Speeches, Statements & International Documents

Back

KETIBAAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG MENJADI MANGSA SINDIKET PENIPUAN TAWARAN PEKERJAAN DI KEMBOJA

 

KETIBAAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG MENJADI

MANGSA SINDIKET PENIPUAN TAWARAN PEKERJAAN DI KEMBOJA

 

Seramai 35 orang lagi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan warganegara Malaysia di Kemboja berjaya dibawa pulang ke tanah air pada hari Khamis,3 November 2022. Kesemua mereka tiba menerusi dua (2) kumpulan seperti berikut:

            (i)     28  orang  melalui penerbangan MH755 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 2.00 petang; dan

            (ii)     7 orang melalui penerbangan AK539 di KLIA2 pada jam 5.35 petang.

Ini merupakan kejayaan terbesar Kementerian Luar Negeri (KLN) membawa pulang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket tersebut melalui Kedutaan Besar Malaysia (KBM) di Phnom Penh. Setakat 3 November 2022, daripada 220 kes jenayah penipuan penawaran pekerjaan di negara itu yang dilaporkan, kesemua mangsa telah berjaya dibawa pulang. Setakat ini, tiada mangsa yang berada di dalam depoh tahanan imigresen negara itu. KLN akan terus memantau keadaan semasa dan bersedia membantu mangsa apabila dilaporkan dan memerlukan bantuan.

Pada masa yang sama, KLN melalui Kedutaan Besar Malaysia di Laos, Myanmar dan Thailand terus menggiatkan usaha untuk mengesan dan menyelamatkan warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket di negara-negara berkenaan. Daripada keseluruhan 459 laporan yang diterima oleh KLN, seramai 324 orang telah berjaya diselamatkan. Ini termasuk seramai 20 orang yang berada di dalam depoh tahanan imigresen di ketiga-tiga negara terbabit. Pihak KBM di ketiga-tiga negara- negara tersebut dengan kerjasama Kerajaan negara-negara terbabit masih giat mengesan seramai 135 lagi yang dilaporkan sebagai mangsa.

Kami di KLN merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Kemboja yang sentiasa memberikan bantuan dan kerjasama terbaik bagi membolehkan warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket ini dibawa pulang ke tanah air. Selain itu, penghargaan juga dizahirkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan wakil media tempatan di atas kerjasama erat yang diberikan dalam urusan kepulangan mereka.

Warganegara Malaysia dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan tawaran- tawaran pekerjaan di luar negara yang diterima, terutamanya melalui platform sosial media. Mereka boleh berhubung dengan pihak Kedutaan Malaysia di negara yang berkenaan sekiranya terdapat sebarang keraguan berhubung tawaran kerja. Mereka juga dinasihatkan supaya segera membuat laporan kepada PDRM dan KLN sekiranya ada di antara ahli keluarga mereka yang terjebak dalam sindiket tersebut untuk bantuan sewajarnya.

 

DATO’ SRI SAIFUDDIN ABDULLAH

4 NOVEMBER 2022


LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU

Ratified by Malaysia

1. Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW
 
1.1 Optional Protocol to the Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW
   
2. Convention on the Rights of the Child, CRC
 
2.1 Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on the sale of children, child prostiitution and child pornography
2.2 Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on the involvement of children in armed conflict ; and
2.3 Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on a communications procedure
   
3. Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD
 
3.1 Optional Protocol to the Convention on the Rights of Persons with Disabilities
   

Yet to ratify

4. Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT
 
4.1 Optional Protocol to the Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment
   
5. International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR
 
5.1 Optional Protocol to the International Covenant on Civil and Political Rights: and
5.2 Optional Protocol to the International Covenant on Civil and Political Rights, aiming at the abolition of death penalty
   
6. International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD
   
7. International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR
 
7.1 Optional Protocol to the International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights
   
8. International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED
   
9. International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW
   
10. Convention Relating to the Status of Refugees, 1951;
 
10.1 Protocol Relating to the Status of Refugees, 1967
   
11. Rome Statute
   

Other documents