SITUASI TERKINI DI SUDAN SELATAN
SITUASI TERKINI DI SUDAN SELATAN
Kementerian Luar Negeri, melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi, Kenya, sedang memantau rapat situasi keselamatan yang semakin merosot di Sudan Selatan berikutan konflik bersenjata yang berterusan dan peningkatan ancaman keselamatan di negara tersebut.
Rekod Suruhanjaya Tinggi menunjukkan terdapat 55 warganegara Malaysia di Sudan Selatan. Selain itu, seramai 18 pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berkhidmat dalam misi United Nations Police (UNPOL) di sini, dan kesemua mereka dilaporkan selamat. Kedutaan juga terus berkomunikasi dengan pihak UNPOL bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pegawai PDRM yang sedang bertugas di negara tersebut. Semua penugasan dan penempatan anggota UNPOL di Sudan Selatan akan terus diselaraskan oleh UNPOL.
Memandangkan situasi di Sudan Selatan yang semakin meruncing dan sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian menasihatkan semua warganegara Malaysia di Sudan Selatan supaya berwaspada serta memberikan keutamaan kepada keselamatan diri. Mereka juga boleh mempertimbangkan untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat atau kembali ke Malaysia secara sukarela sekiranya merasakan keselamatan mereka terancam.
Kementerian juga menasihatkan supaya semua perjalanan ke Sudan Selatan ditangguhkan buat masa ini kerana situasi yang tidak menentu di negara tersebut.
Semua warganegara Malaysia di Sudan Selatan dimohon untuk mendaftarkan keberadaan mereka dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi, Kenya, bagi memastikan mereka menerima maklumat terkini dan bantuan sewajarnya. Warganegara Malaysia juga dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan. Sekiranya terdapat warganegara Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, sila hubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi, Kenya di butiran berikut:
SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NAIROBI, KENYA
Alamat: 611, Runda Grove, Runda, P.O. Box 42286-00100, Nairobi
Nombor telefon: +254 111 052710 (office)
+254 741 603952 / +254 704 770367 (mobile)
Emel: mwnairobi@kln.gov.my
PUTRAJAYA
20 Mac 2025
SITUATION IN SOUTH SUDAN
SITUATION IN SOUTH SUDAN
The Ministry of Foreign Affairs, through the High Commission of Malaysia in Nairobi, Kenya, is closely monitoring the deteriorating security situation in South Sudan following the ongoing armed conflict and escalating security threats in the country.
The High Commission’s records show that 55 Malaysian civilians are currently in South Sudan. Additionally, 18 Royal Malaysia Police (PDRM) officers are serving with the United Nations Police (UNPOL) mission in the country, and all of them are reported to be safe. The High Commission is also in communication with UNPOL to ensure the continued safety and well-being of the PDRM officers. All deployments and assignments of UNPOL personnel in South Sudan will continue to be under the coordination of UNPOL.
Considering the worsening situation in South Sudan and as a precautionary measure, the Ministry advises all Malaysians living in South Sudan to remain vigilant and give utmost attention to their safety and security. They may also consider relocating to safer places or voluntarily returning to Malaysia, should they feel their safety and security are at risk.
The Ministry also advises Malaysians to defer travel to South Sudan due to the volatile situation in the country.
All Malaysian citizens in South Sudan are urged to register their presence with the High Commission of Malaysia in Nairobi, Kenya, to ensure they receive timely updates and assistance. Malaysians are also advised to remain vigilant and adhere strictly to the instructions of local authorities.
Should any Malaysians require consular assistance, please contact the High Commission of Malaysia in Nairobi, Kenya as per the details below:
HIGH COMMISSION OF MALAYSIA IN NAIROBI
Address: 611, Runda Grove, Runda, P.O. Box 42286-00100, Nairobi
Phone number: +254 111 052710 (office)
+254 741 603952 / +254 704 770367 (mobile)
E-mail: mwnairobi@kln.gov.my
PUTRAJAYA
20 March 2025
MALAYSIA MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA PENCEROBOHAN ISRAEL TERHADAP UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA DAN SERANGAN KEJAM KE ATAS ORANG AWAM
MALAYSIA MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA PENCEROBOHAN ISRAEL TERHADAP
UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA DAN SERANGAN KEJAM KE ATAS ORANG AWAM
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara dan bedilan artileri Israel ke atas Gaza pada hari ini, yang secara sepihak menamatkan perjanjian gencatan senjata. Serangan ini telah meragut lebih 300 nyawa di wilayah Palestin. Gelombang serangan terbaru oleh rejim Zionis Israel ini turut menyasarkan Syria, Lubnan, dan Yaman, mengakibatkan lebih banyak kematian dan kecederaan termasuk kanak-kanak serta petugas kemanusiaan.
