Speeches, Statements & International Documents

Back

KENYATAAN MALAYSIA OLEH YANG BERHORMAT DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN MENTERI LUAR NEGERI MALAYSIA DI DEBAT TERBUKA PERINGKAT MENTERI DI MAJLIS KESELAMATAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), BERHUBUNG SITUASI DI TIMUR TENGAH TERMASUK ISU PALESTIN 23 JANUARI 2024, NEW YORK

KENYATAAN MALAYSIA OLEH

YANG BERHORMAT DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN

MENTERI LUAR NEGERI MALAYSIA

DI DEBAT TERBUKA PERINGKAT MENTERI DI MAJLIS KESELAMATAN PERTUBUHAN

BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), BERHUBUNG SITUASI DI TIMUR TENGAH TERMASUK ISU PALESTIN

23 JANUARI 2024, NEW YORK

 

 

Puan Pengerusi,

 

  1. Malaysia    ingin    merakamkan    penghargaan    atas penganjuran   Debat  ini  dan  maklumat  terkini  yang dikongsi. Pendirian Malaysia selari dengan  Kenyataan yang disampaikan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Malaysia turut mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan ahli-ahli baharu Majlis Keselamatan untuk menggalas tanggungjawab bersama dalam menegakkan keamanan dan keselamatan di seluruh dunia.

 

Puan Pengerusi,

 

  1. Hanya pada minggu lepas, Timbalan Setiausaha Agong Hal Ehwal Kemanusiaan Martin Griffith menyatakan bahawa Gaza merupakan “satu noda di hati nurani sejagat” dan kegagalan kita bertindak akan meninggalkan kesan berkekalan kepada kemanusiaan. Ketidakupayaan Majlis Keselamatan PBB untuk melaksanakan genjatan senjata menjadikannya juga bertanggungjawab atas apa yang berlaku di Gaza. Sudah lebih seratus hari kanak-kanak menjadi anak yatim piatu, ibu dan bapa kehilangan anak-anak, jalan menjadi kubur dan rakyat Palestin hidup dalam kegelapan akibat tindakan kejam pengeboman bertalu-talu ke atas rumah dan hospital oleh Israel.
 
  1. Dalam tempoh ini, lebih daripada 25,000 orang rakyat Palestin telah terkorban. Secara puratanya, 250 orang rakyat Palestin dibunuh setiap hari atau lebih dari 10 pembunuhan berlaku setiap jam. Menurut Agensi United Nations, Relief and Works Agency, for Palestine Refugees (UNRWA), seramai 1.9 juta orang atau 85 peratus penduduk Gaza telah dipindahkan secara paksa. Malaysia amat kesal bahawa Israel dibiarkan meneruskan pengeboman secara melulu ke atas kediaman, tempat perlindungan, laluan pemindahan dan pusat perubatan.

 

  1. Mereka yang tidak terbunuh oleh bom atau peluru berdepan dengan risiko pelbagai penyakit dan kebuluran. Mereka telah dinafikan akses kepada makanan, air, ubat-ubatan, elektrik, bahan api dan barang keperluan asas yang lain. Gaza kini berada di ambang  kebuluran.  Kebuluran diperalatkan sebagai satu kaedah peperangan.
 
  1. Ini ternyata adalah jenayah perang. Tiada siapa yang selamat termasuk kanak-kanak. Krisis ini telah melahirkan satu istilah baharu yang tidak diingini dalam Bahasa Inggeris iaitu “WCNSF” (Wounded Child, No Surviving Family). Frasa ini digunakan untuk menggambarkan kejadian setiap hari di Gaza kini.

 

Puan Pengerusi,

 

  1. Malaysia menuntut gencatan senjata serta-merta. Malaysia mengutuk pemindahan secara paksa rakyat Palestin. Hak untuk hidup dengan aman dan selamat merupakan hak asasi dan kami menggesa semua pihak untuk menghormati hak tersebut. Kami menyeru agar PBB dan organisasi bantuan kemanusiaan diberikan akses untuk menyalurkan bantuan-bantuan penting dengan kadar segera tanpa halangan.
 
  1. Malaysia menuntut Israel untuk bertanggungjawab ke atas pelanggaran Undang-undang Antarabangsa yang jelas dilakukannya. Kami menyambut baik dan menyokong keputusan Afrika Selatan untuk memulakan prosiding perundangan ke atas Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Ketiadaan akauntabiliti ke atas jenayah perang yang dilakukan Israel akan menggugat legitimasi Undang-undang Antarabangsa dan usaha-usaha untuk menamatkan kependudukan haram di Palestin.

 

  1. Dalam usaha menegakkan Undang-undang Antarabangsa dan hak mereka yang tertindas, pada 23 Julai 2023, Malaysia bersama 56 negara-negara lain telah mengemukakan Kenyataan Bertulis kepada ICJ berkaitan “Pendapat Nasihat mengenai Kesan Perundangan atas keganasan berterusan Israel di Wilayah Palestin" di ICJ. Malaysia turut akan menyertai Sesi Pendengaran Awam di ICJ pada 19 Februari 2024 nanti.
 
