MENTERI KANAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI MEWAKILI YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA KE PENGEBUMIAN NEGARA UNTUK MENDIANG TYT SHINZO ABE DI TOKYO, JEPUN 27 SEPTEMBER 2022

 

MENTERI KANAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI MEWAKILI

 YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA KE PENGEBUMIAN NEGARA

UNTUK MENDIANG TYT SHINZO ABE DI TOKYO, JEPUN

 27 SEPTEMBER 2022

 

YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan mewakili YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke Upacara Pengebumian Negara untuk mendiang TYT Shinzo Abe, Mantan Perdana Menteri Jepun pada 27 September 2022 di Nippon Budokan, Tokyo.

YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali akan diiringi oleh pegawai-pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo semasa upacara tersebut. Upacara tersebut juga merangkumi sesi pertemuan bersama TYT Fumio Kishida, Perdana Menteri Jepun dengan kehadiran TYT Hirokazu Matsuno, Ketua Setiausaha Kabinet Jepun dan TYT Yoshimasa Hayashi, Menteri Luar Negeri Jepun diikuti dengan pertemuan ringkas bagi menyampaikan ucapan takziah kepada Puan Akie Abe, isteri kepada TYT Abe di Akasaka Palace, Tokyo.

Semasa memegang jawatan Perdana Menteri Jepun, TYT Abe telah mengadakan lawatan ke Malaysia sebanyak tiga (3) kali dan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan hubungan dua hala termasuk mengukuhkan lagi Dasar Pandang ke Timur (DPT). Lawatan terakhir beliau ke Malaysia selaku Utusan Khas Perdana Menteri Jepun adalah bagi memperingati ulang tahun ke-40 DPT di mana TYT Abe telah mengadakan pertemuan dengan YAB Perdana Menteri Malaysia dan majlis menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada Mac 2022.

Pada 13 Julai 2022, YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Luar Negeri telah menandatangani buku takziah penghormatan di Kedutaan Besar Jepun di Kuala Lumpur.

 

PUTRAJAYA

26 September 2022


SENIOR MINISTER OF INTERNATIONAL TRADE AND INDUSTRY REPRESENTS YAB PRIME MINISTER OF MALAYSIA AT THE STATE FUNERAL FOR LATE H.E. SHINZO ABE IN TOKYO, JAPAN 27 SEPTEMBER 2022

 

SENIOR MINISTER OF INTERNATIONAL TRADE AND INDUSTRY REPRESENTS

 YAB PRIME MINISTER OF MALAYSIA AT THE STATE FUNERAL

FOR LATE H.E. SHINZO ABE IN TOKYO, JAPAN

27 SEPTEMBER 2022

 

Senior Minister of International Trade and Industry, YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, will represent YAB Prime Minister of Malaysia at the State Funeral Ceremony for the late H.E. Shinzo Abe, former Prime Minister of Japan on 27 September 2022 at Nippon Budokan, Tokyo.

YB Senior Minister will be accompanied by officials of the Embassy of Malaysia in Tokyo during the ceremony. The ceremony includes a greeting session with H.E. Fumio Kishida, Prime Minister of Japan in the presence of H.E. Hirokazu Matsuno, Chief Cabinet Secretary of Japan and H.E. Yoshimasa Hayashi, Minister of Foreign Affairs of Japan followed by a brief occasion with Mrs. Akie Abe, spouse of H.E. Abe to extend condolences at Akasaka Palace, Tokyo.

During his tenure as the Prime Minister of Japan, H.E. Abe visited Malaysia three (3) times and played an instrumental role in enhancing bilateral relations including strengthening further the Look East Policy (LEP). His last visit to Malaysia as the Special Envoy of the Prime Minister of Japan was to commemorate the 40th anniversary of the LEP during which H.E. Abe had a meeting with YAB Prime Minister of Malaysia and audience on His Majesty Seri Paduka Baginda The Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah in March 2022.

On 13 July 2022, YAB Prime Minister and YB Minister of Foreign Affairs signed the book of condolences at the Embassy of Japan in Kuala Lumpur.

 

PUTRAJAYA

26 September 2022


MAHASISWA MALAYSIA YANG DITAHAN TELAH DIBEBASKAN OLEH PIHAK BERKUASA MESIR

MAHASISWA MALAYSIA YANG DITAHAN TELAH DIBEBASKAN OLEH PIHAK BERKUASA MESIR

 

Merujuk kenyataan media 18 September 2022 mengenai penahanan seorang mahasiswa Malaysia di Universiti Al-Azhar, Mesir, sukacita saya memaklumkan bahawa mahasiswa tersebut telah dibebaskan oleh pihak berkuasa Mesir pada petang 24 September 2022 (waktu Mesir). Beliau berada dalam keadaan baik dan akan meneruskan pengajian di universiti tersebut.

