Speeches, Statements & International Documents

LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU

Ratified by Malaysia

1. Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW
   
2. Convention on the Rights of the Child, CRC
 
2.1 Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on the sale of children, child prostiitution and child pornography
2.2 Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on the involvement of children in armed conflict ; and
   
3. Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD 
   
4. Geneva Convention
 
4.1 Geneva Convention For The Amelioration Of The Condition Of The Wounded And Sick In Armed Forces In The Field Of 12 August 1949
4.2 Geneva Convention For The Amelioration Of The Condition Of Wounded, Sick And Shipwrecked Members Of Armed Forces At Sea Of 12 August 1949
4.3 Geneva Convention Relative To The Treatment Of Prisoners Of War Of 12 August 1949
4.4 Geneva Convention Relative To The Protection Of Civilian Persons In Time Of War Of 12 August 1949
   

Yet to ratify

5. Optional Protocol to the Convention on the Rights of Persons with Disabilities 
   
6. Optional Protocol to the Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW 
   
7. Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on a communications procedure
   
8. Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT
 
8.1 Optional Protocol to the Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment
   
9. International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR
 
9.1 Optional Protocol to the International Covenant on Civil and Political Rights: and
9.2 Optional Protocol to the International Covenant on Civil and Political Rights, aiming at the abolition of death penalty
   
10. International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD
   
11. International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR
 
11.1 Optional Protocol to the International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights
   
12. International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED
   
13. International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW
   
14. Convention Relating to the Status of Refugees, 1951;
 
14.1 Protocol Relating to the Status of Refugees, 1967
   
15. Rome Statute
   

Other documents

 

 
Back

TEKS UCAPAN YB TIMBALAN MENTERI LUAR NEGERI PERKEMBANGAN TERKINI BERKAITAN RAKYAT MALAYSIA YANG TERKANDAS DI LUAR NEGARA EKORAN PEMBATALAN DAN SEKATAN PENERBANGAN OLEH BEBERAPA NEGARA BERIKUTAN PENULARAN PANDEMIK COVID-19 DAN BANTUAN KEMANUSIAAN KEPADA BOSNIA DAN HERZEGOVINA DAN PALESTIN

TEKS UCAPAN
YB TIMBALAN MENTERI LUAR NEGERI

PERKEMBANGAN TERKINI BERKAITAN RAKYAT MALAYSIA YANG TERKANDAS DI LUAR NEGARA EKORAN PEMBATALAN DAN SEKATAN PENERBANGAN OLEH BEBERAPA NEGARA BERIKUTAN PENULARAN PANDEMIK COVID-19 DAN BANTUAN KEMANUSIAAN KEPADA BOSNIA DAN HERZEGOVINA DAN PALESTIN

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera tuan puan yang saya hormati sekalian.

9,761 RAKYAT MALAYSIA YANG TERKANDAS DI LUAR NEGARA TELAH BERJAYA PULANG KE TANAH AIR

  1. Sehingga 16 April 2020, Kementerian Luar Negeri melalui Perwakilan-Perwakilan Malaysia di luar negara telah berjaya membantu seramai 9,761 rakyat Malaysia yang terkandas di 63 negara pulang ke tanah air. Mereka dibawa pulang menerusi pelbagai kaedah termasuk menerusi penerbangan komersial dan khas serta pengangkutan darat dan laut.

 

JEMAAH TABLIGH RAKYAT MALAYSIA DI INDIA

  1. Secara keseluruhannya, seramai 191 jemaah tabligh warganegara Malaysia sedang dikuarantin di India. Wisma Putra menerusi Perwakilan-Perwakilan Malaysia di India sentiasa memantau rapat isu jemaah tabligh rakyat Malaysia yang sedang dikuarantin di Hospital atau pusat-pusat kuarantin khas di beberapa wilayah di India. Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah menghulurkan bantuan konsular termasuklah dengan memberikan pek penjagaan diri kepada sebahagian daripada jemaah tabligh warganegara Malaysia yang sedang dikuarantin.
     
  2. Selain itu, Kerajaan India juga masih belum memberikan makluman rasmi berhubung status kebanyakan rakyat Malaysia yang lain yang sedang dikuarantin, iaitu maklumat mengenai tempoh masa proses kuarantin dan tindakan susulan yang boleh diambil selepas mereka selesai menjalani proses kuarantin.
     
  3. Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi juga sentiasa berhubung dengan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri India dan pihak berkuasa tempatan India khususnya dalam menyelaras usaha menghulurkan bantuan konsular kepada mereka. Ketika ini, India masih melaksanakan “lockdown” di seluruh negara sehingga 3 Mei 2020 untuk mengekang penularan pandemik COVID-19.
     
