MALAYSIA MENGUTUK PENINGKATAN PENCEROBOHAN ISRAEL DI GAZA DAN NEGARA SERANTAU

MALAYSIA MENGUTUK PENINGKATAN PENCEROBOHAN ISRAEL DI GAZA

DAN NEGARA SERANTAU

 

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya rancangan Israel untuk mewujudkan “kependudukan berterusan” di Gaza dengan mengusir lebih dua juta penduduk Palestin secara paksa dari wilayah tersebut. Penguasaan ketenteraan terhadap bantuan kemanusiaan serta pengusiran sistematik terhadap orang awam merupakan pelanggaran secara terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa. Ini memaparkan sikap angkuh Israel yang terus-menerus mencabar peraturan serta norma undang-undang tersebut.

Pengusiran secara paksa dan menggunakan kebuluran sebagai senjata adalah jenayah perang. Malaysia menolak sebarang alasan atau justifikasi yang menghalau rakyat Palestin dari Gaza. Tindakan ini jelas merupakan satu bentuk pembersihan etnik.

Kini, pencerobohan Israel telah melangkaui sempadan Palestin. Serangan udara ke atas pelabuhan Hodeidah di Yaman, Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa, serta beberapa lokasi lain di rantau itu menunjukkan kekejaman berleluasa Israel yang mengancam nyawa orang awam serta kestabilan serantau. Ini membuktikan bahawa Israel terus menerus melanggar undang-undang antarabangsa. Sikap tidak endah Israel mesti dihentikan dan semua pelaku mesti dibawa ke muka pengadilan.

Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa, melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), untuk segera mengambil tindakan.

Malaysia sekali lagi menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri serta penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara. Sekatan ke atas Gaza dan serangan ke atas orang awam mesti dihentikan serta-merta.

 

PUTRAJAYA

8 Mei 2025


MALAYSIA CONDEMNS ISRAEL’S ESCALATING AGGRESSION IN GAZA AND THE REGION

MALAYSIA CONDEMNS ISRAEL’S ESCALATING AGGRESSION IN GAZA AND

THE REGION 

 

Malaysia unequivocally condemns Israel’s declared plan to establish a “sustained presence” in Gaza and forcibly displace over two million Palestinians. The imposition of military control over humanitarian aid and the systematic displacement of civilians constitute flagrant breaches of international law and exemplify Israel’s persistent defiance of international law.

The forced removal of populations and deliberate use of starvation as a weapon are war crimes. Malaysia rejects any pretext for expelling Palestinians from Gaza. These acts amount to ethnic cleansing.

Israel’s aggression now extends beyond Palestine. Airstrikes on Yemen’s Hodeidah port, Sanaa International Airport, and other sites across the region highlight a pattern of reckless escalation that endangers all civilian lives and threatens regional stability. Such actions reinforce Israel’s status as a serial violator of international law — Israel’s impunity must stop and all perpetrators be brought to justice.

Malaysia urges the international community through the United Nations to immediately take action.

Malaysia reiterates its unwavering support for the Palestinian people’s inalienable right to self-determination and the establishment of an independent, sovereign State of Palestine, based on pre-1967 borders with East Jerusalem as its capital. The blockade of Gaza and the targeting of civilians must end without delay.

 

PUTRAJAYA

8 May 2025


MALAYSIA URGES RESTRAINT AND RENEWED DIALOGUE IN SOUTH ASIA

MALAYSIA URGES RESTRAINT AND RENEWED DIALOGUE

IN SOUTH ASIA 

 

Malaysia is following with growing concern the rapid escalation in tensions between India and Pakistan and stresses the need for calm and dialogue.

We urge both sides to exercise maximum restraint and restore channels of communication. However tense the moment, diplomacy remains the surest path away from crisis.

Malaysia reiterates Prime Minister Dato’ Seri Anwar Ibrahim’s call for a full and thorough investigation into the 22 April attack in Pahalgam, with a view to bringing any remaining perpetrators to justice.

Malaysia reaffirms its support for all efforts aimed at de-escalation and meaningful dialogue between India and Pakistan.

 

PUTRAJAYA

8 May 2025


MALAYSIA SERU KETEGANGAN DIREDAKAN DAN PEMBAHARUAN DIALOG DI ASIA SELATAN

MALAYSIA SERU KETEGANGAN DIREDAKAN DAN PEMBAHARUAN DIALOG

DI ASIA SELATAN

 

Malaysia mengikuti perkembangan peningkatan mendadak ketegangan antara India dan Pakistan dengan kebimbangan, dan menekankan keperluan untuk bertenang dan berdialog.

