HANDOVER OF MEDICAL EQUIPTMENT FROM THE GOVERNMENT OF THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA TO THE GOVERNMENT OF MALAYSIA

HANDOVER OF MEDICAL EQUIPTMENT FROM THE GOVERNMENT OF THE
PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA TO THE GOVERNMENT OF MALAYSIA

The Minister of Foreign Affairs of Malaysia, Honourable Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, received on behalf of the Government of Malaysia a consignment of COVID-19 medical equipment from the Government of the People’s Republic of China in a brief ceremony on 28 March 2020 at Wisma Putra, Putrajaya.

The consignment consisting of 100,008 units of Novel Coronavirus (2019-nCoV) Nucleic Acid Diagnostic Kit (PCR-Fluorescence Probing) test kits, 100,000 pieces of N95 face masks, 500,000 pieces of surgical masks, 50,000 units of Personal Protective Equipment (PPE) and 200 units of ventilators was handed over by His Excellency Bai Tian, Ambassador of the People’s Republic of China to Malaysia.

Foreign Minister Dato’ Seri Hishammuddin expressed Malaysia’s deep appreciation for the invaluable support of the Government of the People’s Republic of China which clearly reflects the strong partnership between the two countries. According to Ambassador Bai Tian, the consignment is a gift to Malaysia in recognition of the very close relations and friendship between his country and Malaysia, and a gesture of goodwill in return for the valuable assistance that Malaysia had extended during the initial phase of COVID-19 in China.

The consignment is part of much larger collaboration between Malaysia and the People’s Republic of China in the common fight against COVID-19 pandemic since the formation of the new Malaysian Government. Kuala Lumpur and Beijing have also expressed commitment to enhancing efforts in this fight, including mitigating impacts of COVID-19, through various platforms such as ASEAN and international organizations.

 

PUTRAJAYA
28 March 2020

 


225 RAKYAT MALAYSIA DI BANGLADESH SELAMAT TIBA DI TANAH AIR

225 RAKYAT MALAYSIA DI BANGLADESH SELAMAT TIBA DI TANAH AIR

Kementerian Luar Negeri ingin memaklumkan bahawa dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh dan Parti Kongres India Malaysia (MIC), seramai 225 orang rakyat Malaysia telah selamat tiba daripada Bangladesh di Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5:46 pagi ini, 26 Mac 2020. Kesemua mereka dibawa pulang melalui penerbangan sewa khas Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dibiayai sepenuhnya oleh Parti Kongres India Malaysia (MIC).

Mereka yang dibawa pulang terdiri daripada 130 orang pelajar, 55 orang pegawai dari Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar, 35 orang ekspatriat dan 5 orang tanggungan pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka.

Kesemua rakyat Malaysia yang dibawa pulang ini telah menjalani proses saringan kesihatan di KLIA serta perlu menjalani proses kuarantin selama 14 hari sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Luar Negeri semasa sidang akhbar secara langsung melalui Facebook di Wisma Putra pada 24 Mac 2020 telah merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YB Tan Sri S. A. Vigneswaran, Presiden MIC yang sekali lagi tampil kehadapan bagi membantu memudahcara urusan kepulangan rakyat Malaysia dari luar negara. MIC sebelum ini telah membiayai 6 penerbangan membawa pulang seramai 1,119 orang rakyat Malaysia yang terkandas di Chennai dan Thiruchirappali (Trichy), India melalui penerbangan Air Asia. 

 

DATO’ KAMARUDIN JAFFAR
TIMBALAN MENTERI LUAR NEGERI 
PENGERUSI PASUKAN PETUGAS COVID-19 KEMENTERIAN LUAR NEGERI

 

PUTRAJAYA
26 Mac 2020


81 RAKYAT MALAYSIA YANG DIREPATRIASI DARI ITALI SELAMAT TIBA DI MALAYSIA

81 RAKYAT MALAYSIA YANG DIREPATRIASI DARI ITALI SELAMAT TIBA DI MALAYSIA

 

Seramai 81 rakyat Malaysia dan tanggungan mereka yang direpatriasi dari Itali telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari ini, 26 Mac 2020 jam 10:00 pagi. Jumlah ini turut merangkumi seramai 34 orang pelajar dan lapan (8) orang pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Rome dan Holy See serta ahli keluarga mereka.

Kesemua mereka telah dibawa pulang dengan menaiki sebuah pesawat sewaan khas Air Asia yang turut membawa seramai tujuh belas (17) orang kru pesawat dan tujuh (7) orang penjawat awam iaitu seorang (1) daripada Kementerian Luar Negeri, seorang (1) daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan lima (5) orang daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Setibanya di Malaysia, kesemua mereka akan menjalani proses kuarantin di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) selama 14 hari sebagaimana yang ditetapkan oleh KKM.

Misi repatriasi ini adalah hasil kerjasama rapat di antara Kementerian Luar Negeri, NADMA, KKM, Kedutaan Besar Malaysia di Rome dan Holy See serta agensi-agensi lain yang berkaitan.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak NADMA, KKM, Kedutaan Besar Malaysia di Rome dan Holy See serta agensi-agensi lain yang telah memberikan kerjasama yang amat yang baik dalam menjayakan misi ini.

