SESI PEMUKIMAN AND MESYUARAT SURUHANJAYA ANTARA KERAJAAN ASEAN MENGENAI HAK ASASI MANUSIA (AICHR) KE-40 DI LANGKAWI, KEDAH 11 – 14 FEBRUARI 2025
SESI PEMUKIMAN AND MESYUARAT SURUHANJAYA ANTARA KERAJAAN ASEAN MENGENAI HAK ASASI MANUSIA (AICHR) KE-40
DI LANGKAWI, KEDAH
11 – 14 FEBRUARI 2025
Sesi Pemukiman dan Mesyuarat Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) Ke-40 akan berlangsung dari 11 hingga 14 Februari 2025 di Langkawi, Kedah. Ini merupakan mesyuarat pertama AICHR di bawah kepimpinan T.Y.T. Edmund Bon Tai Soon, Wakil Malaysia ke AICHR dan Pengerusi AICHR 2025.
Antara agenda mesyuarat adalah hak mangsa dan mereka yang terselamat dari situasi konflik, inisiatif keamanan dan pembangunan keamanan, deklarasi-deklarasi ASEAN yang dicadangkan mengenai hak alam sekitar, pertumbuhan inklusif, pembangunan mampan dan hak kepada pembangunan.
Wakil dari semua Negara Anggota ASEAN akan turut serta, bersama Wakil AICHR dari Timor-Leste, yang akan hadir sebagai pemerhati.
Sebagai Pengerusi ASEAN dan AICHR bagi 2025, Malaysia akan membentangkan bidang keutamaan dan hasil utama selaras dengan tema Kepengerusian ASEAN, “Keterangkuman dan Kemampanan”.
Tahun ini, Malaysia berhasrat untuk:
● Memajukan bidang tematik utama seperti hak keamanan, hak pembangunan, perniagaan dan hak asasi manusia, perlindungan alam sekitar, dan perubahan iklim.
● Menangani cabaran hak asasi manusia yang mendesak di rantau ini melalui pendekatan “ASEAN-led” dan “ASEAN-owned”.
● Menambah baik rangka kerja institusi AICHR ke arah peralihan menjadi badan yang lebih berorientasikan perlindungan.
● Meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti bagi menambah baik proses serta mekanisme AICHR.
● Memperkukuh kerjasama AICHR dengan badan sektoral ASEAN dan rakan dialog.
● Memperkukuh penglibatan dengan organisasi masyarakat sivil, dan meningkatkan inklusiviti melalui dialog dan kolaborasi yang berterusan.
Menjelang mesyuarat ini, satu Bengkel Peralihan akan diadakan pada 10 Februari bagi memastikan kesinambungan penyerahan tugas yang lancar antara beberapa Wakil AICHR yang akan tamat perkhidmatan dan Wakil AICHR yang baru dilantik. Bengkel ini akan:
● Mengkaji semula inisiatif terdahulu, berkongsi amalan terbaik, dan menyelaraskan strategi masa depan.
● Menghimpunkan mantan Wakil AICHR dan yang akan tamat perkhidmatan bagi mengekalkan momentum dalam inisiatif yang sedang berjalan dan akan datang.
● Menampilkan dialog dengan organisasi masyarakat sivil yang mempunyai status perundingan dengan AICHR bagi memastikan pelbagai perspektif dimasukkan dalam perbincangan.
Hasil bengkel ini akan membantu memperkayakan perbincangan AICHR, dan memperkukuh komitmen ASEAN terhadap kedaulatan undang-undang, demokrasi, hak asasi manusia, kemampanan dan pembangunan inklusif.
PUTRAJAYA
10 Februari 2025
RETREAT AND 40TH MEETING OF THE ASEAN INTERGOVERNMENTAL COMMISSION ON HUMAN RIGHTS (AICHR) IN LANGKAWI, KEDAH 11 – 14 FEBRUARY 2025
RETREAT AND 40TH MEETING OF THE ASEAN INTERGOVERNMENTAL
COMMISSION ON HUMAN RIGHTS (AICHR) IN LANGKAWI, KEDAH
11 – 14 FEBRUARY 2025
The Retreat and 40th Meeting of the ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights (AICHR) will take place from 11 to 14 February 2025 in Langkawi, Kedah. This marks the first AICHR meeting under the stewardship of Representative of Malaysia to the AICHR and Chair of AICHR 2025 Edmund Bon Tai Soon.
Matters on the agenda include the rights of victims and survivors in conflict situations, peace and peacebuilding initiatives, the proposed ASEAN declarations on environmental rights, inclusive growth, sustainable development and right to development.