Tindakan agresif Israel ini jelas membuktikan bahawa rejim tersebut tidak mempunyai sebarang hasrat untuk berdamai dengan negara-negara jirannya. Sebaliknya, Israel terus mencabuli undang-undang antarabangsa, resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serta usaha damai yang sedang dijalankan.
Pembunuhan berterusan terhadap orang awam, termasuk kanak-kanak, wanita, dan petugas kemanusiaan, merupakan jenayah perang, genosida, serta pembersihan etnik. Serangan Israel ke atas negara-negara berdaulat juga menjadi ancaman serius terhadap keamanan dan kestabilan global.
Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa dan Majlis Keselamatan PBB untuk melindungi orang awam serta menamatkan kekebalan Israel daripada tindakan undang-undang dengan memastikan rejim tersebut dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas pelanggaran berterusan terhadap undang-undang antarabangsa.
PUTRAJAYA
18 Mac 2025
MALAYSIA STRONGLY CONDEMNS ISRAEL’S FLAGRANT VIOLATION OF INTERNATIONAL LAW AND BRUTAL ATTACKS ON CIVILIANS
MALAYSIA STRONGLY CONDEMNS ISRAEL’S FLAGRANT VIOLATION OF INTERNATIONAL LAW
AND BRUTAL ATTACKS ON CIVILIANS
Malaysia strongly condemns Israel's airstrikes and artillery attacks against Gaza earlier today, unilaterally ending the ceasefire agreement. The attacks killed more than 300 people in that Palestinian territory. This latest wave of attacks by the Israeli Zionist regime also targeted Syria, Lebanon, and Yemen which have also killed and wounded civilians, including children and aid workers.
This blatant aggression by Israel only indicates that the regime has no interest in peace with its neighbours. Instead, the Israeli regime is bent on violating international law, United Nations (UN) resolutions, and ongoing peace efforts.
The continuing indiscriminate murder of civilians, including children, women, and humanitarian aid workers, constitutes war crimes, genocide and ethnic cleansing. Israel’s acts of aggression against sovereign nations are a threat to global peace and security.
Malaysia calls on the international community and the Security Council to protect civilians and end this impunity by holding Israel fully accountable for its persistent violations of international law.
PUTRAJAYA
18 March 2025
HARI ANTARABANGSA UNTUK MEMERANGI ISLAMOFOBIA 15 MAC 2025
HARI ANTARABANGSA UNTUK MEMERANGI ISLAMOFOBIA
15 MAC 2025
Hari ini merupakan sambutan Hari Antarabangsa untuk Memerangi Islamofobia. Ketika sentimen kebencian dan keganasan terhadap Islam serta umat Islam sedunia yang kian meruncing, adalah penting bagi menggalakkan perpaduan dan memupuk keharmonian dan keamanan di kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai agama dan kepercayaan.
Peningkatan kebencian, intoleransi, dan keganasan terhadap umat Islam serta minoriti agama lain kekal membimbangkan. Fitnah terhadap mana-mana agama adalah pelanggaran hak asasi manusia dan bertentangan dengan semangat Artikel 1 dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang menegaskan bahawa “semua manusia dilahirkan bebas dan sama rata dari segi martabat dan hak”.
Menangani Islamofobia pada peringkat akar umbi memerlukan penglibatan di pelbagai peringkat, terutamanya di Perhimpunan Agung PBB, Majlis Hak Asasi Manusia, dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Dialog terbuka perlu sentiasa digalakkan bagi mengelakkan salah faham atau salah tafsiran terhadap agama Islam dan umatnya.
Malaysia menyatakan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam memerangi Islamofobia serta semua bentuk keganasan dan kebencian terhadap individu berdasarkan agama atau kepercayaan. Di forum-forum pelbagai hala, Malaysia secara konsisten menggalakkan persefahaman dan kerjasama antara budaya, tamadun, dan kepelbagaian agama bagi memupuk keamanan serta keharmonian antara negara.
Sehubungan itu, Malaysia terus menggesa supaya pelantikan Wakil Khas PBB bagi Memerangi Islamofobia disegerakan. Malaysia juga telah melantik Penasihat Khas bagi Pembangunan Keamanan, Pendamaian dan Memerangi Islamofobia sebagai tanda komitmen dan kesungguhan negara dalam menangani isu ini.
Kerjasama pelbagai pihak adalah amat penting dalam membentuk masyarakat dunia yang menghormati dan meraikan kepelbagaian, serta memastikan pemahaman dan keharmonian dapat dikekalkan. Malaysia kekal teguh dalam usahanya menangani Islamofobia dan akan terus menggalakkan budaya toleransi dan keamanan berlandaskan kepada hak asasi manusia serta menghormati kepelbagaian agama dan kepercayaan.
PUTRAJAYA
15 Mac 2025