  1. Kami mengutuk tindakan apartheid Israel dan penganiayaan terhadap rakyat Palestin di Wilayah Palestin Yang Diduduki. Sebagai Negara Anggota PBB, Israel mesti menghormati dan melaksanakan resolusi-resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan. Majlis Keselamatan tidak boleh membenarkan Israel berkelakuan seolah-olah mereka diberikan pengecualian daripada mematuhi resolusi-resolusi tersebut.

 

Puan Pengerusi,

 

  1. Masyarakat antarabangsa mesti mengutamakan peningkatan penyaluran kemudahan yang diperlukan kepada rakyat Palestin. Akses kepada perkhidmatan asas merupakan hak asasi manusia yang tidak boleh dikompromi. Tindakan kejam Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza adalah haram, tidak bermoral dan mesti dihentikan serta-merta.
 
  1. Pendirian Malaysia adalah jelas; Wilayah Palestin tidak boleh dicabuli. Sebarang percubaan merampas tanah mereka adalah bertentangan dengan Undang-undang Antarabangsa dan seterusnya menggugat prospek hidup bersama secara damai.

 

  1. Malaysia menyeru pelaksanaan penuh Resolusi 2712 dan 2720 Majlis Keselamatan PBB dengan kadar segera. Pada bulan Oktober dan Disember tahun lepas, Malaysia menyertai majoriti Negara Anggota dalam sesi pengundian dua resolusi Perhimpunan Agung PBB, yang menuntut perlindungan orang awam dan menegakkan obligasi undang-undang serta kemanusiaan di Gaza. Negara Anggota secara majoriti telah bersuara agar tuntutan mereka tidak diabaikan.
 
  1. Lanjutan daripada Resolusi 2720 Majlis Keselamatan PBB, Malaysia mengalu-alukan pelantikan Puan Yang Terutama Sigrid Kaag sebagai Koordinator Kanan Kemanusiaan dan Pembinaan Semula Gaza yang baharu. Kami berharap PYT Kaag yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kemanusiaan terutamanya di Lubnan, akan diberikan sokongan untuk melaksanakan mandat beliau secara berkesan dan mengurangkan bencana kemanusiaan di Gaza. Kami menggalakkan kerjasama antara pihak-pihak yang berkaitan bagi mendapatkan jalan penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap pertumpahan darah ini.

 

Puan Pengerusi,

 

  1. Kita sedang menyaksikan satu ironi sejarah di Gaza. Negara Israel wujud ekoran kekejaman Perang Dunia Kedua. Namun, selama 75 tahun, Israel telah menyebabkan kemusnahan yang sama terhadap rakyat Palestin secara sengaja dan tanpa penghujung. Kemusnahan haram dan tidak bermoral ini perlu membawa kepada satu keputusan bersama anggota-anggota Majlis ini. Sudah tiba masanya untuk mengakui tindakan Israel di Gaza sebagai tindakan genosid dan pada masa yang sama, mengiktiraf Negara Palestin secara rasmi sebagai anggota penuh PBB.
 
  1. Tiada negara atau rakyat yang harus menderita di bawah kesengsaraan berterusan atau menjadi pemerhati kepada kemusnahan mereka sendiri secara perlahan-lahan, menyakitkan dan memalukan. Di sinilah Palastin perlu diberi hak untuk menentang penjajah mereka, bukan sebagai rakyat kelas kedua tetapi pada kedudukan yang sama dengan suara dan undi yang sama. Kita telah mengecewakan mereka untuk satu tempoh yang terlalu lama. Justeru, kita mesti menghentikan sandiwara ini!

 

  1. Rakyat Palestin berhak diberikan negara yang bebas dan merdeka berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara. Malaysia akan terus berjuang mengikut kemampuan Negara untuk menamatkan ketidakadilan dan ketidaksahan ini. Negara Palestin perlu diterima sebagai Negara Anggota ke-194 PBB. Kami menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk bertindak sekarang.
 
  1. Majlis Keselamatan PBB perlu mengambil tindakan tegas untuk menghentikan peperangan dan menyelamatkan nyawa orang awam.

 

Hentikan Hukuman Secara Menyeluruh Sekarang! Hentikan Pembunuhan Sekarang!

 

Sekian, terima kasih.


LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU

Ratified by Malaysia

1. Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW
 
1.1 Optional Protocol to the Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW
   
2. Convention on the Rights of the Child, CRC
 
2.1 Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on the sale of children, child prostiitution and child pornography
2.2 Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on the involvement of children in armed conflict ; and
2.3 Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on a communications procedure
   
3. Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD
 
3.1 Optional Protocol to the Convention on the Rights of Persons with Disabilities
   

Yet to ratify

4. Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT
 
4.1 Optional Protocol to the Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment
   
5. International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR
 
5.1 Optional Protocol to the International Covenant on Civil and Political Rights: and
5.2 Optional Protocol to the International Covenant on Civil and Political Rights, aiming at the abolition of death penalty
   
6. International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD
   
7. International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR
 
7.1 Optional Protocol to the International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights
   
8. International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED
   
9. International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW
   
10. Convention Relating to the Status of Refugees, 1951;
 
10.1 Protocol Relating to the Status of Refugees, 1967
   
11. Rome Statute
   

Other documents