Speeches, Statements & International Documents
CURTAIN RAISER : LAWATAN RASMI YAB PERDANA MENTERI KE REPUBLIK SOSIALIS VIETNAM PADA 20 DAN 21 JULAI 2023
CURTAIN RAISER : LAWATAN RASMI YAB PERDANA MENTERI KE
REPUBLIK SOSIALIS VIETNAM
PADA 20 DAN 21 JULAI 2023
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia akan mengadakan lawatan rasmi pertama beliau ke Republik Sosialis Vietnam pada 20 dan 21 Julai 2023. Kali terakhir Perdana Menteri Malaysia mengadakan lawatan rasmi ke Vietnam adalah pada bulan Mac 2022.
Tahun 2023 adalah ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Vietnam yang telah terjalin sejak 30 Mac 1973. Lawatan rasmi YAB Perdana Menteri pada kali ini adalah sebagai pengiktirafan terhadap kerjasama dan hubungan erat yang terjalin antara Malaysia dan Vietnam sejak lima dekad yang lalu.
Lawatan rasmi ini adalah bagi memenuhi jemputan daripada Perdana Menteri Vietnam, TYT Pham Minh Chinh yang dipanjangkan kepada YAB Perdana Menteri semasa Sidang Kemuncak ASEAN di Labuan Bajo, Indonesia, baru-baru ini.
Semasa lawatan ini, YAB Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan :
- Presiden Vietnam, TYT Vo Van Thuong;
- Perdana Menteri Vietnam, TYT Pham Minh Chinh;
- Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, TYT Nguyen Phu Trong; dan
- Pengerusi Dewan Rakyat Vietnam (Chairman of the National Assembly), TYT Vong Dinh Hue.
YAB Perdana Menteri dan Perdana Menteri Chinh dijangka akan menyaksikan pemeteraian Memorandum Kerjasama di antara National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM) dan Vietnam Chamber of Commerce and Industry (VCCI).
Memorandum Persefahaman dan Kerjasama ini dijangka akan mengukuhkan lagi jalinan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Vietnam serta memberi faedah kepada pembangunan sosio-ekonomi kedua-dua negara yang akan menguntungkan rakyat.
7th Joint Commission Meeting on Economic, Scientific and Technological Cooperation (JCM-7)
Sebelum itu, saya akan mempengerusikan Mesyuarat ke-7 Suruhanjaya Bersama Antara Malaysia dan Vietnam (7th Joint Commission Meeting on Economic, Scientific and Technological Cooperation (JCM-7)) bersama rakan sejawat saya TYT Bui Thanh Son yang akan diadakan pada pagi 20 Julai 2023.
Suruhanjaya Bersama (JCM) ini merupakan antara mekanisme dua hala yang utama bertujuan untuk membincangkan isu-isu mekanisme bersama di peringkat Menteri Luar Negeri. Suruhanjaya ini telah diwujudkan pada tahun 1992, susulan pemeteraian Perjanjian Ekonomi, Saintifik dan Teknikal antara Malaysia dan Vietnam.
Pengesahan minit hasil dari Mesyuarat ke-7 Suruhanjaya Bersama tersebut akan turut disaksikan oleh kedua-dua Perdana Menteri selepas mesyuarat dua hala pada sebelah petang 20 Julai 2023.
Setelah selesai perjumpaan bersama kepimpinan tertinggi Vietnam pada 21 Julai 2023, YAB Perdana Menteri juga dijadual akan menunaikan solat Jumaat di satu- satunya masjid di Hanoi iaitu Masjid Al Noor dan berinteraksi dengan imam dan ahli jawatankuasa masjid serta ahli-ahli jemaah yang lain.
YAB Perdana Menteri turut dijadualkan bertemu dengan diaspora Malaysia di Vietnam untuk sesi ramah mesra dan berkongsi dasar serta hala tuju Kerajaan Malaysia Madani.
Hubungan Dua Hala
Vietnam merupakan anggota ASEAN sejak tahun 1995 dan antara rakan kongsi strategik yang penting untuk Malaysia di rantau Asia Tenggara.
Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Vietnam telah dipertingkatkan ke tahap Perkongsian Strategik pada tahun 2015. Hubungan ini merangkumi peningkatan dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, kewangan, pertahanan dan sekuriti, agrikultur, pendidikan, tenaga buruh, pengangkutan, sumber tenaga, kesenian, belia, sukan dan pelancongan.
Malaysia dan Vietnam mempunyai hubungan dagangan dan kerjasama ekonomi yang kukuh yang kebanyakannya melibatkan produk elektrik dan elektronik, produk petroleum dan produk kimia dan berasaskan kimia.
Vietnam juga merupakan rakan dagang yang ke-12 terbesar dan merupakan destinasi eksport ke-10 terbesar Malaysia pada tahun 2022. Malaysia pula merupakan rakan dagang ke-9 terbesar Vietnam.
Lawatan YAB Perdana Menteri ini dijangka dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala di antara Malaysia dan Vietnam, terutamanya dalam bidang halal, pertanian, pertahanan dan keselamatan, pendidikan dan pembangunan modal insan.
Dalam konteks serantau, YAB Perdana Menteri dijangka akan mengambil peluang ini untuk membincangkan usaha bagi mengukuhkan kerjasama dalam ASEAN dan menyatakan pendirian Malaysia terhadap beberapa isu di peringkat serantau dan global.
Dr. Zambry Abd Kadir
MENTERI LUAR NEGERI
19 Julai 2023
LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU
Ratified by Malaysia
1. | Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW | ||
| |||
3. | Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD | ||
| |||
Yet to ratify
4. | Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT | ||
| |||
5. | International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR | ||||
| |||||
6. | International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD |
7. | International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR | ||
| |||
8. | International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED |
9. | International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW |
10. | Convention Relating to the Status of Refugees, 1951; | ||
| |||
11. | Rome Statute |
Other documents
| |