Speeches, Statements & International Documents
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM (NRES) - PENYELESAIAN SEMPADAN DARAT MALAYSIA-INDONESIA: KOMITMEN TERHADAP KEDAULATAN DAN KEMAKMURAN BERSAMA
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM (NRES)
PENYELESAIAN SEMPADAN DARAT MALAYSIA-INDONESIA:
KOMITMEN TERHADAP KEDAULATAN DAN KEMAKMURAN BERSAMA
__________________________________________________________________________________
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menegaskan laporan media bertarikh 22 Januari 2026 yang menyatakan “Malaysia memberikan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan untuk tiga kampung kawasan Nunukan, berdekatan sempadan Sabah-Kalimantan” adalah tidak tepat.
Rundingan untuk penandaan dan pengukuran di kawasan Outstanding Boundary Problem (OBP) dilaksanakan secara harmoni di antara kedua-dua negara dan tidak bersandarkan kepada prinsip timbal balik, pampasan atau untung-rugi.
Pemuktamadan pengukuran sempadan darat ini dibuat melalui pemeteraian Memorandum of Understanding (MOU) antara kedua-dua negara pada 18 Februari 2025 selepas melalui proses perundingan teknikal yang komprehensif dan telus selama lebih 45 tahun.
Hasrat Malaysia dan Indonesia untuk menyegerakan penyelesaian isu sempadan darat bagi sektor Sabah-Kalimantan Utara (KALTARA) telah dipersetujui semasa lawatan negara mantan Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo ke Malaysia pada 8 Jun 2023. Proses perundingan turut melibatkan penglibatan aktif wakil Kerajaan Negeri Sabah sebagai sebahagian delegasi Malaysia.
Melalui persetujuan kedua-dua negara, satu pengukuran saintifik telah dilaksanakan berdasarkan perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani terdahulu bagi menentukan jajaran sempadan yang jelas.
Keputusan ini dicapai melalui proses teknikal yang panjang melibatkan pakar-pakar daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) serta agensi keselamatan. Setiap inci pelarasan dibuat berdasarkan undang-undang antarabangsa (Boundary Convention 1891); (Boundary Agreement 1915); serta (Boundary Convention 1928) dan koordinat geospatial yang tepat, bukan atas dasar konsesi politik.
Keuntungan jangka panjang kedaulatan negara adalah lebih strategik bagi Malaysia untuk memiliki sempadan yang diiktiraf sepenuhnya oleh negara jiran dan masyarakat antarabangsa. Pengiktirafan ini lebih signifikan berbanding daripada mengekalkan kawasan pertikaian yang tidak mempunyai keabsahan undang-undang.
Penetapan sempadan yang muktamad akan memperkukuhkan kedudukan perundangan Negara di peringkat antarabangsa serta menutup ruang untuk sebarang tuntutan wilayah yang lebih besar pada masa hadapan.
Kedua-dua negara juga telah mengambil pendekatan diplomasi melalui rundingan secara berterusan bagi menyelesaikan sebarang isu dan pertikaian di kawasan OBP, berlandaskan semangat muhibah dan setiakawan, sekali gus memastikan keharmonian serta mengelakkan sebarang konflik di lapangan.
DATO’ SRI ARTHUR JOSEPH KURUP
MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM
23 JANUARI 2026
LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU
Ratified by Malaysia
| 1. | Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW |
| 3. | Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD |
| 4. | Geneva Convention | ||||||||
| |||||||||
Yet to ratify
| 5. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of Persons with Disabilities |
| 6. | Optional Protocol to the Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW |
| 7. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on a communications procedure |
| 8. | Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT | ||
| |||
| 9. | International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR | ||||
| |||||
| 10. | International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD |
| 11. | International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR | ||
| |||
| 12. | International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED |
| 13. | International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW |
| 14. | Convention Relating to the Status of Refugees, 1951; | ||
| |||
| 15. | Rome Statute |
Other documents
|
| |



