Mission News

Maklumat Mengenai Kemudahan Mengundi Secara Pos Kepada Pengundi Tidak Hadir (PTH) dan Warganegara Malaysia Yang Tinggal di Luar Negar

12 February 2013 70 views

MAKLUMAT MENGENAI KEMUDAHAN MENGUNDI SECARA POS KEPADA PENGUNDI TIDAK HADIR (PTH) DAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG TINGGAL DI LUAR NEGARA

 

 

CARA MEMOHON UNTUK MENGUNDI MELALUI POS BAGI WARGANEGARA MALAYSIA YANG TINGGAL  DI LUAR NEGARA SEBAGAI PENGUNDI TIDAK HADIR  (PTH)

 

1.           Semua warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara boleh memohon untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan datang sekiranya memenuhi semua syarat-syarat berikut:

 

1.1        Warganegara Malaysia;

 

1.2        Pemilih Berdaftar;

 

1.3        Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa; dan

 

1.4        Menetap di luar negara kecuali di Singapura, wilayah Selatan Thailand (Pattani, Satun, Songkhla,  Narathiwat dan Yala), Brunei, dan Wilayah Kalimantan Indonesia.

 

2.           Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat di atas dan telah berdaftar sebagai pemilih selain dari Pengundi Tidak Hadir (PTH) boleh mengemukakan permohonan mereka untuk mengundi secara pos dengan melengkapkan Borang 1B bermula 21 Januari 2013 sehingga jam 12.00 tengah malam hari pembubaran Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuatkuasa.

 

3.           Borang 1 B boleh dimuat turun dari laman web SPR dan perlu dihantar ke Ibu Pejabat SPR, Putrajaya melalui salah satu  kaedah penghantaran seperti berikut:

 

3.1        Melalui e-mel kepada upup@spr.gov.my; atau

 

3.2        Melalui faks ke +603-8881 1201/ 1202/ 1187/ 1192; atau

 

3.3        Melalui pos ke alamat:

 

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Aras 4-5, Blok C7, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62690 PUTRAJAYA

MALAYSIA

(u.p.: Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)

 

4.           Sila lihat contoh untuk mengisi Borang 1 B.

 

5.           Sila lihat panduan untuk mengisi Borang 1 B.

 

6.      Semua pemohon perlu menentukan Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara yang terdekat  dalam Borang 1B bagi tujuan penerimaan Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas-kertas undi pos.

 

7.         Warganegara Malaysia yang bermastautin di  Singapura, wilayah Selatan Thailand (Pattani, Satun, Songkhla,  Narathiwat dan Yala) Brunei, dan Wilayah Kalimantan Indonesia mesti pulang ke Malaysia bagi membolehkan mereka mengundi pada hari mengundi.

 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Penolong Pendaftar Pemilih Kedutaan Besar Malaysia di Budapest, Hungary iaitu Encik Sahharon Omar, Setiausaha Kedua di mwbdpest@axelero.hu / malbdpest@kln.gov.my .

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back

Related Articles

You may also be interested in

No Image
Mission News

Welcoming Lunch and Engagement Session for new Malaysian students in Hungary.

On 31 October 2026, the Embassy of Malaysia in Budapest hosted a Welcoming Lunch and Engagement Session for new Malaysian students arriving for the 2026/2027 academic session. In his remarks, Mr. Norafizan Mustaffa, Chargé d’Affaires a.i., warmly welcomed the students to Hungary and emphasized the importance of student well-being, personal safety, and mutual support while abroad. He reassured the students that the Embassy remains their home away from home, and its doors are always open should they ever require assistance or encounter any challenges during their studies. The session also included consular briefings covering important guidelines, consular services, and essential advice for living in Hungary. Also present to welcome the freshers were representatives from the Malaysian-Hungarian Association (MAIH) alongside the President and committee members of the Malaysian Student Association in Hungary (MASIH). The Embassy wishes all new students a fruitful, safe, and memorable academic journey in Hungary!

31 October 2026 Read More
No Image
Mission News

An unforgettable "A Taste of Malaysia" with Dato' Chef Haji Ismail Ahmad

An unforgettable "A Taste of Malaysia" with Dato' Chef Haji Ismail Ahmad On 28 October 2026, the Embassy of Malaysia in Budapest hosted an exclusive culinary showcase featuring Dato’ Chef Haji Ismail Ahmad, Malaysia’s Tourism, Arts, and Culture Ambassador for Gastronomy, at Kuktaparty Cooking School Budapest. The event brought together Hungarian officials, business leaders, media representatives, chefs, and prominent community figures for an unforgettable cultural exchange. Adding to the milestone, Dato’ Chef Ismail partnered with MATE University to lead a masterclass, sharing authentic Malaysian recipes and culinary traditions with the next generation of chefs. The Embassy looks forward to continuing this fruitful partnership with Dato’ Chef Ismail in the years ahead, strengthening cultural ties and championing Malaysian gastrodiplomacy across Hungary. Wisma Putra Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Tourism Malaysia Hungarian University of Agriculture and Life Sciences, MATE - former SZIU Kuktaparty Főzőiskola #FoodDiplomacy #wismaputra #MalaysiaMadani #malaysiatrulyasia #motacmalaysia

29 October 2026 Read More
No Image
Mission News

CELEBRATION "HARI SUKAN NEGARA" AND PRE-DEEPAVALI DINNER ON 10 OCTOBER 2026 IN BUDAPEST, HUNGARY.

On 10 October 2026, the Embassy of Malaysia, together with the Malaysia Association in Hungary (MAIH), hosted a joint celebration featuring a Hari Sukan Negara 2026 bowling tournament and a Pre-Deepavali dinner. The gathering successfully strengthened camaraderie and highlighted Malaysian unity, even miles away from home. #harisukannegara2026 #wismaputra

12 October 2026 Read More