Speeches, Statements & International Documents
RAKYAT MALAYSIA DARI SUDAN SELAMAT TIBA DI JEDDAH, ARAB SAUDI
RAKYAT MALAYSIA DARI SUDAN SELAMAT TIBA DI JEDDAH, ARAB SAUDI
1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, setelah menempuh pelayaran kira-kira 9 jam dari Port Sudan, kesemua 30 rakyat Malaysia dan 22 rakyat negara lain telah selamat tiba di King Faisal Naval Base, Jeddah, Arab Saudi kira-kira pada jam 8.54 malam (waktu Arab Saudi), 26 April 2023 atau 1.54 pagi (waktu Malaysia), 27 April 2023 dengan menaiki kapal tentera laut Arab Saudi. Mereka tiba dalam kumpulan 194 orang yang dibawa keluar melalui kapal H.M.S Abha, Tentera Laut Arab Saudi.
2. Bagi pihak Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi dan Kerajaan UAE serta kepimpinan Sudan yang telah membantu usaha untuk mengeluarkan rakyat Malaysia dan beberapa warganegara lain dari Sudan.
3. Patik juga menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang terus menzahirkan keprihatinan terhadap keselamatan rakyat Malaysia di Sudan. Tuanku sendiri telah menghubungi Presiden UAE untuk membantu operasi membawa keluar rakyat kita dari Sudan.
4. Kejayaan operasi yang amat kompleks ini turut dibantu melalui penglibatan langsung dan berterusan oleh YAB Perdana Menteri. YAB Perdana Menteri telah menghubungi sendiri kepimpinan Sudan bagi mendapatkan laluan keselamatan rakyat Malaysia sewaktu perjalanan sejauh 1,233km dilakukan dari Khartoum ke Port Sudan.
5. Turut bersama dengan rakyat Malaysia dalam kapal tentera laut Arab Saudi ini adalah 22 rakyat negara lain yang dibawa keluar oleh Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum. Mereka terdiri daripada:
● 2 orang warga Amerika Syarikat;
● 6 orang warga Kemboja; dan
● 14 orang warga Singapura.
6. Manakala empat (4) warganegara lain iaitu seorang masing-masing dari Filipina, Palestin, Sudan, dan Thailand akan menaiki kapal seterusnya mengikut aturan Kerajaan Arab Saudi.
7. Kita bukan sahaja berjaya membawa keluar rakyat Malaysia, malah turut membantu sebilangan warganegara lain yang terkandas dalam krisis di Sudan yang memasuki hampir dua minggu. Tindakan ini jelas menunjukkan keprihatinan dan kesungguhan Malaysia dalam mendokong prinsip Malaysia Madani yang menitikberatkan nilai keihsanan.
8. Usaha membawa balik rakyat Malaysia dari Sudan sejak bermulanya gencatan senjata antara pihak terlibat pada 1 Syawal adalah hasil kerjasama padu pelbagai agensi Kerajaan di bawah Pasukan Khas Ops Sudan yang diketuai oleh Kementerian Luar Negeri meliputi MKN, NADMA, JPM, PDRM, Pejabat Perwakilan Malaysia di Riyadh, Jeddah, Abu Dhabi dan Kaherah. Sokongan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) khususnya PETRONAS, Maybank, CIMB dan juga pihak-pihak lain juga telah memudahcara operasi ini. Kesemuanya telah bekerja keras dan tanpa henti sepanjang musim perayaan untuk memastikan kejayaan operasi mengeluarkan rakyat Malaysia dari Sudan yang berisiko tinggi ini dilakukan dengan segera dan selamat.
9. YBhg. TYT Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Komander King Faisal Naval Base, dan wakil-wakil Kedutaan-Kedutaan yang berkenaan menyambut ketibaan 194 orang yang dibawa oleh kapal H.M.S Abha dari Port Sudan. Selepas proses imigresen, kesemua mereka dipindahkan ke Hotel Holiday Inn Jeddah dengan pembiayaan kos ditanggung oleh Kerajaan Arab Saudi bagi tempoh dua (2) malam.
10. Insya-Allah, jika semua perancangan berjalan lancar, kesemua rakyat Malaysia akan tiba di tanah air pada hari Jumaat, 28 April 2023, jam 3.55 petang dengan menaiki penerbangan Saudia SV834.
11. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak termasuk pihak media dan rakyat Malaysia yang terus melapor dan mendoakan keselamatan serta kejayaan operasi membawa rakyat Malaysia keluar dari Sudan.
12. Sehingga keadaan di Sudan kembali pulih dan selamat, segala urusan berkaitan dengan negara berkenaan akan diselia secara pentadbiran oleh Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah.
13. Akhir kata, marilah kita terus memanjatkan doa agar pergolakan politik di Sudan bertemu titik noktah, seterusnya rakyat di negara berkenaan dapat meneruskan kehidupan dengan penuh keamanan dan kesejahteraan.
Dr. Zambry Abd Kadir
MENTERI LUAR NEGERI
27 April 2023
LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU
Ratified by Malaysia
1. | Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW | ||
| |||
3. | Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD | ||
| |||
Yet to ratify
4. | Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT | ||
| |||
5. | International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR | ||||
| |||||
6. | International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD |
7. | International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR | ||
| |||
8. | International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED |
9. | International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW |
10. | Convention Relating to the Status of Refugees, 1951; | ||
| |||
11. | Rome Statute |
Other documents
| |