Speeches, Statements & International Documents
HARI ANTARABANGSA MEMERANGI ISLAMOFOBIA
Setahun yang lalu, masyarakat antarabangsa telah bersama-sama menetapkan 15 Mac sebagai Hari Antarabangsa Memerangi Islamofobia.
Dengan berbuat demikian, kita telah menjunjung semangat Perkara 1 di bawah Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia yang menyatakan bahawa ‘Semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan hak-hak. Mereka mempunyai pemikiran dan hati nurani dan hendaklah bertindak di antara satu sama lain dengan semangat persaudaraan’.
Malaysia berbangga menjadi sebahagian daripada solidariti antarabangsa yang tepat pada masanya bagi menangani Islamofobia dan semua tindakan kebencian serta keganasan terhadap individu atas sebab agama atau kepercayaan mereka.
”Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa
dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
(Al-Quran, 49:13)
Islam adalah sebuah agama yang berlandaskan keamanan dan ajarannya yang benar menggalakkan penerimaan dan menghargai kepelbagaian. Adalah menyedihkan kerana pada masa ini, umat Islam masih dihalang daripada mengamalkan agama mereka dengan bebas dan ditindas kerana kepercayaan mereka. Malaysia amat kesal kerana perasaan syak wasangka, diskriminasi dan kebencian terhadap umat Islam telah meningkat kepada “kadar wabak” sepertimana yang dilaporkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Manifestasi tindakan Islamofobia menjurus ke arah ekstremisme dan keganasan. Perkara ini seterusnya akan menjejaskan usaha ke arah keamanan dan keharmonian dunia.
Masyarakat antarabangsa perlu melihat isu Islamofobia melangkaui retorik dan mengenal pasti langkah-langkah untuk menangani keadaan yang wujud dan sikap yang menyumbang ke arah perbuatan keji ini. Sebagai langkah ke hadapan, kita mesti bertindak secara kolektif dan kolaboratif dalam menangani isu ini.
Kejayaan Malaysia dalam memupuk keamanan, keharmonian dan kestabilan adalah berdasarkan pengalaman Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berbilang kaum dan agama, yang turut diperkukuhkan lagi melalui konsep ‘Malaysia Madani’.
Malaysia bersedia untuk menyumbang kepada usaha-usaha yang efektif dalam menangani Islamofobia dan semua tindakan kebencian serta keganasan terhadap individu berdasarkan agama atau kepercayaan mereka.
Dr. Zambry Abd Kadir
MENTERI LUAR NEGERI
15 Mac 2023
LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU
Ratified by Malaysia
1. | Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW ![]() |
3. | Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD ![]() |
4. | Geneva Convention | ||||||||
| |||||||||
Yet to ratify
5. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of Persons with Disabilities ![]() |
6. | Optional Protocol to the Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW ![]() |
7. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on a communications procedure ![]() |
8. | Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT ![]() | ||
| |||
9. | International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR![]() | ||||
| |||||
10. | International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD ![]() |
11. | International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR ![]() | ||
| |||
12. | International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED![]() |
13. | International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW ![]() |
14. | Convention Relating to the Status of Refugees, 1951; ![]() | ||
| |||
15. | Rome Statute![]() |
Other documents
| |