MAJLIS PENYAMPAIAN CEK BANTUAN KEMANUSIAAN KEPADA LUBNAN

MAJLIS PENYAMPAIAN CEK BANTUAN KEMANUSIAAN KEPADA LUBNAN 

 

YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri, telah menyampaikan cek berjumlah RM1.5 juta kepada Tuan Yang Terutama George Bitar Ghanem, Duta Besar Lubnan ke Malaysia, dalam satu majlis di Kementerian Luar Negeri pada 29 November 2024.

Malaysia telah menyatakan kesediaan untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Lubnan semasa pertemuan antara, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Tuan Yang Terutama Najib Mikati, Perdana Menteri Lubnan, di sela-sela Sidang Kemuncak Tergempar Negara-negara Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi pada 11 November 2024.

Sumbangan ini adalah lambang solidariti berterusan Malaysia dengan rakyat Lubnan. Bantuan ini diharapkan dapat membantu dan mempercepatkan proses pemulihan kawasan yang terjejas akibat serangan Israel terutamanya ketika negara tersebut bakal memasuki musim sejuk.

Malaysia kekal komited untuk menyumbang kepada inisiatif kemanusiaan antarabangsa dan menyokong usaha membina keamanan di zon konflik.

 

PUTRAJAYA

29 November 2024


CHEQUE PRESENTATION CEREMONY FOR HUMANITARIAN ASSISTANCE TO LEBANON

CHEQUE PRESENTATION CEREMONY FOR HUMANITARIAN ASSISTANCE TO LEBANON

 

On 29 November 2024, Minister of Foreign Affairs Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan presented a cheque in the amount of RM1.5 million to the Ambassador of Lebanon to Malaysia George Bitar Ghanem during a ceremony at the Ministry of Foreign Affairs.

Malaysia’s pledge to render humanitarian assistance to Lebanon was made during a meeting held between Prime Minister Dato’ Seri Anwar Ibrahim and Lebanese Prime Minister Najib Mikati at the sidelines of the Extraordinary Joint Arab-Islamic Summit in Riyadh, Saudi Arabia on 11 November 2024.

The contribution symbolises Malaysia’s continued solidarity with the people of Lebanon. As winter is approaching, it is hoped that the assistance will support and expedite the recovery process, particularly in the areas affected by the Israeli attacks.

Malaysia remains committed to contributing to international humanitarian initiatives in supporting peace-building efforts in conflict zones.

 

PUTRAJAYA

29 November 2024


MALAYSIA MENYAMBUT BAIK PERJANJIAN GENCATAN SENJATA DI LUBNAN

MALAYSIA MENYAMBUT BAIK PERJANJIAN GENCATAN SENJATA DI LUBNAN

 

Malaysia menyambut baik perjanjian gencatan senjata di Lubnan dan menekankan perkembangan positif ini adalah usaha awal yang penting ke arah mengurangkan ketegangan dan mengembalikan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah.

Malaysia menggesa semua pihak untuk menghormati dan mematuhi syarat gencatan senjata tersebut dan mengulangi gesaan untuk menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan termasuk Resolusi 1701 (2006), perlindungan ke atas orang awam dan akses bantuan kemanusiaan tanpa halangan kepada rakyat Lubnan yang telah menderita akibat konflik yang berpanjangan.

Gencatan senjata pada kadar segera dan kekal di Gaza juga perlu dilaksanakan termasuk memulihkan semula akses tanpa sekatan kepada bantuan kemanusiaan. Keamanan di Timur Tengah hanya akan dicapai apabila wujudnya Palestin yang merdeka, bebas dan berdaulat.

 

PUTRAJAYA

28 November 2024


MALAYSIA WELCOMES CEASEFIRE AGREEMENT IN LEBANON

MALAYSIA WELCOMES CEASEFIRE AGREEMENT IN LEBANON 

 

Malaysia welcomes the ceasefire agreement in Lebanon and underlines this positive development as a crucial first step towards de-escalating tensions and restoring peace and stability in the Middle East.

Malaysia urges all parties to respect and adhere to the ceasefire terms, while reiterating its call for the respect of international humanitarian law and the relevant United Nations Security Council Resolutions including Resolution 1701 (2006), the protection of civilians and an unhindered flow of humanitarian assistance to the Lebanese people who have suffered from the devastating consequences of a prolonged conflict.

An immediate and permanent ceasefire in Gaza also needs to be put in place with unimpeded access to humanitarian aid restored quickly. Only when an independent, free and sovereign Palestine exists, can there be real peace in the Middle East.

 

PUTRAJAYA

28 November 2024


PERKEMBANGAN TERKINI DI PAKISTAN

PERKEMBANGAN TERKINI DI PAKISTAN

 

Kementerian Luar Negeri, melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad, sedang memantau rapi situasi di Islamabad susulan pergolakan yang berlaku di ibu negara dalam tempoh dua hari yang lalu.

Suruhanjaya Tinggi sentiasa berhubung dengan semua rakyat Malaysia yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi. Berdasarkan laporan terkini, seramai 32 rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di Chilas kini dalam perjalanan menuju ke Bersham berikutan keadaan di kawasan tersebut yang semakin pulih. Suruhanjaya Tinggi sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan kepulangan mereka berjalan dengan selamat dan terjamin. Rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas digesa untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan serta panduan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad digalakkan untuk segera berbuat demikian melalui e-konsular (https://ekonsular.kln.gov.my/login) bagi memastikan mereka menerima maklumat dan bantuan tepat pada masanya. Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad melalui maklumat berikut:

 

SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI ISLAMABAD

                                              Alamat:                  Plot No. 144-150, Street No. 17,

                                                                            Sector G-5, Diplomatic Enclave, Islamabad

                                             Nombor telefon:     +92 51 207 2900 ext. 123 or 125

                                             Emel:                      mwislamabad@kln.gov.my

 

Kementerian Luar Negeri akan sentiasa memaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian ini dari semasa ke semasa.

 

PUTRAJAYA

27 November 2024