Representatives from all ASEAN Member States will participate, alongside Timor-Leste’s AICHR Representative, who will attend as an observer.
As ASEAN and AICHR Chair for 2025, Malaysia will present its priority areas and key deliverables, aligned with the broader ASEAN Chairmanship theme, “Inclusivity and Sustainability”.
This year, Malaysia aims to:
● Advance key thematic areas such as the right to peace, the right to development, business and human rights, environmental rights protection, and climate change.
● Address pressing human rights challenges across the region through an ASEAN-led and ASEAN-owned approach.
● Enhance AICHR’s institutional framework to transition toward a more protection-centric body.
● Increase transparency and accountability to improve AICHR’s processes and mechanisms.
● Strengthen AICHR’s collaboration with ASEAN sectoral bodies and dialogue partners.
● Foster stronger engagement with civil society organisations, reinforcing inclusivity through ongoing dialogues and collaborations.
Ahead of the meeting, a Transition Workshop will take place on 10 February to ensure a seamless handover between several of the outgoing and incoming AICHR Representatives. This workshop will:
● Review past initiatives, share best practices, and align future strategies.
● Bring together former and outgoing AICHR Representatives to sustain momentum on ongoing and future initiatives.
● Include a dialogue with civil society organisations with consultative relationship with AICHR, ensuring diverse perspectives inform the discussions.
The outcomes of the workshop will enrich AICHR’s deliberations, reinforcing ASEAN’s commitment to rule of law, democracy, human rights, sustainability, and inclusive development.
PUTRAJAYA
10 February 2025
LAWATAN RASMI PRESIDEN REPUBLIK TÜRKIYE KE MALAYSIA, 10-11 FEBRUARI 2025
LAWATAN RASMI PRESIDEN REPUBLIK TÜRKIYE KE MALAYSIA,
10-11 FEBRUARI 2025
Tuan Yang Terutama (TYT) Recep Tayyip Erdoğan, Presiden Republik Türkiye akan mengadakan Lawatan Rasmi ke Malaysia dari 10 hingga 11 Februari 2025, atas jemputan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri. Lawatan Rasmi ini mengukuhkan hubungan rapat antara kedua-dua negara yang terus berkembang berasaskan hubungan yang telah lama terjalin, terutamanya selepas penaiktarafan ke Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) pada Julai 2022.
Pada 11 Februari 2025, TYT Erdoğan akan diraikan dalam satu Istiadat Sambutan Rasmi di Kompleks Perdana Putra, diikuti dengan mesyuarat dengan YAB Perdana Menteri. Kedua-dua pihak dijangka akan meneliti kemajuan hubungan CSP di antara Malaysia dan Republik Türkiye, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan, halal, kerjasama dalam bidang tenaga, pengurusan bencana, kesihatan, sains dan teknologi dan kesalinghubungan. Kedua-dua pemimpin juga dijangka akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama, termasuk Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, penganjuran Forum Diplomasi Antalya 2025 buat kali ke-4 oleh Türkiye, Islamofobia dan perjanjian gencatan senjata terkini di Gaza.
Kedua-dua pemimpin kemudiannya akan menyaksikan pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman, Perjanjian dan Nota sebelum mengadakan sidang akhbar bersama. Satu jamuan tengah hari yang dihos oleh YAB Perdana Menteri bagi meraikan TYT Erdoğan juga akan diadakan di Kompleks Seri Perdana.
Selaku Pengerusi ASEAN pada tahun 2025, Malaysia komited untuk mengukuhkan integrasi serantau dan menjalin kerjasama melangkaui rantau ini, manakala Türkiye, sebagai Rakan Dialog Sektoral ASEAN, berada pada kedudukan yang baik untuk memainkan peranan penting dalam memajukan keutamaan ekonomi ASEAN. Republik Türkiye telah menjadi Rakan Dialog Sektoral ASEAN pada tahun 2017, dengan bidang kerjasama praktikal antara ASEAN-Türkiye (2024-2028) berfungsi sebagai kerangka untuk kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Pada tahun 2024, Türkiye merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia, destinasi eksport terbesar dan destinasi import keempat terbesar dari rantau Asia Barat. Pada tahun 2024, jumlah dagangan Malaysia dengan Türkiye meningkat sebanyak 18.7% kepada RM24.13 bilion (USD5.28 bilion) dari tahun sebelumnya.
