LAWATAN RASMI YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB, PERDANA MENTERI MALAYSIA KE TÜRKIYE 5-8 JULAI 2022

LAWATAN RASMI YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB, PERDANA MENTERI MALAYSIA KE TÜRKIYE 5-8 JULAI 2022

 

 

YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia akan mengadakan Lawatan Rasmi ke Türkiye dari 5 hingga 8 Julai 2022.

 

YAB Perdana Menteri dijadual bertemu dengan rakan sejawat beliau, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdoğan, Presiden Republik

Türkiye. Pertemuan sulung antara kedua-dua pemimpin ini akan memberikan peluang kepada mereka untuk meneliti perkembangan

pelaksanaan Deklarasi Bersama mengenai Rangka Kerja Kerjasama Strategik yang dimeterai pada tahun 2014, serta meneroka inisiatif

baharu bagi meningkatkan kerjasama yang sedia terjalin dalam pelbagai bidang ke peringkat yang lebih tinggi.

 

Antara perkara-perkara utama yang akan dibincangkan semasa Lawatan Rasmi dalam kolaborasi dua hala termasuk kerjasama pasca

COVID-19, pertahanan dan industri aeroangkasa serta usaha bersama dalam menangani isu-isu serantau dan antarabangsa yang

berkepentingan bersama.

 

YAB Perdana Menteri juga akan bertemu dengan pemain-pemain utama industri Türkiye dalam usaha mengukuhkan kerjasama ekonomi

antara Malaysia dan membuka ruang dan peluang kepada kedua-dua negara untuk meneroka kerjasama baharu dalam pelbagai bidang.

 

Sempena lawatan ini, Malaysia dan Türkiye dijangka akan memuktamadkan beberapa Memorandum Persefahaman dalam bidang

kerjasama pendidikan, kesihatan, media dan komunikasi, pelancongan kesihatan, dan juga kolaborasi perniagaan.

 

YAB Perdana Menteri juga akan mengadakan sesi bersama Keluarga Malaysia di Istanbul semasa majlis makan tengahari pada 5 Julai

2022.

 

YAB Perdana Menteri akan diiringi oleh YB Dato’ Sri Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri; YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri

Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri; YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YB Datuk Dr. Haji

Abd. Latiff Ahmad Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas); Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Ashgar Khan Goriman Khan,

Panglima Tentera Udara; Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Darat dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

 

Lawatan ini jelas menunjukkan kepentingan yang diletakkan oleh Malaysia terhadap hubungan dan kerjasama dengan Türkiye sebagai

salah satu rakan Malaysia yang penting di Asia Barat. Pada tahun 2021, Türkiye merupakan rakan dagangan ke-3 terbesar Malaysia di

rantau Asia Barat dengan perdagangan bernilai RM16.97 bilion (USD4.09 bilion) dan projek -projek yang telah dilaksanakan bernilai

RM444.59 juta (USD130.91 juta).

 

 

 

 

 

PUTRAJAYA

4 Julai 2022

 

 

 


OFFICIAL VISIT OF THE PRIME MINISTER OF MALAYSIA, YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB TO THE REPUBLIC OF TÜRKIYE 5-8 JULY 2022

OFFICIAL VISIT OF THE PRIME MINISTER OF MALAYSIA, YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB TO THE REPUBLIC OF TÜRKIYE 5-8 JULY 2022

 

The Prime Minister of Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, will undertake his inaugural Official Visit to the Republic of Türkiye from 5 to 8

July 2022.

 

YAB Prime Minister is scheduled to hold a meeting with His Excellency Recep Tayyip Erdoğan, President of the Republic of Türkiye. The first

meeting between the two leaders will provide them an opportunity to take stock of the state of Malaysia-Türkiye’s Joint Declaration on the

Framework for Strategic Cooperation launched in 2014 and explore new initiatives to further strengthen the long-standing and multifaceted

cooperation to greater heights.

 

High on the agenda during the Official Visit are discussions on bilateral collaboration, including in the fields of post-COVID-19 pandemic recovery;

defence and aerospace industry; as well as joint efforts to address regional and international issues of mutual concern.

 

YAB Prime Minister is also scheduled to hold a series of engagements with captains of industry in the efforts to strengthen economic cooperation

and open up new opportunities for Malaysian and Turkish business communities and private sectors.

 

In conjunction with the visit, Malaysia and Türkiye are expected to conclude several Memoranda of Understanding (MoU) in the areas of education,

health, media and communications, healthcare, as well as Business-to-Business collaboration.

 

YAB Prime Minister will also have a session with Keluarga Malaysia in Istanbul during a luncheon on 5 July 2022.

 

YAB Prime Minister will be accompanied by Minister of Foreign Affairs YB Dato’ Sri Saifuddin Abdullah; Senior Minister of International Trade and

Industry YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Minister of Science, Technology and Innovation YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba; Minister at the Prime

Minister Department (Special Task) YB Datuk Dr. Haji Abd. Latiff Ahmad; Chief of Air Force Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Ashgar Khan Goriman

Khan; Chief of Army Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain, and senior government officials.

 

This visit underscores the great importance Malaysia attaches its relations and partnership with Türkiye. In 2021, Türkiye was Malaysia’s 3rd

largest trading partner in the West Asia region, with bilateral trade valued at RM16.97 billion (USD4.09 billion) and implemented projects valued at

RM444.59 million (USD130.91 million).

