Speeches, Statements & International Documents
MALAYSIA MENGALU-ALUKAN RESOLUSI MAJLIS KESELAMATAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU MENGENAI GAZA
MALAYSIA MENGALU-ALUKAN RESOLUSI MAJLIS KESELAMATAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU MENGENAI GAZA
Malaysia mengalu-alukan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) 2728 (2024) mengenai Gaza pada 25 Mac 2024. Resolusi ini menuntut gencatan senjata serta merta, pembebasan tebusan tanpa syarat dan penghantaran segera bantuan kemanusiaan tanpa halangan.
Penerimaan resolusi ini merupakan satu kejayaan besar memandangkan konflik di Gaza bermula lebih lima bulan yang lalu.
Malaysia telah sekian lama menyeru agar Majlis Keselamatan PBB memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan bagi melindungi rakyat Palestin daripada kekejaman Israel, yang sehingga kini telah meragut lebih daripada 32,000 nyawa. Sekatan sempadan rejim Israel telah mengakibatkan risiko kebuluran dan malnutrisi bagi 2.3 juta penduduk di Gaza.
Malaysia menyeru agar Majlis Keselamatan PBB memastikan Israel memenuhi tanggungjawabnya di bawah undang-undang antarabangsa dan menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin dengan serta-merta.
Malaysia kekal komited dalam memperjuangkan isu Palestin dan akan meneruskan usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara, dan supaya Palestin diterima sebagai Anggota penuh PBB.
PUTRAJAYA
26 MAC 2024
LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU
Ratified by Malaysia
1. | Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW ![]() |
3. | Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD ![]() |
4. | Geneva Convention | ||||||||
| |||||||||
Yet to ratify
5. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of Persons with Disabilities ![]() |
6. | Optional Protocol to the Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW ![]() |
7. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on a communications procedure ![]() |
8. | Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT ![]() | ||
| |||
9. | International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR![]() | ||||
| |||||
10. | International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD ![]() |
11. | International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR ![]() | ||
| |||
12. | International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED![]() |
13. | International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW ![]() |
14. | Convention Relating to the Status of Refugees, 1951; ![]() | ||
| |||
15. | Rome Statute![]() |
Other documents
| |