Speeches, Statements & International Documents
MALAYSIA MENYERU TINDAKAN SEGERA BAGI MENCEGAH PENINGKATAN KONFLIK SERANTAU
MALAYSIA MENYERU TINDAKAN SEGERA BAGI MENCEGAH PENINGKATAN KONFLIK SERANTAU
Malaysia menggesa semua pihak di rantau yang terlibat untuk mengelak dan berhati-hati agar tidak memburukkan lagi keadaan yang sedia tegang di rantau Timur Tengah.
Serangan oleh Iran ini adalah sebagai serangan balas terhadap serangan bom awal oleh rejim Israel terhadap konsulat Iran di Damascus pada 1 April 2024. Iran menyatakan bahawa ini merupakan tindakan bela diri berdasarkan kepada Piagam 51 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Setelah serangan berakhir, Perutusan Tetap di PBB mengumumkan bahawa Iran menganggap tindakan mereka terhadap Israel dibenarkan dan “dianggap selesai". Namun, menegaskan sekiranya rejim Israel atau sekutunya "melakukan sekali lagi kesalahan, tindak balas Iran akan jauh lebih berat", ini akan terus menyebabkan serangan yang tidak berpenghujung.
Sebarang bentuk provokasi dan/atau tindakan balas akan memburukkan lagi konflik di wilayah berkaitan tidak akan memberi manfaat kepada Palestin. Matlamat utama Israel adalah jelas iaitu mengalihkan perhatian masyarakat global daripada tindakan keji dan tidak berperikemanusiaan mereka di Palestin.
Malaysia seterusnya menyahut seruan Setiausaha Agung PBB untuk menghentikan dan menamatkan permusuhan ini dengan serta merta. Sebarang bentuk serangan, ofensif atau defensif, akan membawa implikasi yang jika ia tidak dikawal akhirnya akan menyebabkan kematian lebih ramai lagi nyawa yang tidak berdosa.
Kerajaan Malaysia menggesa pihak-pihak yang berkenaan untuk meredakan persengketaan dan mewujudkan persekitaran yang diperlukan untuk menamatkan konflik ini dan tidak menggalakkan negara lain untuk bertindak secara agresif. Malaysia mengulangi bahawa objektif utama adalah untuk mencari keamanan dan penyelesaian kekal kepada nasib rakyat Palestin, bukannya memanjangkan lagi konflik
YB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN
PUTRAJAYA
14 APRIL 2024
LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU
Ratified by Malaysia
1. | Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW | ||
| |||
3. | Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD | ||
| |||
Yet to ratify
4. | Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT | ||
| |||
5. | International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR | ||||
| |||||
6. | International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD |
7. | International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR | ||
| |||
8. | International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED |
9. | International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW |
10. | Convention Relating to the Status of Refugees, 1951; | ||
| |||
11. | Rome Statute |
Other documents
| |