Speeches, Statements & International Documents

Back

HARI ANTARABANGSA MEMERANGI ISLAMOFOBIA

 

HARI ANTARABANGSA MEMERANGI ISLAMOFOBIA

 

Hari ini merupakan sambutan Ulangtahun Ketiga Hari Antarabangsa Memerangi Islamofobia. Sambutan ini merupakan satu gesaan untuk menghentikan tindakan kebencian terhadap Islam.

Malaysia bimbang dengan pengiktirafan terhadap tindakan-tindakan provokasi, tidak menghormati dan tindakan yang menyinggung perasaan termasuklah insiden pembakaran kitab suci Al-Quran secara berterusan. Perkara ini akan terus menyemai sifat kebencian dan keganasan terhadap umat Islam dan golongan agama minoriti yang lain. Tindakan tersebut adalah manifestasi Islamofobia yang amat merbahaya dan telah menular menjadi wabak; dan jika tindakan bersifat Islamofobia ini tidak dibendung, ia akan menyumbang kepada peningkatan keganasan disamping menormalisasikan kebencian terhadap umat Islam di seluruh dunia. Ini cuma akan menghakis usaha memupuk keamanan dan keharmonian di peringkat antarabangsa.

Malaysia menegaskan komitmen yang tidak berbelah-bahagi dalam menangani Islamofobia dan ini juga termasuk menangani keganasan dan kebencian terhadap individu berdasarkan agama atau kepercayaan masing-masing. Malaysia terus menjunjung Perkara 1 di dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bahawa “Semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan hak-hak”.

Malaysia mengalu-alukan pelbagai inisiatif Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Majlis Hak Asasi Manusia dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang menyeru supaya masyarakat antarabangsa mengukuhkan lagi usaha untuk menggalakkan budaya toleransi dan keamanan berdasarkan penghormatan kepada hak asasi manusia, kepelbagaian dan kepercayaan agama.

Malaysia percaya bahawa tindakan yang lebih nyata adalah amat perlu bagi menangani punca Islamofobia. Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengenalpasti langkah-langkah kukuh dalam membanteras keadaan dan perlakuan semasa yang memupuk perbuatan-perbuatan keji ini. Malaysia menyokong penuh seruan bagi pelantikan “Perutusan Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk memerangi Islamofobia”.

Dialog antara budaya dan agama memainkan peranan penting dalam memupuk keamanan, kesederhanaan dan toleransi beragama. Sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, Malaysia percaya bahawa nilai kesederhanaan dapat merapatkan perbezaan dan menyelesaikan pertikaian berdasarkan amalan saling hormat-menghormati dan memahami, toleransi, dialog, bertolak ansur, keharmonian, keterangkuman dan keadilan.

Malaysia kekal teguh dengan komitmen untuk bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan dalam memerangi Islamofobia dengan berkesan.

 

YB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN

PUTRAJAYA

15 MAC 2024


LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU

Ratified by Malaysia

1. Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW
   
2. Convention on the Rights of the Child, CRC
 
2.1 Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on the sale of children, child prostiitution and child pornography
2.2 Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on the involvement of children in armed conflict ; and
   
3. Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD 
   
4. Geneva Convention
 
4.1 Geneva Convention For The Amelioration Of The Condition Of The Wounded And Sick In Armed Forces In The Field Of 12 August 1949
4.2 Geneva Convention For The Amelioration Of The Condition Of Wounded, Sick And Shipwrecked Members Of Armed Forces At Sea Of 12 August 1949
4.3 Geneva Convention Relative To The Treatment Of Prisoners Of War Of 12 August 1949
4.4 Geneva Convention Relative To The Protection Of Civilian Persons In Time Of War Of 12 August 1949
   

Yet to ratify

5. Optional Protocol to the Convention on the Rights of Persons with Disabilities 
   
6. Optional Protocol to the Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW 
   
7. Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on a communications procedure
   
8. Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT
 
8.1 Optional Protocol to the Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment
   
9. International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR
 
9.1 Optional Protocol to the International Covenant on Civil and Political Rights: and
9.2 Optional Protocol to the International Covenant on Civil and Political Rights, aiming at the abolition of death penalty
   
10. International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD
   
11. International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR
 
11.1 Optional Protocol to the International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights
   
12. International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED
   
13. International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW
   
14. Convention Relating to the Status of Refugees, 1951;
 
14.1 Protocol Relating to the Status of Refugees, 1967
   
15. Rome Statute
   

Other documents