Archive Archive

Back

PENGUMUMAN DEMONSTRASI DI JAKARTA, 4 NOVEMBER 2016

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta ingin merujuk kepada maklumat yang tersebar berhubung cadangan mengadakan demonstrasi oleh kumpulan tertentu di beberapa lokasi terutamanya di Jakarta Pusat pada hari Jumaat, 4 November 2016. Pihak berkuasa Republik Indonesia sedang mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani perkara ini. Kedutaan juga sedang memantau perkembangan perkara ini dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan.

 

Rakyat Malaysia di Jakarta dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga berhubung keselamatan diri dan keluarga dan mengelak dari berada di kawasan yang terlibat dan persekitaran yang telah dikenal pasti oleh polis tempatan seperti Monas, Masjid Istiqlal, Balaikota, Tangerang dan Bekasi.

 

Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya memantau keadaan dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan serta mendaftar di www.kln.gov.my di bawah Online Services > e-Consular.

 

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan Konsular diminta untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di nombor telefon +62 21 522 4947 atau +62 813 8081 3036 (selepas waktu pejabat) serta email mwjakarta@kln.gov.my dan konsular_jakarta@yahoo.com. Untuk makluman, operasi Kaunter Konsular dan Imigresen di Kedutaan ditutup pada hari Jumaat, 4 November 2016.


Kedutaan Besar Malaysia

Jakarta

2 November 2016