LAWATAN RASMI YB MENTERI LUAR NEGERI KE REPUBLIK TURKMENISTAN 9-10 SEPTEMBER 2024

 

LAWATAN RASMI YB MENTERI LUAR NEGERI KE REPUBLIK TURKMENISTAN

9-10 SEPTEMBER 2024

 

YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri akan mengadakan lawatan rasmi ke Republik Turkmenistan pada 9 dan 10 September 2024.

Semasa lawatan tersebut, YB Menteri Luar Negeri dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Serdar Berdimuhamedov, Presiden Republik Turkmenistan bagi menyerahkan surat jemputan rasmi daripada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri untuk TYT Serdar Berdimuhamedov mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada bulan Disember 2024.

Sewaktu di Ashgabat, YB Menteri Luar Negeri juga akan mengadakan pertemuan dua hala bersama rakan sejawat beliau, TYT Rashid Meredov, yang juga merupakan Timbalan Presiden Republik Turkmenistan, bagi berbincang kerjasama ekonomi, pendidikan, pelancongan dan bantuan kerjasama teknikal.

YB Menteri Luar Negeri juga akan mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Gurbanguly Berdimuhamedov, Pengerusi Kebangsaan Majlis Rakyat Turkmenistan.

Lawatan rasmi YAB Menteri Luar Negeri akan didahului dengan Mesyuarat Konsultasi Dua Hala Kelima Malaysia dan Turkmenistan di peringkat Pegawai Kanan pada 9 September 2024.

Pada tahun 2023, Republik Turkmenistan merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara Asia Tengah, dengan jumlah dagangan bernilai RM48.62 juta (USD10.57 juta).

 

PUTRAJAYA

8 September 2024


OFFICIAL VISIT OF THE MINISTER OF FOREIGN AFFAIRS TO THE REPUBLIC OF TURKMENISTAN 9 - 10 SEPTEMBER 2024

OFFICIAL VISIT OF THE MINISTER OF FOREIGN AFFAIRS TO THE REPUBLIC OF TURKMENISTAN 9 - 10 SEPTEMBER 2024

 

Minister of Foreign Affairs Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan will undertake an official visit to the Republic of Turkmenistan from 9 to 10 September 2024.

During his visit, the Foreign Minister is scheduled to pay a courtesy call on President of the Republic of Turkmenistan Serdar Berdimuhamedov to deliver a letter of invitation from Prime Minister Dato’ Seri Anwar Ibrahim for President Berdimuhamedov to undertake an official visit to Malaysia in December 2024.

In Ashgabat, the Foreign Minister will hold a bilateral meeting with his counterpart, Foreign Minister and Vice President of the Republic of Turkmenistan Rashid Meredov, to discuss economic relations, education, tourism, and technical cooperation between the two countries.

The Foreign Minister is also expected to call on National Leader of the People’s Council of Turkmenistan Gurbanguly Berdimuhamedov.

The visit of the Foreign Minister will be preceded by the 5 th Bilateral Consultation between Malaysia and the Republic of Turkmenistan at the Senior Officials’ level on 9 September 2024.

In 2023, Turkmenistan was Malaysia’s fourth-largest trading partner among Central Asian countries, with a total trade value of RM48.62 million (USD10.57 million).

 

 

PUTRAJAYA

8 September 2024


LAWATAN KERJA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI kEMAJUAN DESA DAN WILAYAH KE REPUBLIK RAKYAT CHINA 8 - 12 SEPTEMBER 2024

 

LAWATAN KERJA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEMAJUAN DESA

DAN WILAYAH KE REPUBLIK RAKYAT CHINA

8 - 12 SEPTEMBER 2024 

 

YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah akan mengadakan lawatan kerja ke Republik Rakyat China (RRC) dari 8 hingga 12 September 2024.

Atas jemputan bersama Tsang Wai-Hung, Pengerusi Forum Kerjasama Keselamatan Awam Global Lianyungang (Global Public Security Cooperation Forum Lianyungang – GPSCFL) dan Chen Zinmin, Presiden Persatuan Persahabatan China, YAB Timbalan Perdana Menteri akan menghadiri Persidangan GPSCFL (Conference of the GPSCFL) 2024 dari 8 hingga 9 September 2024 di Bandar Lianyungang, Wilayah Jiangsu.

Persidangan ini, bertema “Win-win Cooperation Under Significant Changes: Building A Global Community of Common Public Security”, akan melihatkan pemimpin antarabangsa berkumpul untuk menangani masalah keselamatan awam. YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri juga akan mengambil bahagian dalam persidangan ini.

YAB Timbalan Perdana Menteri juga dijadualkan untuk mengadakan perbincangan dengan TYT Wang Xiaohong, Penasihat Negara dan Menteri Keselamatan Awam RRC mengenai perkara yang mempunyai kepentingan bersama kedua-dua negara. Mereka juga dijangka bertukar pandangan berhubung isu serantau dan antarabangsa.

Pada 10 September 2024, YAB Timbalan Perdana Menteri akan menghadiri Forum Perniagaan Halal Malaysia-China di Shanghai, yang dianjurkan oleh Halal Development Corporation (HDC), yang akan dihadiri oleh pemain industri halal dari Malaysia dan China. Beliau juga akan menyaksikan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Mara Aerospace & Technologies Sdn. Bhd. dan Honeycomb Aerospace Technologies (Beijing) Co. Ltd. dalam bidang penerbangan.

