WORKING VISIT OF YB DATO’ KAMARUDIN JAFFAR DEPUTY MINISTER OF FOREIGN AFFAIRS OF MALAYSIA TO THE HASHEMITE KINGDOM OF JORDAN AND THE REPUBLIC OF AZERBAIJAN FROM 15 – 23 JANUARY 2022

WORKING VISIT OF YB DATO’ KAMARUDIN JAFFAR DEPUTY MINISTER OF FOREIGN AFFAIRS OF MALAYSIA TO THE HASHEMITE KINGDOM OF JORDAN AND THE REPUBLIC OF AZERBAIJAN FROM 15 – 23 JANUARY 2022

 

 

YB Dato’ Kamarudin Jaffar, Deputy Minister of Foreign Affairs of Malaysia will undertake working visits to the Hashemite Kingdom of Jordan and the Republic of Azerbaijan from 15 to 23 January 2022. YB Deputy Minister will be accompanied by officials from the Ministry of Foreign Affairs .

 

During the visit to Amman, YB Dato’ Kamarudin Jaffar is scheduled to hold meetings with his counterpart from Jordan, as well as his Palestinian counterpart. In Baku, YB Deputy Minister is scheduled to call on the Minister of Foreign Affairs of Azerbaijan. The visits will focus on initiatives to strengthen bilateral cooperation, in particular, increasing economic and trade ties, as well as people to people ties, and post COVID-19 pandemic cooperation.

 

The visits reflect Malaysia’s longstanding and close ties with Jorda n and Azerbaijan. Both countries are important partners for Malaysia. Total bilateral trade between Malaysia and Jordan for the period of January to October 2021 amounted to RM924.8 million, while total bilateral trade between Malaysia and Azerbaijan for the same period amounted to RM120.52 million.

 

The working visits will be undertaken in full compliance with the COVID-19 Standard Operating Procedures (SOP) put in place by the authorities of Malaysia and the two respective countries.

 

 

 

PUTRAJAYA

14 JANUARY 2022


SAFETY OF MALAYSIANS IN KAZAKHSTAN

SAFETY OF MALAYSIANS IN KAZAKHSTAN

 

The Ministry of Foreign Affairs is closely monitoring the latest developments taking place in a number of regions in Kazakhstan, and wishes to advise that all Malaysians in the country are safe.

 

Based on the record of the Embassy of Malaysia in capital Nur-Sultan, 79 Malaysians are registered with the Embassy. They include diplomats and their dependents at the Embassy, as well as at the MATRADE and Tourism Malaysia offices in Almaty. The Embassy has advised them to give utmost priority to their personal safety and security, avoid protest areas, and abide by instructions issued by the relevant local authorities.

 

Malaysians requiring consular assistance in Kazakhstan may contact the Embassy as per the details below:

     EMBASSY OF MALAYSIA IN NUR-SULTAN, KAZAKHSTAN

     Tel : +7 (7172) 79 06 90 +77011010233 (After Office Hour)

     Email : mwnursultan@kln.gov.my

 

 

PUTRAJAYA

8 January 2022


MALAYSIA STRONGLY CONDEMNS ATTACKS ON JAZAN, KINGDOM OF SAUDI ARABIA

MALAYSIA STRONGLY CONDEMNS ATTACKS ON

JAZAN, KINGDOM OF SAUDI ARABIA

 

 

Malaysia strongly condemns the projectile attacks by the Houthis on Jazan, Kingdom of Saudi Arabia on 24 December 2021 which has resulted in the loss of lives and injuries, as well as destruction to properties. Malaysia extends its heartfelt sympathies and condolences to those affected by the attacks.

 

Malaysia rejects all forms of violence that destabilize peace and security in the region. The continuation of hostilities will be detrimental to maintaining peace and stability in the region.

 

Malaysia will continue to support efforts aimed at finding an amicable and peaceful solution to the conflict in Yemen.

 

 

 

PUTRAJAYA

31 DECEMBER 2021


LAWATAN RASMI YB DATO’ SRI SAIFUDDIN ABDULLAH MENTERI LUAR NEGERI MALAYSIA KE REPUBLIK TURKI 20 – 22 DISEMBER 2021 DAN REPUBLIK INDIA 23 – 25 DISEMBER 2021

LAWATAN RASMI YB DATO’ SRI SAIFUDDIN ABDULLAH MENTERI LUAR NEGERI MALAYSIA KE REPUBLIK TURKI 20 – 22 DISEMBER 2021 DAN REPUBLIK INDIA 23 – 25 DISEMBER 2021

 

YB Dato’ Sri Saifuddin Abdullah akan mengadakan lawatan rasmi ke Republik Turki dari 20-22 Disember 2021 dan Republik India dari 23-25 Disember 2021. Ini merupakan lawatan kali pertama sejak beliau dilantik sebagai Menteri Luar Negeri pada 30 Ogos 2021. YB Menteri akan diiringi oleh para pegawai daripada Kementerian Luar Negeri.

 

YB Dato’ Sri Saifuddin Abdullah dijadualkan membuat kunjungan hormat ke atas TYT Recep Tayyip Erdoğan, Presiden Republik Turki. Pertemuan tersebut akan didahului dengan mesyuarat dua hala bersama TYT Mevlüt Çavuşoğlu, Menteri Luar Negeri Republik Turki. Kedua-dua Menteri Luar akan membincangkan inisiatif untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dua hala serta bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa. YB Menteri Luar Negeri juga akan mengadakan sesi libat urus dengan pihak media, kumpulan pemikir serta institusi akademik di Turki bagi mempromosikan falsafah hidup bersama dalam budaya damai serta usaha menentang Islamofobia, selain bertemu dengan organisasi bantuan kemanusiaan Turki untuk membincangkan kerjasama dalam usaha menghulurkan bantuan kemanusiaan di peringkat antarabangsa.