  4. Dalam hal ini, Perwakilan-Perwakilan Malaysia di India sentiasa dan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan serta berusaha menghulurkan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia di India, terutamanya mereka yang sedang dikuarantin.
     
  5. Seterusnya, Wisma Putra mengambil maklum berhubung penahanan oleh pihak berkuasa India terhadap sebahagian jemaah tabligh warganegara Malaysia ekoran tindakan mereka yang dikatakan terlibat dengan penyalahgunaan visa. Buat masa ini, Wisma Putra sedang dalam proses mengenalpasti permasalahan dan mendapatkan cerita sebenar di sebalik isu ini khususnya dari Kerajaan India. Kita juga amat mengambil berat dan akan pastikan mereka yang ditahan ini berada dalam keadaan baik.
     
  6. Saya harap jangan ada mana-mana pihak mempolitikkan isu ini apatah lagi mengaitkannya dengan isu keagamaan. Ini kerana, ia bukan sahaja akan menimbulkan pelbagai salah faham dalam kalangan masyarakat, tetapi juga boleh merumitkan rundingan yang sedang Wisma Putra usahakan dengan Kerajaan India.
     
  7. Dalam konteks penyalahgunaan visa, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi melaporkan bahawa 17 rakyat Malaysia telah ditahan di bawah sekurang-kurangnya 3 Akta berikut:

8.1   National Disaster Management Act – 2005;

8.2   Foreigners Act 1946; dan

8.3   Indian Penal Code.
 

  1. Sekali lagi saya ingin menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara agar sentiasa patuh kepada undang-undang Kerajaan di negara yang sedang didiami.
     
  2. Sementara itu, berhubung usaha Wisma Putra untuk memudahcara urusan kepulangan rakyat Malaysia yang terkandas di India, kita masih lagi menunggu kelulusan satu penerbangan untuk membawa keluar rakyat kita dari Chennai. Penerbangan tersebut pada asalnya telah dijadualkan pada 14 April 2020. Wisma Putra dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi akan terus berunding dengan Kerajaan India demi membolehkan penerbangan ini dilaksanakan dalam masa terdekat. Pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai juga telah menghulurkan bantuan konsular sewajarnya termasuklah mendapatkan hotel serta menyediakan makanan dan minuman kepada semua yang terkesan ekoran situasi ini.
     
  1. Setakat hari ini, kita telah berjaya membawa pulang seramai 2,873 rakyat Malaysia yang terkandas di India menggunakan 21 penerbangan. Sekali lagi saya tegaskan, Wisma Putra sedang berusaha membawa pulang seramai mungkin rakyat Malaysia yang terkandas di India tanpa mengambil kira bangsa dan agama mereka. Wisma Putra sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik tanpa diskriminasi kepada mana-mana pihak.

 

SITUASI RAKYAT MALAYSIA DI TURKI
 

  1. Kementerian Luar Negeri mengambil maklum berkaitan rakyat Malaysia yang sedang terkandas di Turki. Mereka terdiri daripada pelancong atau pelawat jangka pendek manakala selebihnya merupakan rakyat Malaysia yang telah terjejas ekoran sekatan-sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Turki bagi mengawal penularan pandemik COVID-19.
     
  2. Menerusi perbualan telefon antara Menteri Luar Negeri, YB Dato’ SeriHishammuddin Hussein dengan rakan sejawat beliau kelmarin, Kerajaan Turki telah memberi kelulusan khas satu penerbangan dari Malaysia mendarat di Istanbul dan seterusnya membawa pulang 354 orang rakyat Malaysia yang terkandas dan mengalami kesulitan di Turki. InsyaAllah mereka dijadualkan berlepas pulang malam ini dan dijangka sampai ke tanah air pada jam 10.20 pagi Jumaat, 17 April 2020. Kita mendoakan agar mereka selamat pulang dan tiba di tanah air seperti yang dijadualkan.
     
  3. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Turki yang telah memberi kerjasama yang baik dalam usaha membawa balik rakyat Malaysia ini. Semoga kerjasama dan hubungan erat antara kedua-dua negara kekal akrab sentiasa.

 

SITUASI RAKYAT MALAYSIA DI CHAD
 

  1. Seramai empat rakyat Malaysia sedang terkandas di N’Djamena, Chad sejak 19 Mac 2020 akibat penutupan lapangan terbang N’Djamena bermula dari tengah malam 18 Mac 2020 sehingga 25 April 2020. Penutupan lapangan terbang tersebut merupakan sebahagian langkah untuk mengekang penularan pandemik COVID-19. Mereka merupakan wakil Yayasan Amal Malaysia yang menjalankan Misi Agihan Al-Quran Wakaf di negara tersebut dan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 19 Mac 2020.
     
  2. Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja, Nigeria yang ditauliahkan serentak ke Chad sentiasa berhubung dengan kumpulan tersebut dan telah menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya.
     
