Archive Archive

Back

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA RAKYAT MALAYSIA DI JAKARTA

Seperti amalan setiap tahun, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sekali lagi telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat Malaysia pada 15 Jun 2016, jam 5.40 petang bertempat di Dewan Serbaguna, Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta.  Seramai 150 orang rakyat Malaysia (ahli Malaysia Chamber Jakarta (MCJ) dan pelajar) telah menghadiri majlis ini.

 

Majlis dimulakan dengan berbuka puasa pada jam 1749 malam. Makanan bagi majlis ini telah disediakan oleh ahli Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri di Jakarta (PERWAKILAN), pegawai dan kakitangan kedutaan serta MCJ secara gotong-royong. Makanan yang disajikan adalah pelbagai menu masakan Malaysia. Majlis diteruskan dengan Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Sunat Terawikh secara berjemaah di Dewan Serbaguana. Setelah selesai para jemputan telah dihidangkan dengan Jamuan More sebagai penutup Majlis.

 

 

Majlis ini bukan sahaja dapat merapatkan silaturahim di antara warga Malaysia di luar negara, malah ia juga turut memberi peluang kepada para pelajar dan komuniti MCJ di Jakarta untuk beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan kedutaan.