Speeches, Statements & International Documents
HASIL LAWATAN RASMI KE TEHRAN, REPUBLIK ISLAM IRAN 20 HINGGA 23 OGOS 2023 MALAYSIA PERKUKUHKAN HUBUNGAN DENGAN REPUBLIK ISLAM IRAN
HASIL LAWATAN RASMI KE TEHRAN, REPUBLIK ISLAM IRAN
20 HINGGA 23 OGOS 2023
MALAYSIA PERKUKUHKAN HUBUNGAN DENGAN REPUBLIK ISLAM IRAN
Saya telah mengakhiri lawatan rasmi ke Republik Islam Iran pada 20 hingga 23 Ogos 2023. Semasa lawatan rasmi ini, saya telah mengadakan beberapa pertemuan dengan pemimpin-pemimpin tertinggi Kerajaan Iran termasuk pertemuan dengan Presiden Iran, TYT Seyyed Ebrahim Raisi; Speaker Parlimen Iran, TYT Mohammad Bagher Ghalibaf serta rakan sejawatan saya iaitu Menteri Luar Negeri Iran, TYT Dr. Hossein Amir Abdollahian. Saya turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Informasi, Komunikasi dan Teknologi (ICT); Menteri Industri, Perlombongan dan Perdagangan; Menteri Sains, Penyelidikan dan Teknologi serta Menteri Pertanian Jihad Republik Islam Iran.
Lawatan ini adalah lawatan peringkat tinggi Menteri Luar Negeri Malaysia ke Iran selepas 7 tahun (kali terakhir adalah pada tahun 2016). Lawatan rasmi ini juga adalah manifestasi dasar diplomasi aktif yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ia juga merupakan usaha serius dan berterusan Malaysia untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala dengan semua negara Islam termasuk Iran. Ini berikutan dengan perkembangan geopolitik positif yang berlaku di rantau Asia Barat sejak kebelakangan ini.
Lawatan saya ke Iran juga bertujuan mengembangkan lagi akses pasaran eksport komoditi dan produk pembuatan Malaysia ke negara-negara bebas Komanwel (CIS). Kedudukan strategik Iran yang berkongsi sempadan dengan 15 negara lain berpotensi menjadi hub utama bagi eksport komoditi negara terutamanya produk minyak sawit yang merupakan 70% daripada jumlah dagangan Malaysia dengan Iran.
Selain itu, saya telah menyentuh mengenai isu keterjaminan makanan (food security) di mana Iran merupakan contoh sebuah negara yang berupaya untuk kekal mandiri dalam memastikan bekalan makanan mereka sentiasa berada pada kadar yang optimum.
Semasa pertemuan dengan Presiden Iran, beliau juga telah mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Presiden Iran menyambut baik langkah Malaysia untuk mempertingkatkan hubungan dua hala dengan Iran. Sebagai dua negara Islam yang berpengaruh, Malaysia dan Iran berpotensi memainkan peranan yang signifikan dalam isu-isu global yang memberi impak kepada umat Islam terutamanya dalam menangani isu Islamofobia secara bersama. Kedua-dua pemimpin turut memanjangkan jemputan untuk mengadakan lawatan rasmi ke negara masing-masing.
Beberapa perkara penting telah dicapai dalam lawatan rasmi ini iaitu :
- Mengembangkan potensi kerjasama dua hala di dalam pelbagai bidang yang akan diperhalusi melalui Joint Commission Meeting (JCM) dan Joint Economic Commission (JEC);
- Meneroka peluang kerjasama baharu di dalam bidang sains dan teknologi, farmaseutikal, bioteknologi, nanoteknologi, peralatan perubatan dan penyelidikan berkaitan pembangunan vaksin;
- Kerjasama dalam bidang keterjaminan makanan terutamanya aktiviti penyelidikan dan industri halal;
- Meneroka jaringan perhubungan udara yang lebih praktikal dan efisyen di antara dua negara bagi mengembangkan sektor pelancongan dan pertukaran rakyat (people to people exchange); dan
- Meningkatkan kerjasama di dalam bidang pendidikan melalui pertukaran tenaga pengajar, penyelidik dan pelajar dalam pelbagai bidang.
Lawatan pada kali ini telah berjaya untuk membuka lembaran baharu hubungan dua hala di antara Malaysia dan Iran serta hubungan Malaysia dengan rantau Asia Barat.
Dr. Zambry Abd Kadir
MENTERI LUAR NEGERI
23 Ogos 2023
LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU
Ratified by Malaysia
1. | Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW | ||
| |||
3. | Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD | ||
| |||
Yet to ratify
4. | Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT | ||
| |||
5. | International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR | ||||
| |||||
6. | International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD |
7. | International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR | ||
| |||
8. | International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED |
9. | International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW |
10. | Convention Relating to the Status of Refugees, 1951; | ||
| |||
11. | Rome Statute |
Other documents
| |