 

Lawatan ini mencerminkan hubungan akrab dan strategik antara kedua-dua negara. Ia juga akan memberikan peluang kepada kedua-dua negara meneroka inisiatif baharu dalam usaha pemulihan pasca pandemik. Turki merupakan rakan penting dalam bidang ekonomi dan perdagangan bagi Malaysia. Jumlah nilai dagangan dua hala dari tempoh Januari hingga Oktober 2021 mencatatkan peningkatan sebanyak 81.9 peratus kepada RM14.08 billion (USD3.40 billion) berbanding RM7.74 billion (USD1.83 billion) bagi tempoh yang sama pada tahun 2020.

 

Selepas Turki, YB Menteri akan mengadakan lawatan rasmi ke India. Malaysia dan India mempunyai hubungan kukuh yang dipupuk menerusi jalinan ketamadunan, kebudayaan dan sosial. Jalinan kukuh kerjasama strategik yang terbina sejak 23 November 2015, telah menghasilkan kerjasama yang dinamik dalam pebagai bidang antara kedua-dua negara.

 

Semasa lawatan, YB Dato’ Sri Saifuddin akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, TYT Dr. S. Jaishankar, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri India bagi membincangkan isu-isu berkepentingan bersama. YB Menteri Luar Negeri juga akan meneroka kerjasama dalam bidang-bidang baharu yang strategik dengan India dalam era pasca pandemik. Perkara-perkara lain yang akan turut disentuh dalam perbincangan tersebut juga meliputi diplomasi kebudayaan, keselamatan siber, pertahanan, ekonomi digital, diplomasi kesihatan dan perdagangan serta pelaburan.

 

Lawatan ke India akan membina momentum jalinan kukuh kerjasama strategik, sekaligus mempamerkan keakraban dan kesediaan kedua-dua pihak untuk memperkukuhkan semula hubungan dua hala, selain matlamat bersama untuk mencapai keamanan global, kemajuan serta kemakmuran. India merupakan rakan dagang terbesar di rantau Asia Selatan dengan jumlah perdagangan tahunan melepasi USD15 billion sepanjang lima tahun yang lepas.

 

Kedua-dua lawatan ini akan dikendalikan dengan mematuhi sepenuhnya tatacaratatacara Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Malaysia dan kedua-dua negara.

 

 

PUTRAJAYA

19 DISEMBER 2021


MESYUARAT SESI LUAR BIASA KE-17 MAJLIS MENTERI-MENTERI LUAR NEGERI PERTUBUHAN KERJASAMA ISLAM (OIC) BAGI MEMBINCANGKAN SITUASI DI AFGHANISTAN ISLAMABAD, PAKISTAN, 19 DECEMBER 2021

MESYUARAT SESI LUAR BIASA KE-17 MAJLIS MENTERI-MENTERI LUAR NEGERI PERTUBUHAN KERJASAMA ISLAM (OIC) BAGI MEMBINCANGKAN SITUASI DI AFGHANISTAN ISLAMABAD, PAKISTAN, 19 DECEMBER 2021

 

 

Menteri Luar Negeri, YB Dato' Sri Saifuddin Abdullah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Sesi Luar Biasa ke-17 Majlis

Menteri-Menteri Luar Negeri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada 19 Disember 2021 di Islamabad, Pakistan. Mesyuarat Sesi Luar

Biasa ini akan didahului oleh Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan OIC pada 18 Disember 2021.

 

Sebagai Pengerusi Sidang Kemuncak Islam OIC, Arab Saudi telah menyeru agar Mesyuarat Sesi Luar Biasa ini diadakan untuk

membincangkan situasi kemanusiaan di Afghanistan. Pakistan telah menawarkan untuk menjadi tuan rumah bagi mesyuarat ini di

Islamabad.

 

Mesyuarat Sesi Luar Biasa ini akan membincangkan langkah bagi mengurangkan kesan krisis kemanusiaan di Afghanistan dan

mekanisme bagi memastikan bantuan sewajarnya dapat dikoordinasikan dengan baik kepada rakyat Afghanistan. Satu Kenyataan Akhir

dijangka akan diterima pakai sebagai dokumen hasil mesyuarat tersebut.

 

YB Menteri Luar Negeri dijangka akan menyampaikan kenyataan negara sewaktu mesyuarat itu. Dalam kenyataan beliau, YB Menteri Luar

Negeri akan mengetengahkan keazaman Malaysia untuk membantu situasi kemanusiaan di Afghanistan dan mengesahkan sokongan

negara terhadap penyelesaian yang aman dan berkekalan demi kepentingan Afghanistan dan rakyat Afghanistan.

 

YB Menteri Luar Negeri juga dijadualkan untuk mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Menteri Luar Negeri Pakistan

sebelum Mesyuarat Sesi Luar Biasa bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama. Di samping itu, YB Menteri Luar Negeri juga akan

membuat kunjungan hormat ke atas Presiden dan Perdana Menteri Pakistan.

 

Mesyuarat Sesi Luar Biasa OIC akan diadakan apabila kepentingan Ummah memerlukannya, untuk mempertimbangkan perkara-perkara

mustahak melibatkan Ummah. Sebagai ahli pengasas OIC, Malaysia telah mengambil bahagian secara aktif dalam semua inisiatif OIC

demi kemaslahatan Ummah.

 

Mesyuarat Sesi Luar Biasa ini juga akan diadakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang ketat yang telah

diselaraskan oleh Kerajaan Malaysia dan Pakistan.

 

PUTRAJAYA

17 DISEMBER 2021