  3. Kementerian Luar Negeri sedang meneliti kaedah terbaik untuk membawa mereka pulang ke Malaysia dari Chad. Ini termasuk pilihan untuk mereka menaiki pesawat sewaan khas yang sedang dirancang bagi membawa pulang rakyat Malaysia di beberapa negara Afrika yang lain. Faktor ketidakstabilan situasi keselamatan serta masalah logistik menyebabkan cadangan pergerakan jalan darat dari N’Djamena, Chad ke Abuja, Nigeria adalah tidak sesuai. Jarak antara kedua-dua bandar tersebut adalah sekurang-kurangnya 1200 kilometer.
     
  4. Kementerian Luar Negeri melalui Perwakilan-Perwakilan Malaysia akan terus berusaha memastikan kebajikan rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara terpelihara. Sekali lagi saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penjawat awam di Kementerian Luar Negeri termasuklah mereka yang bertugas di Perwakilan-Perwakilan Malaysia atas inisiatif dan kerja keras dalam menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara.

 

BANTUAN KEMANUSIAAN KEPADA BOSNIA HERZEGOVINA
 

  1. Saya ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri semasa perbualan bersama Presiden Bosnia dan Herzegovina telah bersetuju memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Bosnia dan Herzegovina yang terkesan teruk akibat kekangan peralatan dan perubatan dalam menghadapi pandemik ini.
     
  2. Alhamdulillah, sumbangan tersebut telah dihantar melalui penerbangan khas Air Asia. Penerbangan tersebut telah selamat mendarat di Sarajevo pada jam 10.30 malam waktu tempatan semalam.
     
  3. Seterusnya,  semasa  perbualan  telefon  antara  Menteri  Luar  Negeri, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein dan rakan sejawat beliau di Bosnia dan Herzegovina, kelmarin, Kerajaan Bosnia dan Herzegovina menzahirkan penghargaan di atas sumbangan bantuan dan seterusnya bersetuju untuk memberikan sumbangan ubat anti-malaria bagi membantu Malaysia menangani COVID-19.
     
  4. Selain itu juga, Kerajaan Montenegro serta Bosnia dan Herzegovina juga telah membantu memudahcara urusan Wisma Putra untuk membawa pulang 8 orang rakyat Malaysia yang terkandas di Montenegro. InsyaAllah mereka akan tiba di Malaysia pada hari Jumaat, jam 10.20 pagi. Kita doakan, semoga semua urusan berjalan lancar.
     

BANTUAN KEMANUSIAAN KEPADA PALESTIN
 

  1. Malaysia amat prihatin dengan cabaran yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Palestin. YAB Perdana Menteri telah menerima panggilan daripada TYT Presiden Mahmoud Abbas, Presiden Palestin pada 6 April 2020. Semasa perbualan tersebut, YAB Perdana Menteri dan Presiden Abbas bertukar-tukar pandangan serta berkongsi maklumat mengenai situasi COVID-19 di negara masing-masing. Palestin juga memohon bantuan daripada Malaysia untuk menangani wabak COVID-19 di Palestin.
     
  2. Atas dasar hubungan erat di antara Malaysia dan Palestin, Kementerian Luar Negeri dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan sedang menyelaraskan bentuk bantuan atau sumbangan yang boleh dihulurkan kepada saudara-saudara kita di Palestin.
     

PERKEMBANGAN PELAJAR MALAYSIA DI LUAR NEGARA
 

  1. Saya ingin merujuk kepada kenyataan Menteri Kanan Keselamatan, YB Dato’ Seri Ismail Sabri pada 11 April 2020, kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan saranan penaja masing-masing, supaya pelajar Malaysia di luar negara kekal berada di negara yang sedang mereka diami.
     
  2. Dalam hal ini, Wisma Putra turut menyarankan supaya para pelajar Malaysia di luar negara agar mematuhi nasihat ini. Ibu bapa dan para pelajar diminta bertenang, tidak panik, menjaga kesihatan diri dan sentiasa berhubung rapat dengan Perwakilan Malaysia di tempat mereka belajar di luar negara.


PENGHARGAAN

  1. Yang terakhirnya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi merakamkan apresiasi Kementerian Luar Negeri terutama kepada jentera-jentera Kerajaan Malaysia yang bertungkus lumus dalam mengekang penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. Agensi-agensi yang senantiasa bekerjasama erat bersama Wisma Putra iaitu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pengajian Tinggi.

 

Sekian, terima kasih.

 

DATO’ KAMARUDIN JAFFAR
TIMBALAN MENTERI LUAR NEGERI
PENGERUSI PASUKAN PETUGAS COVID-19
KEMENTERIAN LUAR NEGERI

 

16 April 2020