 

 

 

 

PUTRAJAYA

4 July 2022

 


LAWATAN KERJA YB MENTERI LUAR NEGERI KE MANILA, REPUBLIK FILIPINA 29 JUN – 1 JULAI 2022

 

LAWATAN KERJA YB MENTERI LUAR NEGERI KE MANILA, REPUBLIK FILIPINA

29 JUN – 1 JULAI 2022

 

YB Dato’ Sri Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri akan mengadakan Lawatan Kerja ke Manila, Republik Filipina dari 29 Jun hingga 1 Julai 2022 untuk menghadiri Upacara Pelantikan Tuan Yang Terutama Ferdinand R. Marcos Jr. sebagai Presiden Republik Filipina ke-17 pada 30 Jun 2022. YB Menteri Luar Negeri akan diiringi oleh pegawai-pegawai Kementerian Luar Negeri.

Lawatan ini merupakan manifestasi hubungan erat dua hala antara Malaysia dan Republik Filipina sejak terjalinnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara pada tahun 1959. Malaysia bersedia untuk terus tingkatkan hubungan dengan Republik Filipina di bawah pimpinan Tuan Yang Terutama Ferdinand R. Marcos Jr. dalam konteks kerjasama dua negara berjiran terdekat, dan juga dalam kerangka ASEAN serta forum-forum pelbagai hala. Semasa lawatan tersebut, YB Menteri Luar Negeri juga akan mengadakan satu sesi ramah mesra bersama Keluarga Malaysia yang menetap di Manila.

Pada 2021, Filipina merupakan rakan dagang ke-15 terbesar Malaysia, dengan jumlah dagangan bernilai RM 32.53 bilion (USD 7.84 bilion), peningkatan 24.6 peratus berbanding nilai yang direkodkan pada tahun 2020.

 

PUTRAJAYA

29 Jun 2022


WORKING VISIT OF THE MINISTER OF FOREIGN AFFAIRS TO MANILA REPUBLIC OF THE PHILIPPINES 29 JUNE – 1 JULY 2022

 

WORKING VISIT OF THE MINISTER OF FOREIGN AFFAIRS TO MANILA

REPUBLIC OF THE PHILIPPINES

29 JUNE – 1 JULY 2022

 

The Minister of Foreign Affairs, the Honourable Dato' Sri Saifuddin Abdullah, will undertake a Working Visit to Manila, Republic of the Philippines from 29 June to 1 July 2022 to attend the inauguration of His Excellency Ferdinand R. Marcos Jr. as the 17th President of the Republic of the Philippines on 30 June 2022. YB Foreign Minister will be accompanied by officials from the Ministry of Foreign Affairs.

The visit is a manifestation of the close bilateral ties between Malaysia and the Philippines since the establishment of diplomatic relations between the two countries in 1959. Malaysia stands ready to further enhance our relations with the Philippines under the leadership of His Excellency Ferdinand R. Marcos Jr., in the context of bilateral cooperation between two close neighbours, within the framework of ASEAN and multilateral fora. During the visit, YB Foreign Minister is also scheduled to hold an engagement session with Keluarga Malaysia residing in Manila.

In 2021, the Philippines was the 15th largest trading partner of Malaysia, with total trade amounting to RM32.53 billion (USD7.84 billion), an increase of 24.6% compared to the value recorded in 2020.

 

PUTRAJAYA

29 June 2022


LAWATAN KERJA PUAN YANG TERUTAMA SENATOR PENNY WONG MENTERI LUAR NEGERI AUSTRALIA KE MALAYSIA 28 – 30 JUN 2022

 

LAWATAN KERJA

PUAN YANG TERUTAMA SENATOR PENNY WONG

MENTERI LUAR NEGERI AUSTRALIA KE MALAYSIA

28 – 30 JUN 2022

 

 

YB Dato’ Sri Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri akan menerima lawatan kerja Senator Penny Wong, Menteri Luar Negeri Australia ke Malaysia pada 28 hingga 30 Jun 2022.

Semasa lawatan tersebut, YB Dato’ Sri Saifuddin dan Senator Wong dijadualkan bertemu untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama. Senator Wong juga dijadualkan mengadakan pertemuan secara berasingan dengan beberapa Menteri Kabinet lain seperti YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kanan Pertahanan bagi membincangkan isu-isu berkaitan kerjasama dua hala dalam sektor perdagangan dan pelaburan serta pertahanan. Senator Wong akan turut berkunjung ke Kota Kinabalu, di mana beliau akan mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Negeri Sabah termasuk YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri ll dan Menteri Pertanian dan Perikanan, dan YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Menteri Kewangan ll.

Lawatan Senator Wong ini dilihat akan mengukuhkan lagi hubungan erat yang telah lama terjalin antara Malaysia sebagai Rakan Kongsi Strategik Komprehensif (Comprehensive Startegic Partnership – CSP). Lawatan ini memaparkan komitmen Malaysia untuk menjalinkan kerjasama yang rapat dengan Kerajaan Australia yang baharu. Lawatan ini juga memberi peluang bagi kedua-dua negara meneroka lebih banyak potensi kerjasama dalam pelbagai sektor demi kebaikan bersama.

Pada 2021, Malaysia dan Australia telah meningkatkan hubungan dua hala dari Rakan Kerjasama Strategik ke CSP. Australia merupakan rakan dagang ke-13 terbesar Malaysia pada tahun 2021 dengan jumlah perdagangan sebanyak RM52.28 bilion (USD12.43 bilion), peningkatan 28.7 peratus berbanding nilai yang direkodkan pada 2020.

 

PUTRAJAYA

27 JUN 2022