Archive Archive

Back

MAKLUMAT MENGENAI KEMUDAHAN MENGUNDI SECARA POS KEPADA PENGUNDI TIDAK HADIR (PTH) DAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG TINGGAL DI LUAR NEGARA

CARA MEMOHON UNTUK MENGUNDI  MELALUI POS BAGI WARGANEGARA MALAYSIA YANG TINGGAL  DI LUAR NEGARA SEBAGAI PENGUNDI TIDAK HADIR  (PTH) 


1.  Semua warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara boleh memohon untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan datang sekiranya memenuhi semua syarat-syarat berikut:

 

1.1   Warganegara Malaysia;

 

1.2   Pemilih Berdaftar;


1.3 Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuatkuasa; dan

 

1.4 Menetap di luar negara kecuali di Singapura, wilayah Selatan Thailand (Pattani, Satun, Songkhla, Narathiwat dan Yala), Brunei, dan Wilayah Kalimantan Indonesia.

 

 

2.   Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat di atas dan telah berdaftar sebagai pemilih selain dari Pengundi Tidak Hadir (PTH) boleh mengemukakan permohonan mereka untuk mengundi secara pos dengan melengkapkan Borang 1B bermula 21 Januari 2013 sehingga jam 12.00 tengah malam hari pembubaran Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuatkuasa.

 

3.        Borang 1B boleh dimuat turun dari laman web SPR dan perlu dihantar ke Ibu Pejabat SPR, Putrajaya melalui salah satu  kaedah penghantaran seperti berikut:

 

3.1        Melalui e-mel kepada upup@spr.gov.my; atau

3.2        Melalui faks ke +603-8881 1201/ 1202/ 1187/ 1192; atau

  3.3        Melalui pos ke alamat:

 

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Aras 4-5, Blok C7, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62690 PUTRAJAYA

MALAYSIA

(u.p.: Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)

 

4.          Sila lihat contoh untuk mengisi Borang 1B.

 

 

5.          Sila lihat panduan untuk mengisi Borang 1B.

 

 

6.     Semua pemohon perlu menentukan Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara yang terdekat  dalam Borang 1B bagi tujuan penerimaan Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas-kertas undi pos.

 

7.          Warganegara Malaysia yang bermastautin di  Singapura, wilayah Selatan Thailand (Pattani, Satun, Songkhla,  Narathiwat dan Yala) Brunei, dan Wilayah Kalimantan Indonesia mesti pulang ke Malaysia bagi membolehkan mereka mengundi pada hari mengundi.

 

8. Sila lihat soal jawab berhubung dengan pengundian pos di luar negara.