Speeches & Statements Speeches & Statements

Back

KENYATAAN MEDIA YB DATO SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN MENTERI LUAR NEGERI INTER-MINISTERIAL COLLABORATION CLUSTER ON COVID-19 VACCINE AND MEDICATION DEVELOPMENT THROUGH INTERNATIONAL COLLABORATION 21 APRIL 2020

KENYATAAN MEDIA
YB DATO SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
MENTERI LUAR NEGERI  

INTER-MINISTERIAL COLLABORATION CLUSTER ON COVID-19 VACCINE AND MEDICATION DEVELOPMENT THROUGH INTERNATIONAL COLLABORATION


21 APRIL 2020

  1. Mesyuarat hari ini bertujuan untuk mengenalpasti bagaimana Malaysia boleh memperkukuhkan kerjasama dengan negara-negara yang berpotensi untuk menghasilkan perubatan dan vaksin bagi SARS-CoV-2 (COVID19).
     
  2. Berdasarkan laporan World Health Organization(WHO) sebanyak 70 vaksin Corona Virus sedang dibangunkan di mana 5 entiti telah berada di fasa penilaian klinikal. Manakala terdapat negara yang berkongsi kepakaran pengeluaran perubatan yang boleh diguna pakai untuk merawat Covid 19 seperti “Hydroxychloroquine (HCQ)” dan Anti Malaria.
     
  3. Sehubungan dengan itu, hubungan baik Malaysia bersama negara-negara luar menjadi amat berguna untuk memastikan usaha ini dapat dijayakan dan Malaysia tidak ketinggalan dari menerima manfaat.
     
  4. Saya difahamkan terdapat beberapa negara yang sedang dalam proses penghasilan perubatan dan vaksin. Ada juga diantara mereka yang telah menyatakan hasrat untuk berkolaborasi dengan Malaysia.

Sebagai peringkat pertama, kita telah mendapatkan beberapa jenis perubatan untuk merawat pesakit COVID 19 sebagai contoh :

  1. Bosnia telah bersetuju untuk membekalkan Hydroxychloroquine (HCQ) kepada Malaysia, ini bedasarkan perbualan saya bersama Menteri Luar Bosnia pada 14 April yang lalu.
  2. Turkey bersetuju supaya Menteri Kesihatan dari kedua-dua negara untuk saling berhubung untuk memperkasakan kerjasama, ini juga berdasarkan perbincangan saya bersama Menteri Luar Turki pada minggu lepas.
  3. India telah memberi kelulusan eksport kepada Malaysia bagi ubat Hydroxychloroquine (HCQ). Malaysia juga berpotensi untuk mengadakan kerjasama melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk pertukaran tenaga pakar dan kajian makmal bagi “complementary medicines”.

 

Peringkat kedua adalah untuk mengenal pasti dan bekerjasama penghasilan vaksin :

  1. Beberapa syarikat dari China telah menyatakan hasrat untuk menjalankan ujian makmal dan percubaan klinikal bersama Malaysia.
  2. Russia, bersedia untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman dengan negara-negara luar. Malaysia mempunyai potensi melalui Joint Malaysia-Russia Commission for Economic, Scientific, Technical and Cultural Cooperation (ESTC) sebagai platform untuk kerjasama saintifik.
  3. Singapura juga menyatakan hasrat untuk bekerjsama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi penghasilan Biotech Research Equipment.
  4. Republik Korea dan Amerika Syarikat kini dalam proses penghasilan anti-viral vaksin dan perubatan melalui syarikat-syarikat farmasi yang telah dikenalpasti.
  5. United Kingdom dan Germany kini berada di peringkat pengujian klinikal menjelang pertengahan tahun ini.
     
  6. Maka bagi usaha memerangi Pandemik COVID19 ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Invovasi (MOSTI) akan mengenal pasti negara-negara yang mempunyai penyelidikan saintifik dan pembangunan vaksin yang terbaik ; Kementerian Kesihatan (KKM) berperanan untuk meneliti kesesuaian perubatan dan vaksin bagi diguna pakai di Malaysia; Kementerian Luar Negeri (KLN) melalui hubungan diplomatik dengan negara luar akan memastikan Malaysia diberikan keutamaan, atau “first mover advantage” untuk menerima vaksin dan perubatan.

 

  1. Wisma Putra akan turut memastikan bahawa MOSTI & KKM dapat dihubungkan dengan negara-negara yang dikenal pasti bagi memastikan usaha ini dapat dijayakan.

 

 

tamat =