Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP)

Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP)

Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) telah ditubuhkan pada tahun 2002 di bawah subseksyen 9 (1) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]. Ia bertanggungjawab untuk mengumpul dan menyelaras apa-apa sumbangan kemanusiaan daripada rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin dan seterusnya menyalurkan sumbangan tersebut kepada rakyat Palestin.

Sumbangan yang dibuat kepada AAKRP adalah layak dituntut sebagai potongan cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Sumbangan boleh dibuat dengan melayari pautan https://forms.gle/PQiA5weQESnCB8pC8 atau mengimbas kod QR di bawah.

Butiran Akaun Bank AAKRP (Online Bank Transfer)
 
Nama Akaun : Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP)
Bank               : CIMB Islamic Bank Berhad
No. Akaun      : 86-0030248-9