Speeches, Statements & International Documents

Back

HASIL LAWATAN KERJA KE WELLINGTON, NEW ZEALAND, 02 – 04 MEI 2023

HASIL LAWATAN KERJA KE WELLINGTON, NEW ZEALAND, 02 – 04 MEI 2023 

 

Saya telah mengadakan Lawatan Kerja ke New Zealand dari 02 – 04 Mei 2023 barubaru ini yang merupakan lawatan sulung saya ke negara-negara di rantau Pasifik sejak saya memegang jawatan Menteri Luar Negeri.

Ini juga merupakan lawatan peringkat tinggi Menteri Luar Negeri, Malaysia ke New Zealand selepas 18 tahun (kali terakhir adalah pada tahun 2005).

Lawatan kerja saya ke New Zealand ini juga merupakan lawatan bersejarah bagi kedua-dua negara kerana saya dan Menteri Luar Negeri New Zealand, Nanaia Mahuta telah bersama-sama menyaksikan pemeteraian dokumen Kerjasama Strategik (Strategic Partnership – SP) Malaysia – New Zealand.

Kerjasama Strategik ini akan memberi manfaat yang tinggi kepada kedua-dua negara dari segi peningkatan kerjasama dan kolaborasi dua hala yang lebih meluas dalam pelbagai sektor termasuklah kerjasama dalam sektor industri halal dan pertanian.

Selain itu, dalam kerangka lawatan tersebut, saya juga telah mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sejawat saya, Nanaia Mahuta, mengenai pelbagai isu berkepentingan bersama.

Saya turut berpeluang untuk beramah mesra dengan Diaspora Malaysia dan samasama meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Dianggarkan seramai 18,000 warga Malaysia berada di New Zealand yang terdiri daripada pelajar, golongan profesional serta pelabur-pelabur. Saya berkesempatan berbicara dengan mereka secara mendalam mengenai pengalaman sepanjang berada di New Zealand. Saya bangga dengan kegigihan dan kesungguhan mereka mengharumkan nama Malaysia.

Lawatan kerja ini juga melambangkan usaha berterusan Malaysia untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala dengan New Zealand. New Zealand merupakan salah satu rakan dagangan yang penting buat Malaysia, sejak hubungan diplomatik ditubuhkan pada tahun 1957.

Secara keseluruhannya, Lawatan Kerja ini telah berjaya:

     a. Mengekalkan momentum hubungan dua hala Malaysia yang sedia erat dengan New Zealand dan sekaligus menyelesaikan isu-isu tertonggak;

     b. Menaiktaraf hubungan diplomatik dua hala ke peringkat Kerjasama Strategik (Strategic Partnership) antara Malaysia dan New Zealand;

     c. Menjelaskan dasar Kerajaan semasa di bawah kepimpinan baharu; dan

     d. Membuka peluang-peluang pelaburan baru ke negara Malaysia dan New Zealand.

 

 

Dr. Zambry Abd Kadir

MENTERI LUAR NEGERI

05 Mei 2023


LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU

Ratified by Malaysia

1. Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW
 
1.1 Optional Protocol to the Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW
   
2. Convention on the Rights of the Child, CRC
 
2.1 Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on the sale of children, child prostiitution and child pornography
2.2 Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on the involvement of children in armed conflict ; and
2.3 Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on a communications procedure
   
3. Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD
 
3.1 Optional Protocol to the Convention on the Rights of Persons with Disabilities
   

Yet to ratify

4. Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT
 
4.1 Optional Protocol to the Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment
   
5. International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR
 
5.1 Optional Protocol to the International Covenant on Civil and Political Rights: and
5.2 Optional Protocol to the International Covenant on Civil and Political Rights, aiming at the abolition of death penalty
   
6. International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD
   
7. International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR
 
7.1 Optional Protocol to the International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights
   
8. International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED
   
9. International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW
   
10. Convention Relating to the Status of Refugees, 1951;
 
10.1 Protocol Relating to the Status of Refugees, 1967
   
11. Rome Statute
   

Other documents