Kementerian Luar Negeri (KLN) telah bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar Negeri Republik Arab Mesir melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah serta Kedutaan Besar Republik Arab Mesir di Kuala Lumpur bagi memastikan kebajikan beliau sentiasa terpelihara. Kerajaan Malaysia juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada Kerajaan Republik Arab Mesir atas kerjasama erat dalam perkara ini.

Kami di KLN sentiasa prihatin akan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara serta menasihatkan supaya kita semua akan sentiasa peka dan mematuhi undang-undang negara tuan rumah di mana mereka berada.

 

 

DATO’ SRI SAIFUDDIN ABDULLAH

25 SEPTEMBER 2022


WORKING VISIT OF THE PRIME MINISTER OF MALAYSIA YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB TO THE UNITED ARAB EMIRATES 26-29 SEPTEMBER 2022

WORKING VISIT OF THE PRIME MINISTER OF MALAYSIA YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB TO THE UNITED ARAB EMIRATES 26-29 SEPTEMBER 2022

 

The Prime Minister of Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob will undertake a Working Visit to the United Arab Emirates (UAE) from 26 to 29 September 2022.

YAB Prime Minister is scheduled to have an audience with the President of the United Arab Emirates, His Highness Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, at the Presidential Palace in Abu Dhabi. This is the first meeting between YAB Prime Minister and the new leader of the UAE following His Highness Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan’s appointment as the new President of the UAE on 14 May 2022.

High on the agenda of discussion between the two leaders is to explore potential areas of cooperation to further strengthen the long-standing and multifaceted cooperation between Malaysia and the UAE. Among the new focus areas are the digital economy, food security, digitalisation in education, renewable energy as well as Malaysia’s participation at the 5-Year Legacy Programme. Both leaders will also exchange views on various regional and international issues of mutual concern and Ummah.

YAB Prime Minister will also visit Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC). The key focus is potential collaboration between ADNOC and PETRONAS in oil and gas as well as renewable energy.

YAB Prime Minister will be accompanied by the Deputy Minister of Foreign Affairs and senior government officials.

The visit to the UAE will further strengthen and enhance the relations and partnership with the UAE. In 2021, the UAE was Malaysia's largest trading partner, second-largest export destination and second-largest import source among West Asia countries. For year 2021, Malaysia's total trade with UAE increased by 7.9% to RM22.29 billion (USD5.38 billion) from RM20.65 billion (USD4.93 billion) in 2020.

 

 

PUTRAJAYA

25 September 2022


PENUBUHAN JAWATANKUASA KHAS MENANGANI KES-KES SINDIKET PENIPUAN MELIBATKAN RAKYAT MALAYSIA

 

PENUBUHAN JAWATANKUASA KHAS MENANGANI KES-KES

SINDIKET PENIPUAN MELIBATKAN RAKYAT MALAYSIA

 

Saya menzahirkan rasa terima kasih serta setinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang sedang memangku tugas Menteri Luar Negeri YB Datuk Dr. Haji Abdul Latiff Bin Ahmad serta seluruh Jemaah Menteri yang telah meneliti dan membincangkan isu warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pada 21 September 2022.

Pada 19 September, saya telah mempengerusikan mesyuarat secara maya bersama Duta-Duta Besar dan Kuasa Usaha Sementara Malaysia di Myanmar, Kemboja, Laos, Thailand dan Vietnam bagi mempersiapkan nota mesyuarat untuk YB Datuk Dr. Abdul Latiff menerangkannya dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. Kami juga bersetuju untuk mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara berkala dan meningkatkan penerangan media bagi isu ini.

Susulan Mesyuarat Jemaah Menteri tersebut, satu Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan dengan keanggotaan pelbagai agensi kerajaan dan dipengerusikan oleh Menteri Luar Negeri. Saya juga telah mengarahkan Ketua Setiausaha KLN untuk mengadakan mesyuarat bersama agensi-agensi berkenaan pada 22 September 2022.

Kerajaan melalui KLN serta Perwakilan-Perwakilan Malaysia di luar negara terus komited dalam memperkasakan usaha untuk menyelamatkan mangsa-mangsa dan membawa mereka pulang ke tanah air dengan selamat.

 

DATO’ SRI SAIFUDDIN ABDULLAH

22 SEPTEMBER 2022