PUTRAJAYA
9 Februari 2025
OFFICIAL VISIT OF THE PRESIDENT OF THE REPUBLIC OF TÜRKIYE TO MALAYSIA 10-11 FEBRUARY 2025
OFFICIAL VISIT OF THE PRESIDENT OF THE REPUBLIC OF TÜRKIYE TO
MALAYSIA
10-11 FEBRUARY 2025
President of the Republic of Türkiye Recep Tayyip Erdoğan will undertake an official visit to Malaysia from 10 to 11 February 2025 at the invitation of Prime Minister Dato’ Seri Anwar Ibrahim. The official visit reaffirms the solid relations between the two nations which continue to advance, premised on long-standing ties, particularly following the elevation of relations to the level of Comprehensive Strategic Partnership (CSP) in July 2022.
On 11 February 2025, President Erdoğan will be accorded an official welcoming ceremony at Perdana Putra Complex, Putrajaya, to be followed by a meeting with the Prime Minister. Both leaders are expected to review the progress of Malaysia-Republic of Türkiye CSP relations, particularly in trade and investment, defence, halal, energy cooperation, disaster management, health, science and technology, and connectivity. The leaders are also expected to exchange views on various regional and international issues of mutual interest, including Malaysia’s ASEAN Chairmanship, Türkiye’s hosting of the 4 th Edition of the Antalya Diplomacy Forum 2025, Islamophobia and the recent ceasefire agreement in Gaza.
Both leaders will then witness the exchange of Memorandum of Understandings, Agreement and Notes before addressing the media at a joint press conference. The Prime Minister will also host a luncheon at the Seri Perdana Complex in honour of President Erdoğan.
As Malaysia assumes the ASEAN Chairmanship in 2025, it is committed to strengthening regional integration and fostering partnerships beyond the region. Türkiye, as a Sectoral Dialogue Partner of ASEAN, is well-positioned to play a crucial role in advancing ASEAN’s economic priorities. The Republic of Türkiye became an ASEAN Sectoral Dialogue Partner in 2017, with the ASEAN-Türkiye Practical Cooperation Areas (2024-2028) serving as a framework for strategic collaborations between ASEAN and Türkiye.
In 2024, Türkiye was Malaysia’s third largest trading partner, largest export destination, and fourth largest import source among West Asia countries. Total trade between Malaysia and Türkiye was recorded at RM24.13 billion (USD5.28 billion) in 2024, reflecting an 18.7% increase from 2023.
PUTRAJAYA
9 February 2025
MALAYSIA MENOLAK SEBARANG RANCANGAN UNTUK PEMINDAHAN RAKYAT PALESTIN SECARA PAKSA DAN MENYERU PENYELESAIAN KEKAL
MALAYSIA MENOLAK SEBARANG RANCANGAN UNTUK PEMINDAHAN RAKYAT PALESTIN
SECARA PAKSA DAN MENYERU PENYELESAIAN KEKAL
Malaysia dengan tegas menolak sebarang cadangan yang boleh membawa kepada pemindahan atau pengusiran paksa rakyat Palestin dari tanah air mereka. Tindakan tidak berperikemanusiaan seperti ini merupakan pembersihan etnik yang jelas melanggar prinsip undang-undang antarabangsa serta pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sebarang usaha untuk mengenakan penyelesaian secara sebelah pihak dan paksa yang menafikan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib mereka sendiri serta mencabuli kebebasan mereka adalah tidak boleh diterima, tidak dapat dipertahankan, dan hanya akan memperburuk salah satu konflik paling berpanjangan di rantau ini.
Malaysia kekal teguh dalam solidaritinya bersama rakyat Palestin. Satu-satunya jalan penyelesaian yang adil dan berkekalan bagi mencapai keamanan dan kestabilan di Timur Tengah adalah melalui penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara. Pendekatan ini kekal sebagai pendirian prinsip Malaysia dan sejajar dengan sokongan jangka panjang masyarakat antarabangsa terhadap penyelesaian dua negara.
Masyarakat antarabangsa mesti bersatu dalam menyeru penyelesaian yang adil dan berkekalan yang dihormati serta diterima oleh rakyat Palestin. Sehubungan itu, Malaysia menegaskan semula seruannya, seperti yang terkandung dalam Resolusi Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam 2024 yang diterima pakai pada 11 November 2024, agar semua negara yang masih belum menyokong penyelesaian dua negara segera mengambil langkah untuk mengiktiraf Negara Palestin dan menyokong keanggotaan penuhnya dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ini merupakan langkah penting pertama ke arah memastikan keselamatan dan keamanan jangka panjang bagi rakyat Palestin serta kestabilan rantau Timur Tengah.
Malaysia juga menegaskan sokongannya terhadap usaha diplomatik dan multilateralisme, termasuk inisiatif yang sedang digerakkan oleh Global Alliance dan The Hague Group, dalam memastikan keamanan berkekalan melalui penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.
PUTRAJAYA
6 Februari 2025