Speeches, Statements & International Documents
LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU
Ratified by Malaysia
1. | Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW ![]() |
3. | Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD ![]() |
4. | Geneva Convention | ||||||||
| |||||||||
Yet to ratify
5. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of Persons with Disabilities ![]() |
6. | Optional Protocol to the Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW ![]() |
7. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on a communications procedure ![]() |
8. | Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT ![]() | ||
| |||
9. | International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR![]() | ||||
| |||||
10. | International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD ![]() |
11. | International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR ![]() | ||
| |||
12. | International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED![]() |
13. | International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW ![]() |
14. | Convention Relating to the Status of Refugees, 1951; ![]() | ||
| |||
15. | Rome Statute![]() |
Other documents
| |
KENYATAAN MEDIA YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN MENTERI LUAR NEGERI KERAJAAN ARAB SAUDI SUMBANG PERALATAN PERUBATAN KEPADA MALAYSIA KUALA LUMPUR, 14 MEI 2020 (KHAMIS)
KENYATAAN MEDIA
YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
MENTERI LUAR NEGERI
KERAJAAN ARAB SAUDI SUMBANG PERALATAN PERUBATAN KEPADA MALAYSIA
KUALA LUMPUR, 14 MEI 2020 (KHAMIS)
Sukacitanya saya maklumkan, dengan diperkenankan oleh Raja Arab Saudi yang juga Penjaga Dua Masjid Suci, Baginda Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud; Kerajaan Arab Saudi bermurah hati menyumbangkan peralatan perubatan kepada Malaysia.
Berita baik ini dikongsikan sendiri oleh Duta Arab Saudi ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Dr Mahmoud Hussein Saeed Qattan sewaktu pertemuan kami di Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) hari ini.
Sumbangan ini bertujuan membantu Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menangani penularan wabak Covid-19. Kesemua peralatan perubatan ini akan disalurkan melalui King Salman Humanitarian Aid and Relief Centre.
Peralatan perubatan yang disumbangkan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia termasuklah:
- 5,000,000 unit Surgical Masks
- 1,000,000 unit N95 Face Masks
- 741,840 unit Jumpsuit Overalls
- 300,000 unit Face Shields
- 200,000 unit Head Cover
- 200,000 unit Protective Clothing
- 100,000 unit Boot Cover
- 150 unit Portable Ventilators
- 100 unit Non Invasive Ventilators
- 80 unit ICU Ventilators
Secara keseluruhan, Kerajaan Arab Saudi menyumbang sebanyak 7,542,170 unit peralatan perubatan kepada Malaysia. Buat masa ini, 1,000,000 unit N95 Face Masks telah sampai ke Malaysia dan telah diserahkan kepada KKM. Lain-lain peralatan perubatan akan sampai ke Malaysia secara berperingkat.
Sesungguhnya, perkenan Baginda Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan kesanggupan Kerajaan Arab Saudi membantu Malaysia dalam perkara ini sekaligus membuktikan keakraban hubungan dua hala Malaysia dan Arab Saudi.
Bagi pihak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia, saya amat berterima kasih kepada Raja Arab Saudi, Baginda Raja Salman Abdulaziz Al Saud; Putera Mahkota merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Arab Saudi, Yang Teramat Mulia Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud; Menteri Luar Arab Saudi, Yang Mulia Putera Faisal bin Farhan Al Saud; dan seluruh kepimpinan tertinggi Kerajaan Arab Saudi.
Didoakan, semoga hubungan baik yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara ini terus utuh dan berkekalan. InsyaAllah.
=tamat=
2