Malaysia juga menggesa kedua-dua pihak agar menahan dari provokasi dan mengaktifkan semula saluran komunikasi yang membina. Setegang mana keadaan, diplomasi kekal sebagai jalan terbaik untuk mengelakkan krisis.

Malaysia mengulangi gesaan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim agar siasatan yang menyeluruh dijalankan terhadap serangan pada 22 April di Pahalgam, bagi memastikan semua pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Malaysia menegaskan semula sokongan ke atas segala usaha ke arah penurunan ketegangan dan dialog yang bermakna antara India dan Pakistan.

 

PUTRAJAYA

8 Mei 2025


MALAYSIA SERU GENCATAN SENJATA DI MYANMAR DILANJUTKAN DAN DIPERLUASKAN BAGI MEMUDAHCARA OPERASI KEMANUSIAAN

MALAYSIA SERU GENCATAN SENJATA DI MYANMAR DILANJUTKAN DAN DIPERLUASKAN BAGI

MEMUDAHCARA OPERASI KEMANUSIAAN 

 

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri menyeru dengan tegas agar gencatan senjata sepihak yang telah diumumkan oleh pelbagai pihak berkepentingan di Myanmar — termasuk Majlis Pentadbiran Negara (State Administration Council, SAC) dan Kerajaan Perpaduan Nasional (National Unity Government, NUG) — diteruskan dan dilanjutkan. Seruan ini mengambil kira hakikat bahawa gencatan senjata tersebut dijadualkan tamat hari ini, 30 April 2025. Gencatan senjata sedia ada yang kini hanya terhad kepada Sagaing dan Mandalay, kawasan yang terjejas oleh gempa bumi, perlu bukan sahaja dikekalkan, malah diperluas menjadi gencatan senjata kemanusiaan berskala nasional demi memastikan akses bantuan kemanusiaan yang selamat, berterusan dan tidak terhalang kepada semua komuniti yang memerlukan.

Gencatan senjata kemanusiaan yang menyeluruh amat penting bagi membolehkan operasi bantuan kemanusiaan dijalankan secara selamat, saksama dan berkesan di seluruh negara, selain menjamin keselamatan petugas perubatan dan pasukan bantuan kemanusiaan yang berada di lapangan.

YAB Perdana Menteri dan YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri, secara konsisten menggesa agar gencatan senjata kemanusiaan ini dilanjutkan dan diperluas di dalam pertemuan mereka bersama pihak-pihak berkaitan, termasuk SAC dan NUG, bagi memastikan kesinambungan kerja-kerja menyelamat dan bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan di Myanmar. Dalam perbincangan yang berlangsung di Bangkok awal bulan ini, Perdana Menteri memaklumkan bahawa kedua-dua pihak telah menyatakan kesediaan untuk mengekalkan gencatan senjata bagi menyokong usaha bantuan kemanusiaan.

Kehadiran pasukan mencari dan menyelamat, petugas perubatan dan sukarelawan kemanusiaan daripada negara-negara ASEAN serta masyarakat antarabangsa di Myanmar turut menguatkan keperluan mendesak bagi mewujudkan persekitaran yang selamat dan stabil untuk operasi bantuan. Keselamatan semua petugas ini, serta komuniti yang mereka bantu, tidak dapat dijamin tanpa gencatan senjata yang jelas dan berterusan.

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia bekerjasama rapat dengan semua Negara Anggota ASEAN, Pusat AHA (ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management), serta rakan-rakan antarabangsa bagi memastikan usaha bantuan kemanusiaan dijalankan secara terselaras, berasaskan keperluan dan berpandukan prinsip kemanusiaan. YAB Perdana Menteri turut menjalinkan komunikasi erat dengan para Pemimpin ASEAN dalam menyuarakan kepentingan perkara ini. Malaysia juga kekal komited untuk memastikan penyampaian bantuan kemanusiaan kepada komuniti yang terjejas, selaras dengan elemen utama Konsensus Lima Perkara ASEAN.

Kementerian Luar Negeri sekali lagi menegaskan komitmen Malaysia dalam menyokong tindak balas kolektif ASEAN, dan bersedia untuk menganjurkan sesi libat urus lanjutan demi menyokong penyelesaian damai yang inklusif dan dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Myanmar.

 

PUTRAJAYA

30 April 2025