Speeches, Statements & International Documents
OPERASI SUDAN : TIGA ORANG RAKYAT MALAYSIA DIJANGKA TIBA DI MALAYSIA PADA PAGI 07 MEI 2023
OPERASI SUDAN : TIGA ORANG RAKYAT MALAYSIA DIJANGKA TIBA DI MALAYSIA PADA PAGI 07 MEI 2023
Hasil usaha pihak Wisma Putra, Pasukan Khas Operasi Sudan, Kedutaan Besar Malaysia di Sudan, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, Kerajaan Arab Saudi serta beberapa pihak lain, akhirnya tiga orang rakyat Malaysia yang terkandas di Sudan sebelum ini telah selamat tiba dengan kapal tentera laut Kerajaan Arab Saudi, “Amanah” di King Faisal Naval Base, Jeddah, Arab Saudi pada 12.50 tengah malam (waktu Malaysia), 05 Mei 2023.
Ketibaan mereka disambut oleh Pegawai Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah dan kemudian dibawa ke tempat penginapan yang telah disediakan oleh Kerajaan Arab Saudi.
Ketiga-tiga mereka dijangka akan tiba di tanah air pada jam 05.00 pagi (waktu Malaysia), 07 Mei 2023 melalui pesawat Saudia SV842 yang telah diuruskan sepenuhnya oleh Wisma Putra dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah.
Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggitinggi penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi kerana sekali lagi membantu rakyat Malaysia keluar dari Sudan dan menyediakan fasiliti sepanjang berada di Jeddah. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi ini.
Sekali lagi saya ingin sampaikan kepada semua rakyat Malaysia jika ada saudara atau kenalan rakyat Malaysia didapati berada di Sudan, diminta berhubung dengan Wisma Putra untuk kita bantu cari mereka.
Dr. Zambry Abd Kadir
MENTERI LUAR NEGERI
05 Mei 2023
LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU
Ratified by Malaysia
1. | Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW | ||
| |||
3. | Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD | ||
| |||
Yet to ratify
4. | Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT | ||
| |||
5. | International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR | ||||
| |||||
6. | International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD |
7. | International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR | ||
| |||
8. | International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED |
9. | International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW |
10. | Convention Relating to the Status of Refugees, 1951; | ||
| |||
11. | Rome Statute |
Other documents
| |