 

YB DATO’ KAMARUDIN JAFFAR
TIMBALAN MENTERI LUAR NEGERI 
PENGERUSI PASUKAN PETUGAS COVID-19 KEMENTERIAN LUAR NEGERI 

PUTRAJAYA
26 Mac 2020


PERKEMBANGAN TERKINI BERKAITAN RAKYAT MALAYSIA YANG TERKANDAS DI LUAR NEGARA BERIKUTAN PENULARAN PANDEMIK COVID-19

PERKEMBANGAN TERKINI BERKAITAN RAKYAT MALAYSIA YANG TERKANDAS DI LUAR NEGARA BERIKUTAN PENULARAN PANDEMIK COVID-19

 

A. KEPULANGAN RAKYAT MALAYSIA DARI INDIA KE MALAYSIA

Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) ingin memaklumkan bahawa seramai 558 orang rakyat Malaysia telah selamat tiba di Malaysia dari Chennai dan Tiruchirappalli (Trichy) dengan tiga (3) buah pesawat sewa khas Air Asia.

Seramai 186 orang rakyat Malaysia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) dari Chennai pada jam 5:50 pagi melalui penerbangan AK-013. Manakala, 372 orang lagi tiba dari Trichy melalui penerbangan AK-22 dan AK-28 masing-masing pada jam 5:00 pagi dan 6:40 pagi.

Penerbangan ketiga-tiga pesawat Air Asia yang membawa pulang rakyat Malaysia tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Parti Kongres India Malaysia (MIC). Wisma Putra merakamkan ucapan terima kasih atas bantuan, kerjasama dan keprihatinan MIC dalam membantu usaha Kerajaan membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di India. Setakat ini, MIC telah membantu pihak Kerajaan membawa 1,119 orang rakyat Malaysia yang terkandas di India, termasuk 3 orang bayi.

Kesemua rakyat Malaysia yang dibawa pulang ini perlu menjalani proses kuarantin secara sukarela (self-quarantine) selama 14 hari sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sehingga 25 Mac 2020, seramai 1,679 orang rakyat Malaysia masih terkandas di India. Kementerian Luar Negeri akan terus giat berusaha untuk memastikan rakyat Malaysia yang masih terkandas di India dapat kembali ke tanah air dengan segera.

 

B. KEPULANGAN RAKYAT MALAYSIA DARI KEMBOJA

Saya ingin memaklumkan, hasil kerjasama erat Wisma Putra dengan Kerajaan Kemboja, rakyat Malaysia dan Kemboja yang terkandas di kedua-dua negara akan dapat pulang ke negara masing-masing hari ini.

Bagi rakyat Malaysia yang terkandas di Kemboja, seramai 109 orang akan pulang dan dijangka tiba di tanah air pada jam 9:00 malam ini dengan pesawat MH763 milik Malaysia Airlines (MAS).

Manakala, bagi rakyat Kemboja yang terkandas di Malaysia, seramai 6 orang akan pulang dan dijangka tiba di Kemboja pada jam 5:30 petang ini dengan pesawat MH762 milik MAS.

Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya berterima kasih kepada Kerajaan Kemboja kerana sentiasa memberi komitmen serta berganding bahu dengan Malaysia demi memastikan urusan kepulangan rakyat Malaysia dan Kemboja yang terkandas ini dipermudahkan. Saya juga berterima kasih kepada Syarikat T7 Global Berhad kerana sudi menanggung kos penerbangan pulang ini sebagai Corporate Social Responsibility (CSR) kepada negara.

 

YB DATO’ KAMARUDIN JAFFAR
TIMBALAN MENTERI LUAR NEGERI 
PENGERUSI PASUKAN PETUGAS COVID-19 KEMENTERIAN LUAR NEGERI 

 

PUTRAJAYA
25 Mac 2020


RAKYAT MALAYSIA DARI IRAN DAN INDIA SELAMAT TIBA KE TANAH AIR

RAKYAT MALAYSIA DARI IRAN DAN INDIA SELAMAT TIBA KE TANAH AIR

Kementerian Luar Negeri ingin memaklumkan bahawa misi repatriasi melibatkan seramai 55 orang daripada Iran telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) jam 6:33 pagi tadi. Bilangan ini terdiri daripada 46 orang rakyat Malaysia dan tanggungan mereka, lapan (8) orang rakyat Singapura dan seorang (1) rakyat Indonesia. Mereka akan menjalani kuarantin selama 14 hari di Institut Latihan Awam yang telah ditetapkan.

Kementerian juga ingin memaklumkan bahawa seramai 372 rakyat Malaysia dari Chennai dan Tiruchirappalli (Trichy), India telah selamat tiba di tanah air pada 22 Mac 2020. Mereka dibawa pulang dengan dua (2) buah pesawat Air Asia yang disewa khas dengan dibiayai sepenuhnya oleh Malaysian Indian Congress (MIC).

Pesawat daripada Chennai yang membawa 186 orang penumpang selamat tiba di KLIA 2 pada jam 4.10 pagi. Manakala, satu lagi pesawat daripada Trichy yang juga membawa 186 orang penumpang tiba di KLIA 2 pada jam 6:48 pagi. Kesemua rakyat Malaysia terbabit sedang menjalani proses kuarantin secara sukarela (self-quarantine) selama 14 hari seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Empat (4) buah pesawat Air Asia dan dua (2) buah pesawat Malaysia Airlines (MAS) masih lagi menunggu kelulusan pendaratan dari Kerajaan India bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang masih terkandas di India. Kementerian Luar Negeri akan terus berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan kelulusan pendaratan bagi membolehkan mereka dibawa pulang dengan kadar segera. Setakat jam 12:00 tengahari 22 Mac 2020, seramai 1,323 orang rakyat Malaysia masih lagi terkandas di India.

Kementerian juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan India di atas bantuan dan kerjasama yang telah diberikan bagi membolehkan rakyat Malaysia tersebut kembali ke tanah air.

 

YB DATO’ KAMARUDIN JAFFAR
TIMBALAN MENTERI LUAR NEGERI 
PENGERUSI PASUKAN PETUGAS COVID-19 KEMENTERIAN LUAR NEGERI


PUTRAJAYA
22 Mac 2020