

Dalam hal ini, Kementerian Luar Negeri menerusi Perwakilan-Perwakilan Malaysia di India akan terus memantau secara berterusan perkembangan situasi ini dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya untuk memastikan kebajikan mereka terpelihara. Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di India juga akan dipergiatkan lagi dalam usaha untuk memudahcara kepulangan mereka ke tanah air.

 

Kementerian Luar Negeri juga ingin merakamkan penghargaan di atas kerjasama pelbagai Kementerian dan Agensi yang terlibat terutamanya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam meneraju misi HADR kali ketiga ini.

 

DATO’ KAMARUDIN JAFFAR
TIMBALAN MENTERI LUAR NEGERI
PENGERUSI PASUKAN PETUGAS COVID-19
KEMENTERIAN LUAR NEGERI

30 JULAI 2020

 

 


JOINT PRESS STATEMENT BY H.E. DR. VIVIAN BALAKRISHNAN MINISTER FOR FOREIGN AFFAIRS OF THE REPUBLIC OF SINGAPORE AND YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN MINISTER OF FOREIGN AFFAIRS OF MALAYSIA SINGAPORE AND MALAYSIA AGREE ON KEY ASPECTS OF THE RECIPROCAL GREEN LANE AND PERIODIC COMMUTING ARRANGEMENT FOR CROSS-BORDER TRAVEL BETWEEN SINGAPORE AND MALAYSIA

JOINT PRESS STATEMENT BY
H.E. DR. VIVIAN BALAKRISHNAN
MINISTER FOR FOREIGN AFFAIRS OF THE REPUBLIC OF SINGAPORE

AND
YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
MINISTER OF FOREIGN AFFAIRS OF MALAYSIA

 

SINGAPORE AND MALAYSIA AGREE ON KEY ASPECTS OF THE RECIPROCAL GREEN LANE AND PERIODIC COMMUTING ARRANGEMENT FOR CROSS-BORDER TRAVEL BETWEEN SINGAPORE AND MALAYSIA

 

Minister for Foreign Affairs of the Republic of Singapore Dr Vivian Balakrishnan and Minister of Foreign Affairs of Malaysia Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein had a meeting at the Causeway on Sunday, 26 July 2020.

 

The two Ministers had a constructive discussion on the Reciprocal Green Lane (RGL) and Periodic Commuting Arrangement (PCA), which will facilitate cross-border travel for official, business and work purposes between Singapore and Malaysia.

 

The two Ministers are pleased to announce that Singapore and Malaysia have agreed on all the key aspects of the RGL and PCA, and look forward to the launch of both schemes. Applications can be submitted from 10 August 2020 onwards. Eligible travellers will have to abide by the mutually agreed terms and prevailing public health measures in both countries.

 

The operational details of the RGL and PCA, including the detailed requirements, health protocols, and application process involved for entry and exit into Singapore and Malaysia, will be finalised and published shortly.

 

Both Ministers reaffirmed the importance of Singapore-Malaysia cooperation amidst the COVID-19 situation, and agreed to continue discussions on further schemes to progressively restore cross-border travel for other groups of travellers, while ensuring the public health and safety of the citizens of both countries.

 

Ministry of Foreign Affairs, Republic of Singapore 
Ministry of Foreign Affairs, Malaysia

 

26 July 2020


KEPULANGAN KUMPULAN KEDUA JEMAAH TABLIGH RAKYAT MALAYSIA DARI INDIA

 

KEPULANGAN KUMPULAN KEDUA JEMAAH TABLIGH

RAKYAT MALAYSIA DARI INDIA

 

Kementerian Luar Negeri dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa seramai 40 Jemaah Tabligh rakyat Malaysia telah selamat tiba di tanah air pada 22 Julai 2020 jam 2.45 petang menerusi pesawat Air India Express. Kepulangan ini merupakan kepulangan kumpulan kedua Jemaah Tabligh selepas 62 Jemaah Tabligh dari India selamat tiba ke tanahair, pada 18 Julai 2020 yang lalu. Kepulangan kumpulan ini juga melibatkan dua orang Jemaah Tabligh yang telah selesai kes perbicaraan di Saharanpur, Uttar Pradesh.

 

Sebagaimana misi-misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) yang telah dilaksanakan sebelum ini, semua rakyat Malaysia yang berkenaan diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19 setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan perlu menjalani proses kuarantin selama 14 hari di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi, untuk pemantauan lanjut.

 

Sehingga hari ini, masih terdapat seramai 87 Jemaah Tabligh rakyat Malaysia yang berada di India. Daripada jumlah ini, seramai 25 Jemaah Tabligh di New Delhi dijangka dapat pulang ke tanahair pada 29 Julai 2020, manakala seramai 52 Jemaah Tabligh berada di beberapa wilayah di India (Bihar, Jharkand, Telangana, Tamil Nadu, Maharashtra) dan sedang menjalani proses perundangan. Seramai sembilan Jemaah Tabligh lagi masih berada di Kolkata, West Bengal dan sedang menanti prosedur perundangan seterusnya, manakala seorang Jemaah Tabligh di Amravati, Maharashtra tidak dikenakan apa-apa pertuduhan

 

Dalam hal ini, Kementerian Luar Negeri menerusi Perwakilan-Perwakilan Malaysia di India akan terus memantau secara berterusan perkembangan situasi ini dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya untuk memastikan kebajikan mereka terpelihara. Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di India juga akan dipergiatkan lagi dalam usaha untuk memudahcara kepulangan mereka ke tanah air.

 

Kementerian Luar Negeri juga ingin merakamkan penghargaan di atas kerjasama pelbagai Kementerian dan Agensi yang terlibat terutamanya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam meneraju misi HADR kali ini.

 

 

DATO’ KAMARUDIN JAFFAR

TIMBALAN MENTERI LUAR NEGERI

PENGERUSI PASUKAN PETUGAS COVID-19

KEMENTERIAN LUAR NEGERI

23 JULAI 2020