Related Articles
You may also be interested in
HEBAHAN BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) SARAWAK KE-13
Susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-12 pada 26 Oktober 2026, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah memaklumkan tatacara serta tarikh-tarikh penting berhubung permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Sarawak Ke-13. Antaranya, permohonan undi pos bagi semua kategori, termasuk Kategori 1B (Luar Negara), telah dibuka mulai 26 Oktober 2026 (Isnin). Kelayakan permohonan undi pos Kategori 1B ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut: i. Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak; dan ii. Tinggal di luar negara. Dalam hal ini, permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui portal MySPR. Pemilih yang layak dan berhasrat mengundi secara pos hendaklah mendaftar akaun MySPR melalui pautan https://myspr.spr.gov.my. Bersama-sama ini dilampirkan Panduan Permohonan Undi Pos Secara Dalam Talian (online) - Pengundi Luar Negara untuk perhatian dan tindakan hebahan pihak Malawakil yang sewajarnya. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP) di talian +603-88927080 atau melalui e-mel upup@spr.gov.my.
HEBAHAN BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) MELAKA KE-16
Susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 pada 23 September 2026, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah memaklumkan tatacara serta tarikh-tarikh penting berhubung permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Melaka Ke-16. Antaranya, permohonan undi pos bagi semua kategori, termasuk Kategori 1B (Luar Negara), telah dibuka mulai 23 September 2026 (Rabu). 2. Kelayakan permohonan undi pos Kategori 1B ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut: i. Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya Negeri Melaka; dan ii. Tinggal di luar negara. 3. Dalam hal ini, permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui portal MySPR. Pemilih yang layak dan berhasrat mengundi secara pos hendaklah mendaftar akaun MySPR melalui pautan https://myspr.spr.gov.my. Maklumat lanjut berhubung permohonan undi pos juga boleh dicapai di laman web rasmi https://spr.gov.my/permohonan-undi-pos-bagi-pru-dun-melaka-ke-16/.
Malaysia International Halal Showcase 2026
