WAKIL MALAYSIA KE ISTIADAT PENGEBUMIAN NEGARA UNTUK PAUS FRANCIS DI VATICAN CITY PADA 26 APRIL 2025

 

WAKIL MALAYSIA KE ISTIADAT PENGEBUMIAN NEGARA UNTUK PAUS FRANCIS DI VATICAN CITY PADA 26 APRIL 2025 

 

YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi di Jabatan Perdana Menteri, dan YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, akan mewakili Kerajaan Malaysia ke Istiadat Pengebumian Negara untuk mendiang Paus Francis yang akan diadakan pada 26 April 2025 di Vatican City.

Istiadat Pengebumian Negara berkenaan termasuk mengadakan upacara keagamaan berdasarkan adat Roman Katolik (Misa Pengebumian) di St. Peter’s Square, Vatican City yang akan dipimpin oleh Giovanni Battista Re, Ketua Kolej Kardinal. Setelah itu, satu istiadat perarakan akan diadakan bagi mengiringi jenazah Paus Francis ke Basilika Santa Maria Maggiore di Rom, di mana beliau akan disemadikan dalam satu upacara tertutup.

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, telah menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Paus Francis pada 21 April 2025. Dalam perutusan beliau, YAB Perdana Menteri memperingati sumbangan besar kepada usaha dialog antara agama, pengurusan alam sekitar serta perlindungan hak bagi golongan dimarginalisasi.

Pada 23 April 2025, YB Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi juga telah menandatangani Buku Takziah di Kedutaan Besar Holy See di Kuala Lumpur bagi pihak Kerajaan Malaysia.

 

PUTRAJAYA

25 APRIL 2025


GOVERNMENT OF MALAYSIA REPRESENTATION AT THE STATE FUNERAL OF POPE FRANCIS IN VATICAN CITY ON 26 APRIL 2025

 

GOVERNMENT OF MALAYSIA REPRESENTATION AT THE STATE FUNERAL OF POPE FRANCIS IN

VATICAN CITY ON 26 APRIL 2025 

 

Minister of Law and Institutional Reform in the Prime Minister's Department Dato’ Sri Azalina Othman Said and Minister of Entrepreneur Development and Cooperatives Datuk Ewon Benedick will represent the Government of Malaysia at the State Funeral Ceremony for the late Pope Francis, to be held on 26 April 2025 in Vatican City.

The State Funeral will include a solemn Mass in St. Peter’s Square, Vatican City, presided over by the Dean of the College of Cardinals, Giovanni Battista Re. Following the Mass, a ceremonial procession will accompany His Holiness’s remains to the Basilica of Santa Maria Maggiore in Rome, where he will be laid to rest in a private interment.

Prime Minister Dato’ Seri Anwar Ibrahim has also expressed his condolences on the passing of Pope Francis on 21 April 2025. In his message, the Prime Minister paid tribute to Pope Francis’s profound contributions to interfaith dialogue, environmental stewardship, and the defence of the marginalised.

On 23 April 2025, Datuk Ewon Benedick had signed the Book of Condolences at the Apostolic Nunciature in Kuala Lumpur, on behalf of the Government of Malaysia.

 

PUTRAJAYA

25 APRIL 2025


MALAYSIA DIPILIH SEMULA SEBAGAI AHLI MAJLIS PENTADBIRAN PUSAT MEKANISASI PERTANIAN MAMPAN (CSAM) BAGI PENGGAL 2025-2028 DAN INSTITUT PERANGKAAN UNTUK ASIA DAN PASIFIK (SIAP) BAGI PENGGAL 2025-2027

MALAYSIA DIPILIH SEMULA SEBAGAI AHLI MAJLIS PENTADBIRAN PUSAT

MEKANISASI PERTANIAN MAMPAN (CSAM) BAGI PENGGAL 2025-2028 DAN

INSTITUT PERANGKAAN UNTUK ASIA DAN PASIFIK (SIAP) BAGI PENGGAL

2025-2027

 

Malaysia telah berjaya dipilih semula menganggotai dua badan penting di bawah Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP) iaitu Pusat Mekanisasi Pertanian Mampan (CSAM) dan Institut Perangkaan untuk Asia dan Pasifik (SIAP).

Pemilihan tersebut telah diadakan semasa Sesi ke-81 UNESCAP pada 22 April 2025 di Bangkok, Thailand. Malaysia ialah antara lapan Negara yang dipilih bagi menganggotai kedua-dua badan ini.

Malaysia, yang diwakili oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah dipilih semula sebagai Ahli Majlis Pentadbiran CSAM bagi penggal 2025-2028. CSAM memainkan peranan penting dalam memperkukuh kerjasama teknikal antara ahli dan ahli bersekutu UNESCAP. Ia mempromosikan perkongsian pengetahuan, penyelidikan dan pembangunan agro-perniagaan dalam bidang mekanisasi pertanian mampan. Malaysia telah menjadi Ahli Majlis Pentadbiran CSAM untuk dua penggal berturut-turut bagi tempoh 2018–2022 dan 2022–2025.

Bagi SIAP, Malaysia, yang diwakili oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), telah dipilih semula sebagai Ahli Majlis Pentadbiran SIAP bagi penggal 2025-2027. SIAP memperkukuh keupayaan statistik Negara-Negara di rantau Asia-Pasifik dan membantu Negara-Negara berkenaan dalam mengumpul, menyebar dan menganalisis data bagi menyokong pembangunan ekonomi dan sosial. Malaysia telah dipilih untuk menjadi Ahli Majlis Pentadbiran SIAP bagi penggal 2010–2012 dan 2022–2024. Malaysia juga merupakan salah sebuah Negara Pengasas SIAP sejak tahun 1970.