Lawatan ini akan menambahkan lagi momentum kepada hubungan dua hala yang kukuh di antara Malaysia dan China sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun ini. Hubungan dua hala telah kian berkembang sejak dinaik taraf kepada Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP) pada tahun 2013.

Untuk lima belas tahun berturut-turut sejak tahun 2009, China merupakan rakan perdagangan global Malaysia yang terbesar. Pada tahun 2023, jumlah perdagangan dengan Malaysia bernilai RM450.84 bilion (USD98.80 bilion), yang menyumbang kepada 17.1% perdagangan global Malaysia. Separuh tahun pertama 2024 telah mencatat jumlah perdagangan sebanyak RM234.09 bilion (USD49.53 bilion). Pada suku tahun pertama 2024, sejumlah 24 projek pembuatan telah diluluskan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM3.4 bilion (USD 717.7 juta).

 

PUTRAJAYA

7 September 2024


WORKING VISIT OF DEPUTY PRIME MINISTER AND MINISTER OF RURAL AND REGIONAL DEVELOPMENT TO THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA 8 - 12 SEPTEMBER 2024

WORKING VISIT OF DEPUTY PRIME MINISTER AND MINISTER OF RURAL AND REGIONAL DEVELOPMENT TO THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA 8 - 12 SEPTEMBER 2024

 

Deputy Prime Minister and Minister of Rural and Regional Development Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi will undertake a working visit to the People’s Republic of China (PRC) from 8 to 12 September 2024.

At the joint invitation of Tsang Wai-Hung, Chairman of the Global Public Security Cooperation Forum Lianyungang (GPSCFL) and Chen Zinmin, President of the China Association for Friendship, the Deputy Prime Minister will be attending the 2024 Conference of the GPSCFL from 8 to 9 September 2024 in Lianyungang City, Jiangsu Province. The conference, themed “Win-Win Cooperation under Significant Changes: Building A Global Community of Common Public Security”, will see international leaders come together to address key public security challenges. Minister of Home Affairs Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail will also participate at the conference.

The Deputy Prime Minister is also scheduled to hold discussions with State Councillor and Minister of Public Security Wang Xiaohong, on matters of common interest.

They are also expected to exchange views on regional and international issues of mutual concern and interest. On 10 September 2024, Deputy Prime Minister Zahid Hamidi will attend the Malaysia-China Halal Business Forum in Shanghai, organised by the Halal Development Corporation (HDC), which will be attended by halal industry players from Malaysia and China. He will also witness the signing of a Memorandum of Understanding (MoU) between MARA Aerospace & Technologies Sdn. Bhd. and Honeycomb Aerospace Technologies (Beijing) Co. Ltd. in the field of aviation.

The visit will add momentum to the strong bilateral ties between Malaysia and China as both nations celebrate the 50th year of the establishment of diplomatic relations this year. Relations have continued to grow since its elevation to Comprehensive Strategic Partnership (CSP) in 2013.

For fifteen consecutive years since 2009, China has been Malaysia’s largest trading partner globally. In 2023, total trade with China was valued at RM450.84 billion (USD98.80 billion), contributing 17.1% of Malaysia’s global trade. The first half of 2024 recorded a total trade of RM234.09 billion (USD49.53 billion). In the first quarter of 2024, a total of 24 manufacturing projects were approved with investment totalling RM3.4 billion (USD717.7 million).

 

 

PUTRAJAYA

7 September 2024


RIBUT TROPIKA YAGI DI HONG KONG DAN SELATAN CHINA

 

RIBUT TROPIKA YAGI DI HONG KONG DAN SELATAN CHINA

 

Kementerian Luar Negeri, melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong dan Guangzhou, sedang memantau dengan teliti perkembangan Ribut Tropika Yagi yang dijangka akan mendarat di selatan China, termasuk Hainan dan Guangdong. Sehingga pukul 3 petang waktu tempatan pada 5 September 2024, Ribut Tropika Yagi terletak lebih kurang 350km selatan-tenggara dari Hong Kong. Ia dijangka bergerak ke arah barat-barat laut dengan kelajuan 15km/j melintas bahagian utara Laut China Selatan.

Setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat atau terjejas oleh taufan tersebut.

Rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti perkembangan serta panduan terkini yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan. Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar serta mengemas kini keberadaan dan maklumat mereka adalah amat digalakkan untuk berbuat sedemikian di https://ekonsular.kln.gov.my.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong atau Guangzhou melalui butiran yang disediakan di bawah:

 

KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI HONG KONG

                                                                        Alamat:             24th Floor, Malaysia Building,

                                                                                                 47-50 Gloucester Road,

                                                                                                 Wanchai, Hong Kong, China

                                                                      No. Telefon:        (852) 2821 0800 (waktu pejabat), (852) 2865 1628

                                                                      Emel:                   mwhongkong@kln.gov.my

 

CONSULATE GENERAL OF MALAYSIA IN GUANGZHOU

                                                                     Address:             Unit 21 & 22, Level 12, GDH Bay City Centre (BCC),

                                                                                                No.21 Zhujiang West Road, Zhujiang New Town,

                                                                                                Tianhe District, Guangzhou, Guangdong

                                                                    Phone numbers: +8620 2289 9266/9268/9270 (Consular), +8620 2289 9262 / 9263 (Immigration),

                                                                                                +86 188 0208 7683/ +86 188 2503 5510 (after office hours)

                                                                    E-mail:                  mwguangzhou@kln.gov.my

 

PUTRAJAYA

5 September 2024