Mission News

Kenyataan Media Mengenai Undi Pos di Luar Negara

23 April 2013 73 views

  

KENYATAAN MEDIA

 

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

 

PENYERAHAN DAN PENERIMAAN BALIK SAMPUL KEUTAMAAN

 

1.   Mulai Pilihan Raya Umum Ke-13, SPR telah membuat ketetapan kepada semua warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara dan Pengundi Tidak Hadir (PTH) untuk menerima kertas undi pos di Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara sebagaimana yang dipohon.

 

2.   SPR bercadang untuk membuat penyerahan dan penerimaan balik Sampul Keutamaan yang mengandungi Kertas Undi Pos di Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia pada ketetapan seperti yang berikut ;

 

       Pejabat Perwakilan Malaysia di London, United Kingdom dan Melbourne, Australia :

 

          Tarikh : 28 April 2013 (Ahad)

          Masa : 9.00 a.m hingga 8.00 p.m

 

       Semua Pejabat-Pejabat Perwakilan Malaysia yang lain:

 

                 Tarikh : 28 April 2013 (Ahad)

                 Masa : 9.00 a.m hingga 6.00 p.m

 

3.   SPR menetapkan masa penyerahan dan penerimaan balik Sampul Keutamaan yang mengandungi Kertas Undi Pos di Pejabat Perwakilan Malaysia di London, United Kingdom dan Melbourne, Australia dilanjutkan selama 2 jam berbanding Pejabat-pejabat Perwakilan yang lain disebabkan Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia berkenaan mempunyai jumlah pengundi pos melebihi 1,000 orang.

 

4.   Semua warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara dan PTH hendaklah hadir ke Pejabat Perwakilan Malaysia dengan menunjukkan Kad Pengenalan atau Pasport Antarabangsa kepada petugas-petugas SPR di Pejabat Perwakilan yang berkenaan. Sampul Keutamaan TIDAK akan diserahkan kepada mereka yang tidak membawa dokumen pengenalan diri. Wakil atau saudara juga tidak dibenarkan mengambil Sampul Keutamaan bagi pihak individu yang lain.

 

5.   Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara dan PTH yang hadir ke Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia akan diserahkan Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi pos. Kertas undi yang telah ditanda perlu dimasukkan ke dalam Karung Khas SPR yang disediakan di Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara. Sampul-Sampul yang mengandungi kertas undi pos di dalam Karung Khas SPR tersebut akan dibawa pulang ke Malaysia pada hari yang sama untuk diserahkan kepada Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya masing-masing.

 

6.   Namun demikian, sekiranya terdapat Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara atau PTH mengambil Sampul Keutamaan selepas hari penyerahan atau mengembalikan Sampul yang mengandungi kertas undi pos selepas tarikh dan masa yang ditetapkan, mereka dikehendaki menguruskan sendiri urusan penghantaran balik ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya yang berkaitan dan dengan perbelanjaan sendiri.

 

7.    Sehingga kini semua Borang 1B telah dihantar ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya masing-masing (Parlimen) untuk tujuan kelulusan Pegawai Pengurus. Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara dijangka boleh membuat semakan mengenai keputusan permohonan mengundi melalui pos dan maklumat yang berkaitan dengan tarikh, masa dan alamat Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara di laman web SPR di www.spr.gov.my bermula pada 19 April 2013.

 

Sekian dan terima kasih.

 

 

 

 

…………………t.t……………………

(DATUK KAMARUDDIN MOHAMED BARIA)

Setiausaha

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

15 April 2013

 

 

 
Share:
Link copied to clipboard
Back

Related Articles

You may also be interested in

No Image
Mission News

Welcoming Lunch and Engagement Session for new Malaysian students in Hungary.

On 31 October 2026, the Embassy of Malaysia in Budapest hosted a Welcoming Lunch and Engagement Session for new Malaysian students arriving for the 2026/2027 academic session. In his remarks, Mr. Norafizan Mustaffa, Chargé d’Affaires a.i., warmly welcomed the students to Hungary and emphasized the importance of student well-being, personal safety, and mutual support while abroad. He reassured the students that the Embassy remains their home away from home, and its doors are always open should they ever require assistance or encounter any challenges during their studies. The session also included consular briefings covering important guidelines, consular services, and essential advice for living in Hungary. Also present to welcome the freshers were representatives from the Malaysian-Hungarian Association (MAIH) alongside the President and committee members of the Malaysian Student Association in Hungary (MASIH). The Embassy wishes all new students a fruitful, safe, and memorable academic journey in Hungary!

31 October 2026 Read More
No Image
Mission News

An unforgettable "A Taste of Malaysia" with Dato' Chef Haji Ismail Ahmad

An unforgettable "A Taste of Malaysia" with Dato' Chef Haji Ismail Ahmad On 28 October 2026, the Embassy of Malaysia in Budapest hosted an exclusive culinary showcase featuring Dato’ Chef Haji Ismail Ahmad, Malaysia’s Tourism, Arts, and Culture Ambassador for Gastronomy, at Kuktaparty Cooking School Budapest. The event brought together Hungarian officials, business leaders, media representatives, chefs, and prominent community figures for an unforgettable cultural exchange. Adding to the milestone, Dato’ Chef Ismail partnered with MATE University to lead a masterclass, sharing authentic Malaysian recipes and culinary traditions with the next generation of chefs. The Embassy looks forward to continuing this fruitful partnership with Dato’ Chef Ismail in the years ahead, strengthening cultural ties and championing Malaysian gastrodiplomacy across Hungary. Wisma Putra Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Tourism Malaysia Hungarian University of Agriculture and Life Sciences, MATE - former SZIU Kuktaparty Főzőiskola #FoodDiplomacy #wismaputra #MalaysiaMadani #malaysiatrulyasia #motacmalaysia

29 October 2026 Read More
No Image
Mission News

CELEBRATION "HARI SUKAN NEGARA" AND PRE-DEEPAVALI DINNER ON 10 OCTOBER 2026 IN BUDAPEST, HUNGARY.

On 10 October 2026, the Embassy of Malaysia, together with the Malaysia Association in Hungary (MAIH), hosted a joint celebration featuring a Hari Sukan Negara 2026 bowling tournament and a Pre-Deepavali dinner. The gathering successfully strengthened camaraderie and highlighted Malaysian unity, even miles away from home. #harisukannegara2026 #wismaputra

12 October 2026 Read More