Speeches, Statements & International Documents
Back
RINGKASAN MESYUARAT-MESYUARAT YB MENTERI LUAR NEGERI, MESYUARAT MENTERI-MENTERI LUAR NEGERI ASEAN KE-56 11 JULAI 2023
RINGKASAN MESYUARAT-MESYUARAT YB MENTERI LUAR NEGERI,
MESYUARAT MENTERI-MENTERI LUAR NEGERI ASEAN KE-56
11 JULAI 2023
Saya telah menyertai tiga mesyuarat pada hari ini:
- Mesyuarat Suruhanjaya Zon Bebas Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ);
- Pertemuan Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN dengan wakil-wakil Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR); dan
- Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN Ke-56 (56th AMM).
Mesyuarat Suruhanjaya Zon Bebas Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ)
- Mesyuarat telah membincangkan dengan mendalam mengenai yang berikut:
- Kemajuan pelaksanaan Pelan Tindakan Memperkukuh Pelaksanaan Perjanjian SEANWFZ (2023 – 2027); dan
- Langkah seterusnya mengenai ratifikasi Protokol kepada Perjanjian SEANWFZ oleh Negara-negara Bersenjata Nuklear (NWS).
- Semasa mesyuarat tersebut, saya telah mengetengahkan pendirian serta pendekatan Malaysia mengenai isu ratifikasi Protokol kepada Perjanjian SEANWFZ oleh Negara-negara Bersenjata Nuklear (NWS).
- Malaysia berpandangan bahawa NWS boleh menandatangani dan meratifikasi Protokol SEANWFZ sama ada dengan atau tanpa pengecualian.
- Sebagai pertubuhan serantau yang mempunyai kredibiliti, saya juga telah menekankan tentang keutamaan agar ASEAN mengadakan perbincangan dengan semua NWS mengenai isu ini mengambil kira situasi geopolitik yang semakin tegang mutakhir ini serta demi memelihara keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
- Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN juga telah menegaskan semula political will untuk menggalakkan semua NWS menandatangani dan meratifikasi Protokol kepada Perjanjian SEANWFZ serta telah bersetuju menugaskan Kumpulan Kerja SEANWFZ agar melaksanakan usaha sewajarnya ke arah ini.
Pertemuan antara Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN dengan wakil-wakil Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR)
- Saya bersama-sama Menteri Luar Negeri ASEAN telah mengambil maklum mengenai Laporan Tahunan AICHR bagi tempoh 2022 – 2023 dan berpuas hati dengan kemajuan yang dicapai oleh AICHR dalam menggalakkan perlindungan hak asasi manusia di rantau ASEAN.
- Di dalam kenyataan Malaysia, saya telah menyatakan penghargaan atas penglibatan berterusan AICHR dengan rakan luar ASEAN, pertubuhan masyarakat sivil (CSOs) dan badan-badan sektoral ASEAN dalam bidang hak asasi manusia di peringkat serantau dan antarabangsa. Wakil Malaysia ke AICHR, Professor Dato' Dr. Aishah Bidin juga telah membentangkan laporan AICHR kepada Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN.
- Saya turut menyatakan bahawa penglibatan berterusan AICHR dengan badan- badan sektoral ASEAN telah menyumbang untuk mengukuhkan usaha-usaha pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan mampan serta meningkatkan pemahaman tentang kesan perubahan iklim terhadap hak asasi manusia.
Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN Ke-56 (56th AMM)
- Mesyuarat telah membincangkan yang berikut:
- Kemajuan usaha pembangunan Komuniti ASEAN melalui bidang- bidang keutamaan Indonesia sepanjang Kepengerusiannya pada tahun 2023; dan
- Pelaksanaan ASEAN Outlook on the Indo-Pacific (AOIP).
- Saya telah menekankan kepentingan pelaksanaan program serta aktiviti antara ASEAN dengan rakan-rakan luarnya menerusi rangka kerja AOIP bagi terus menggalakkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau Indo-Pasifik.
- Selaras dengan Kenyataan Pemimpin-pemimpin ASEAN berhubung Permohonan Timor-Leste ke ASEAN, saya turut mengambil peluang semasa mesyuarat ini untuk memaklumkan bahawa Malaysia dengan kerjasama Australia akan menganjurkan satu program pembangunan kapasiti untuk Timor-Leste pada 18 hingga 22 September 2022 di Kuala Lumpur. Malaysia juga telah membantu pengupayaan sumber manusia Timor-Leste menerusi Program Kerjasama Teknikal Malaysia.
- Program ini bertujuan membantu Timor-Leste meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan pemahaman mengenai ASEAN serta mekanisme- mekanisme yang berkaitan sebagai persediaan keahlian Timor-Leste ke ASEAN.
- Sebagai Negara Penyelaras Hubungan ASEAN-GCC, saya telah memaklumkan perkembangan terkini mengenai Sidang Kemuncak ASEAN- GCC yang dijadualkan berlangsung pada bulan Oktober 2023 di Riyadh.
- Malaysia juga telah menzahirkan kekecewaannya berhubung kegagalan pendirian ASEAN mengenai isu Laut China Selatan dimasukkan dalam Dokumen Akhir Non-Aligned Movement Coordinating Bureau (NAM-COB) pada 6 Julai 2023 di Baku, Azerbaijan akibat halangan daripada beberapa negara anggota NAM. ASEAN tidak boleh menerima perkara sebegini kerana ia melibatkan isu-isu yang memberi kesan secara langsung terhadap keamanan dan kemakmuran di rantau ini.
- Oleh yang demikian, saya telah mencadangkan agar ASEAN meneliti cara menangani perkara ini. Cadangan saya ini juga telah mendapat sokongan penuh daripada Menteri-menteri Luar ASEAN yang lain.
- Malaysia memuji Indonesia atas pelaksanaan tugas Kepengerusian ASEAN yang baik.
Dr. Zambry Abd Kadir
MENTERI LUAR NEGERI
11 Julai 2023
LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU
Ratified by Malaysia
1. | Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW | ||
| |||
3. | Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD | ||
| |||
Yet to ratify
4. | Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT | ||
| |||
5. | International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR | ||||
| |||||
6. | International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD |
7. | International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR | ||
| |||
8. | International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED |
9. | International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW |
10. | Convention Relating to the Status of Refugees, 1951; | ||
| |||
11. | Rome Statute |
Other documents
| |