Archive Archive

Back

HARI TERBUKA KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI JAKARTA 2016

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) di bawah kerangka Program Mendampingi Rakyat Malaysia (PMRM) telah mengadakan Hari Kedutaan Besar Malaysia 2016 pada 20 November 2016.  Hampir 100 pelajar Malaysia dari Jakarta dan Bogor menghadiri majlis ini. Sekitar 80 rakyat Malaysia yang berkerja  di DKI Jakarta menghadiri program ini untuk mengambil peluang mendaftar  sebagai pemilih dengan SPR. Semasa program ini, Kedutaan turut melancarkan Eregister Form iaitu sistem pendaftaran rakyat Malaysia secara atas talian yang boleh diakses melalui laman sesawang rasmi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi http://www.kln.gov.my/web/idn_jakarta/malaysian_reg. Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang membantu menjayakan program ini dan berharap inisiatif seperti ini akan dipergiatkan lagi pada masa hadapan.