Announcements Announcements

Back

Kenyataan Akhbar 27 Disember 2021

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengambil maklum akan sebuah video yang didakwa dimuat naik di Malaysia dan didakwa memperlekehkan dan menghina Indonesia. Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta ingin menegaskan bahawa pihak berkuasa Malaysia sedang melakukan siasatan di atas perkara tersebut. Sekiranya didapati video tersebut dimuat naik oleh warganegara Malaysia, tindakan tegas akan dikenakan berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada.Kerajaan Malaysia mengutuk keras sebarang perlakuan buruk dan provokasi negatif yang berniat untuk menjejaskan hubungan dua hala yang akrab di antara Malaysia dan Indonesia.

 

 

Jakarta

27 Disember 2020