Speeches, Statements & International Documents

Back

KERJASAMA INSTITUSI AKADEMIK MAMPU MEMBINA RANGKAIAN KOLABORATIF ANTARA KERAJAAN

KERJASAMA INSTITUSI AKADEMIK MAMPU
MEMBINA RANGKAIAN KOLABORATIF ANTARA KERAJAAN

 

Saya dan rakan sejawat dari Indonesia, PYT Retno L.P. Marsudi telah bersama-sama merasmikan pelancaran kerjasama antara Pusat Kajian Ikatan Malaysia – Indonesia (IKMI) Institut Pengajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia dan Program Pengajian Indonesia – Malaysia (IMSP) di Pusat untuk Pengajian Asia Timur, Universitas Prasetiya Mulya Indonesia. Program berkenaan diadakan di Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA) di Senayan, Jakarta pada 03 September 2023.

Kerjasama kedua-dua universiti itu mencapai kemuncak sebagai hasil daripada lawatan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke Jakarta pada Januari 2023 dan lawatan TYT Joko Widodo, Presiden Indonesia ke Malaysia pada Jun 2023. Semasa lawatan beliau ke Jakarta, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia menyeru Indonesia dan Malaysia untuk terus bekerjasama dalam isu serantau bagi menjamin kepentingan politik dan ekonomi kedua-dua negara.

Saya dan Ibu Retno turut mengulangi bahawa Indonesia dan Malaysia perlu membangun, mengekalkan dan terus memupuk hubungan baik antara kedua-dua buah negara.

Dalam ucapan saya juga menyentuh dan menyeru institusi akademik untuk menggalakkan hubungan baik dan saling menghormati kedua-dua negara seperti yang terkandung dalam Piagam ASEAN serta menyeru sektor swasta untuk bekerjasama dan membangunkan perkongsian strategik dengan institusi akademik melalui aktiviti yang dibiayai kedua-dua pihak melalui penyelidikan kolaboratif dan selanjutnya boleh memberikan khidmat nasihat kepada kerajaan.

Saya dan Ibu Retno juga berkesempatan melawat the new ERIA – Digital Innovation and Sustainable Economy Centre (E-DISC).

 


Dr. Zambry Abd Kadir
MENTERI LUAR NEGERI

03 September 2023


LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU

Ratified by Malaysia

1. Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW
 
1.1 Optional Protocol to the Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW
   
2. Convention on the Rights of the Child, CRC
 
2.1 Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on the sale of children, child prostiitution and child pornography
2.2 Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on the involvement of children in armed conflict ; and
2.3 Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on a communications procedure
   
3. Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD
 
3.1 Optional Protocol to the Convention on the Rights of Persons with Disabilities
   

Yet to ratify

4. Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT
 
4.1 Optional Protocol to the Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment
   
5. International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR
 
5.1 Optional Protocol to the International Covenant on Civil and Political Rights: and
5.2 Optional Protocol to the International Covenant on Civil and Political Rights, aiming at the abolition of death penalty
   
6. International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD
   
7. International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR
 
7.1 Optional Protocol to the International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights
   
8. International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED
   
9. International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW
   
10. Convention Relating to the Status of Refugees, 1951;
 
10.1 Protocol Relating to the Status of Refugees, 1967
   
11. Rome Statute
   

Other documents