Malaysia akan terus menyokong kerja CSAM dan SIAP dan terlibat secara aktif dan menyumbang kepada pemerkasaan peranan kedua-dua badan penting di bawah naungan UNESCO.

 

PUTRAJAYA

23 April 2025


MALAYSIA RE-ELECTED FOR MEMBERSHIP IN THE GOVERNING COUNCILS OF THE CENTRE FOR SUSTAINABLE AGRICULTURAL MECHANIZATION (CSAM) FOR THE TERM 2025-2028 AND STATISTICAL INSTITUTE FOR ASIA AND THE PACIFIC (SIAP) FOR THE TERM 2025-2027

MALAYSIA RE-ELECTED FOR MEMBERSHIP IN THE GOVERNING COUNCILS

OF THE CENTRE FOR SUSTAINABLE AGRICULTURAL MECHANIZATION

(CSAM) FOR THE TERM 2025-2028 AND STATISTICAL INSTITUTE FOR ASIA

AND THE PACIFIC (SIAP) FOR THE TERM 2025-2027

 

Malaysia has been successfully re-elected to two Governing Councils under the United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (UNESCAP), namely the Centre for Sustainable Agricultural Mechanization (CSAM) and the Statistical Institute for Asia and the Pacific (SIAP).

The elections were held during the 81st Session of the UNESCAP on 22 April 2025 in Bangkok, Thailand. Malaysia is one of eight countries elected for memberships to these two councils.

Malaysia, represented by the Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI), was re-elected to the CSAM Governing Council for the 2025–2028 term. CSAM plays an important role in promoting technical cooperation among UNESCAP members and associate members. It facilitates the exchange of knowledge, research collaboration, and agri-business development in the field of sustainable agricultural mechanization. Malaysia has served on the CSAM Governing Council for two consecutive terms, from 2018–2022 and 2022–2025.

For SIAP, Malaysia, represented by the Department of Statistics Malaysia (DOSM), was re-elected for the 2025–2027 term. SIAP strengthens the statistical capacity of countries in the Asia-Pacific region, supporting the collection, dissemination, and analysis of data to inform economic and social development. Malaysia previously served on SIAP’s Governing Council for the 2010–2012 and 2022–2024 terms, and is a founding member of the institute since its establishment in 1970.

Malaysia remains steadfast in its support for the work of both CSAM and SIAP, and will continue to actively participate in and contribute to the strengthening of their respective roles.

 

PUTRAJAYA

23 April 2025


LAWATAN RASMI YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH KE REPUBLIK INDONESIA 20-22 APRIL 2025

LAWATAN RASMI YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI

KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH KE REPUBLIK INDONESIA

20-22 APRIL 2025 

 

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah akan mengadakan lawatan rasmi ke Republik Indonesia dari 20 hingga 22 April 2025. Lawatan ini mencerminkan kesinambungan kerjasama erat antara kedua-dua negara susulan Lawatan Negara Presiden Republik Indonesia ke Malaysia pada bulan Januari 2025 yang lalu.

Semasa lawatan ini, YAB Timbalan Perdana Menteri dijadualkan untuk mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Mulia Gibran Rakabuming Raka, Naib Presiden Republik Indonesia. Bagi memperkukuhkan lagi hubungan dua hala, YAB Timbalan Perdana Menteri dijangka membincangkan serta meneroka peluang kerjasama dalam bidang pendidikan yang memberi tumpuan kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET); industri halal; pembangunan luar bandar; serta pengurusan bencana.

YAB Timbalan Perdana Menteri juga akan menyaksikan pertukaran tiga Surat Niat yang merangkumi dua kerjasama TVET, antara Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Kerajaan Provinsi Daerah Khusus Ibukota Jakarta (DKI Jakarta), serta antara UniKL dan Kerajaan Provinsi Sumatera Barat; dan satu MoU antara Education Malaysia Global Services (EMGS) dan Kerajaan Provinsi Sumatera Barat yang memfokuskan kepada pendidikan tinggi.

Sebagai sebahagian daripada aturcara lawatan, YAB Timbalan Perdana Menteri juga akan melawat Badan Nasional Penanggulangan Bencana Indonesia (BNPB) dan Pusat Operasi Kecemasan di Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan bagi Pengurusan Bencana ASEAN (AHA Centre). YAB Timbalan Perdana Menteri akan turut menyertai Sesi Meja Bulat Halal dan mengadakan perbincangan bersama wakil-wakil utama industri francais Indonesia, termasuk Persatuan Francais Indonesia (AFI) serta Waraba and Licence Franchise Indonesia (WALi).

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri turut dijadualkan menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Indonesia, serta merasmikan majlis pelepasan ASEAN Unity Drive 2025 yang akan berlangsung di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Lawatan ini mengukuhkan lagi hubungan yang sedia erat dan akrab antara Malaysia dan Republik Indonesia. Ia juga menyediakan platform untuk mempertingkatkan kerjasama dua hala, di samping menangani cabaran serantau serta memperkukuh kolaborasi masa depan yang berkepentingan bersama.

Pada tahun 2024, Republik Indonesia merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia di peringkat global dan yang kedua terbesar di kalangan Negara-negara Anggota ASEAN. Jumlah dagangan dua hala pada tahun 2024 direkodkan sebanyak RM116.29 bilion (USD25.5 bilion), meningkat sebanyak 4.5 peratus berbanding RM111.21 bilion (USD24.39 bilion) pada tahun 2023.

 

PUTRAJAYA

20 April 2025