Speeches, Statements & International Documents

Back

LAWATAN RASMI YAB PERDANA MENTERI KE REPUBLIK DEMOKRATIK RAKYAT LAO PADA 26 DAN 27 JUN 2023

 

LAWATAN RASMI YAB PERDANA MENTERI KE

REPUBLIK DEMOKRATIK RAKYAT LAO PADA 26 DAN 27 JUN 2023

 

1.    YAB Perdana Menteri akan tiba pada petang ini bagi mengadakan lawatan rasmi yang pertama beliau ke Republik Demokratik Rakyat Lao pada 26 dan 27 Jun 2023.

 

2.    Kali terakhir Perdana Menteri Malaysia mengadakan lawatan ke Laos adalah pada tahun 2016 bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN yang dipengerusikan oleh Laos pada ketika itu.

 

3.    Lawatan YAB Perdana Menteri ke Laos ini memberi peluang kepada kepada pemimpin kedua-dua negara membina momentum yang positif sebelum Laos mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Indonesia pada tahun hadapan (2024).

 

4.    Lawatan rasmi ini merupakan jemputan daripada Perdana Menteri Laos, TYT Sonexay Siphandone (Son-Sai Si-Pan-Don) yang dipanjangkan kepada YAB Perdana Menteri semasa Sidang Kemuncak ASEAN di Labuan Bajo, Indonesia baru-baru ini.

 

5.    Lawatan rasmi ini berperanan besar dalam memperkukuhkan lagi hubungan persahabatan dan kerjasama dua hala dengan Laos.

 

6.    Semasa lawatan ini, YAB Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan :

       i.     Presiden Laos, Thongloun Sisoulith (Tong-Lun Si-Su-Lit);

       ii.     Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone (Son-Sai Si-Pan-Don); dan

       iii.    Presiden Dewan Rakyat Laos, Xaysomphone Phomvihane (Sai-Som- Pon Pom-Vi-Han).

 

7.    YAB Perdana Menteri dan Perdana Menteri Sonexay (Son-Sai) dijangka akan menyaksikan pemeteraian Memorandum Kerjasama di antara:

      i.     Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Lao National Railway State Enterprise (LNRSE) dalam bidang pengangkutan kereta api; dan

      ii.     Mutiara Perlis Sdn. Bhd. (MPSB) dan Thanaleng Dry Port (TDP) dalam bidang pelabuhan darat.

 

8.    YAB Perdana Menteri akan turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman di antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Electricite du Lao (EDL).

 

9.    Memorandum Persefahaman dan Kerjasama ini dijangka akan mengukuhkan lagi pelaburan Malaysia di Laos dan memberikan faedah kepada pembangunan sosio-ekonomi kedua-dua negara yang menguntungkan rakyat.

 

10.   YAB Perdana Menteri juga dijadual akan bertemu dengan pemimpin-pemimpin Islam di Laos, bagi membincangkan isu-isu Ummah terutamanya yang dihadapi oleh umat Islam di Laos.

 

11.   YAB Perdana Menteri juga dijangka bertemu dengan diaspora Malaysia di negara ini untuk sesi ramah mesra dan peluang berkongsi dasar serta hala tuju Kerajaan Malaysia Madani.

 

Hubungan Dua Hala

 

12.   Laos merupakan anggota ASEAN sejak tahun 1997 dan rakan kongsi strategik yang penting untuk Malaysia di rantau Asia Tenggara. Kedua-dua negara mempunyai jalinan kerjasama erat dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, kewangan, perbankan, pendidikan, pertahanan, bekalan tenaga (energy supply) dan lain-lain.

 

13.    Malaysia bersedia membantu Laos dalam persediaan negara tersebut menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan (2024).

 

14.    Hubungan erat di antara Malaysia dan Laos ini telah diperkukuhkan melalui kerangka Suruhanjaya Bersama untuk Kerjasama Dua Hala (Joint Commission for Bilateral Cooperation – JCBC). Kerangka ini merupakan mekanisma dua hala yang bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkepentingan bersama di peringkat Menteri Luar Negeri.

 

15.   Laos dijangka akan menganjurkan Mesyuarat JCBC ke-4 pada tahun hadapan bagi meneruskan momentum kerjasama dua hala di antara kedua-dua negara.

 

16.   Kerjasama ekonomi yang kukuh adalah tiang utama dalam pembentukan hubungan erat di antara Malaysia dan Laos. Pada tahun lepas, jumlah dagangan di antara kedua-dua negara meningkat sebanyak 425% dan dinilaikan sebanyak RM1.127 bilion (USD255.6 juta).

 

17.   Peningkatan ketara dalam jumlah dagangan ini disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap barangan elektrik dan elektronik Malaysia yang berkualiti di Laos.

 

18.    Malaysia merupakan pelabur keempat terbesar di Laos selepas China, Thailand dan Vietnam dengan jumlah pelaburan pada ketika ini bernilai sebanyak RM3.6 bilion (USD794 juta).

 

19.    Pelaburan Malaysia di Laos tertumpu kepada sektor tenaga, zon perdagangan bebas, automotif, dan perbankan. Lawatan YAB Perdana Menteri kali ini diharap akan dapat mengembangkan lagi pelaburan Malaysia dalam sektor tenaga boleh baharu, pengangkutan kereta api dan logistik (pelabuhan darat).

 

20.    Dalam konteks serantau, YAB Perdana Menteri dijangka akan mengambil peluang ini bagi menyatakan pendirian Malaysia terhadap situasi di Myanmar dan menyatakan sokongan terhadap usaha-usaha yang dipersetujui oleh anggota-anggota ASEAN terutamanya dalam melaksanakan Kemuafakatan Lima Perkara (Five-Point Consensus - 5PC).

 

Dr. Zambry Abd Kadir

MENTERI LUAR NEGERI

26 Jun 2023

 


LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU

Ratified by Malaysia

1. Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW
 
1.1 Optional Protocol to the Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW
   
2. Convention on the Rights of the Child, CRC
 
2.1 Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on the sale of children, child prostiitution and child pornography
2.2 Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on the involvement of children in armed conflict ; and
2.3 Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on a communications procedure
   
3. Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD
 
3.1 Optional Protocol to the Convention on the Rights of Persons with Disabilities
   

Yet to ratify

4. Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT
 
4.1 Optional Protocol to the Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment
   
5. International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR
 
5.1 Optional Protocol to the International Covenant on Civil and Political Rights: and
5.2 Optional Protocol to the International Covenant on Civil and Political Rights, aiming at the abolition of death penalty
   
6. International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD
   
7. International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR
 
7.1 Optional Protocol to the International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights
   
8. International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED
   
9. International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW
   
10. Convention Relating to the Status of Refugees, 1951;
 
10.1 Protocol Relating to the Status of Refugees, 1967
   
11. Rome Statute
   

Other documents