Speeches, Statements & International Documents

Back

SITUASI SEMASA DI SUDAN

KENYATAAN MEDIA

SITUASI SEMASA DI SUDAN

 

Saya ingin memaklumkan perkembangan terkini melibatkan usaha Kerajaan membantu rakyat Malaysia di Sudan. Susulan kepada penilaian risiko dari semua pihak yang berkenaan, rakyat Malaysia yang berada di Kompleks PETRONAS Khartoum yang menjadi sasaran telah berjaya dipindahkan ke tempat yang selamat lewat petang semalam (waktu Sudan). Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk Pasukan Khas yang bekerja sepanjang masa memantau usaha pemindahan tersebut.

Berikutan dengan situasi yang semakin meruncing dan susulan kepada laporan berkenaan “pengambilan paksa” (take command by force) Kompleks PETRONAS di Sudan yang juga menempatkan Kedutaan Besar Malaysia, saya telah mengarahkan Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala), Kementerian Luar Negeri (KLN) untuk memanggil Duta Besar Sudan bagi menyuarakan pandangan Malaysia dalam konflik terbaharu ini. Selain itu, Malaysia juga menyampaikan bantahan ke atas tindakan pihak-pihak tertentu yang telah menceroboh kompleks berkenaan.

Dalam pertemuan berkenaan, Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) telah menekankan keutamaan untuk kesemua pihak di Sudan memastikan keselamatan rakyat Malaysia di negara berkenaan dipelihara. Ia adalah konflik dalaman dan kepentingan warganegara asing tidak harus menjadi sasaran pihak-pihak yang bertelagah.

Malaysia sedang mengambil langkah untuk membawa pulang kesemua rakyat Malaysia sebaik keadaan mengizinkan dan memohon kerjasama pihak Sudan bagi menjamin kelancaran usaha ini.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa krisis di Sudan turut memberi kesan kepada semua pejabat kedutaan asing. Terdapat laporan serangan yang dilakukan ke atas Duta Besar Kesatuan Eropah ke Sudan, rakyat Jepun dikasari, kenderaan Diplomatik Amerika Syarikat ditembak dan kediaman rasmi Duta Besar Kuwait ke Sudan diceroboh.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang telah mengarahkan semua masjid membuat solat hajat ke atas kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia di Sudan seperti yang dititahkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Diharapkan dengan doa daripada kesemua rakyat Malaysia, usaha kita membawa pulang rakyat Malaysia di Sudan akan dipermudahkan-Nya.

Sekali lagi, saya ingin menekankan, keselamatan kesemua rakyat Malaysia di Sudan adalah keutamaan Kerajaan. YAB Perdana Menteri telah memutuskan kesemua mereka akan dibawa keluar dari Sudan jika keselamatan mereka terancam.

Bagi tujuan ini, Pasukan Khas yang diketuai oleh KLN telah merangka pelan evakuasi untuk membawa pulang 32 rakyat Malaysia, berdasarkan data terkini yang dikongsikan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum.

Ia akan dilaksanakan bersama negara-negara sahabat serta-merta sebaik sahaja ada peluang berbuat demikian. Walau bagaimanapun, keadaan semasa masih belum mengizinkan proses evakuasi dilakukan kerana pertempuran masih memuncak.

Saya memohon kerjasama semua, andai ada lagi ahli keluarga yang berada di Sudan tetapi masih tidak menyatakan keberadaan mereka atas kekangan jalinan komunikasi untuk segera berbuat demikian. Ini penting bagi perancangan evakuasi kelak. Berdasarkan keadaan semasa, jika terdapat window of opportunity, jangkaan masa yang diberikan mungkin amat terhad.

Sememangnya, amat penting bagi rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negeri untuk sentiasa menghubungi Pejabat Perwakilan kita bagi mengemas kini data keberadaan. Ini akan membantu Kerajaan dalam menggembleng tenaga dan sumber dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia khususnya dalam keadaan genting seperti yang sedang berlaku di Sudan.

 

 

Dr. Zambry Abd Kadir

MENTERI LUAR NEGERI

18 April 2023


LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU

Ratified by Malaysia

1. Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW
   
2. Convention on the Rights of the Child, CRC
 
2.1 Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on the sale of children, child prostiitution and child pornography
2.2 Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on the involvement of children in armed conflict ; and
   
3. Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD 
   
4. Geneva Convention
 
4.1 Geneva Convention For The Amelioration Of The Condition Of The Wounded And Sick In Armed Forces In The Field Of 12 August 1949
4.2 Geneva Convention For The Amelioration Of The Condition Of Wounded, Sick And Shipwrecked Members Of Armed Forces At Sea Of 12 August 1949
4.3 Geneva Convention Relative To The Treatment Of Prisoners Of War Of 12 August 1949
4.4 Geneva Convention Relative To The Protection Of Civilian Persons In Time Of War Of 12 August 1949
   

Yet to ratify

5. Optional Protocol to the Convention on the Rights of Persons with Disabilities 
   
6. Optional Protocol to the Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW 
   
7. Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on a communications procedure
   
8. Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT
 
8.1 Optional Protocol to the Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment
   
9. International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR
 
9.1 Optional Protocol to the International Covenant on Civil and Political Rights: and
9.2 Optional Protocol to the International Covenant on Civil and Political Rights, aiming at the abolition of death penalty
   
10. International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD
   
11. International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR
 
11.1 Optional Protocol to the International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights
   
12. International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED
   
13. International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW
   
14. Convention Relating to the Status of Refugees, 1951;
 
14.1 Protocol Relating to the Status of Refugees, 1967
   
15. Rome Statute
   

Other documents